Click here for Myspace Layouts

Wednesday 26 September 2012

AL-QURAN PANDUAN HIDUP


 

AL-QURAN PANDUAN HIDUP MUSLIM

 
 
 
 
 
 
6 Votes

picture231Marilah kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t. diatas segala nikmat yang dikurniakan, terutama nikmat Iman dan Islam kepada kita semua. Islam yang dibawa dan disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w. merupakan agama yang sempurna lagi lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia serta diredhai disisi s.w.t. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 19  :

firman-1

Kelahiran nabi Muhammad s.a.w. bersama dengan risalah Islam yang dibawa oleh Baginda telah merubah tamadun manusia yang dahulunya gelap dengan kesesatan dan kejahilan kini telah bersinar dengan cahaya iman dan ilmu berdasarkan wahyu Allah s.w.t., dimana dunia dan manusia ketika itu dicengkam oleh pelbagai kezaliman. Dahulunya manusia bertindak dan melakukan sesuatu berdasarkan hawa nafsu tatapi setelah datangnya Islam, mereka dikawal oleh akal yang berpandukan kepada wahyu Allah s.w.t. sehingga kehidupan manusia menjadi lebih mulia. Bahkan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. adalah satu ketetapan Allah s.w.t. untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anbiyaa ayat 107  :

firman-2

Kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. umpama Intan Permata yang berkerlipan dari segenap penjuru. Setiap kerlipan itu, penuh dengan panduan dan pengajaran untuk dipelajari serta dihayati oleh umatnya. Kehidupan umat Islam akan menjadi indah dengan diwarnai oleh sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan  yang bersumberkan wahyu Ilahi, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

” اِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ “

Maksudnya :

” Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak“.

Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tatapi, kita masih bertuah kerana Baginda Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan dua perkara kepada umatnya sebagai panduan hidup, iaitu kitab Allah dan Sunnahnya sebagai pedoman bagi seluruh umatnya untuk dikaji, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Kitab suci Al-Quran atau kalam Allah diturunkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Penurunannya adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika itu atau mengisahkan peristiwa yang memerlukan istinbat hukum. Kandungan Al-Quran itu merangkumi ayat-ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadah, pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan negara, urusan pendidikan, ekonomi dan sebagainya.  Kesemua kandungan ini tetap menjadi sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat .

Al-Quran merupakan wahyu dan mukjizat kepada Baginda Rasulullah s.a.w., ia juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala membaca dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah s.w.t. Selain daripada itu, Al-Quran juga mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi. Kunci kerahsiaannya perlu digali, pintu hikmahnya perlu diterokai supaya arah tuju perjalanan hidup kita sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi kita wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukun Iman seseorang Muslim .

Justeru, kita sebagai umat yang mengaku beriman dengan kitab suci Al-Quran, mestilah menjadikan Al-Quran sebagai kitab bacaan dan rujukan utama dalam kehidupan. Menjadikan Al-Quran sebagai benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohan dilindungi Allah s.w.t. Oleh yang demikian, dalam kesibukan harian, kita sewajarnya memberikan sedikit waktu dan ruang kepada diri dan keluarga kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. melalui pembacaan Al-Quran. Janganlah kita menjadi seperti segelintir orang yang mendakwa berilmu tatapi mereka tidak membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka .

Akhirnya, saya ingin ditegaskan disini bahawa Al-Quran bukan seperti kitab warisan yang hanya dibungkus kemas untuk dipamerkan atau untuk melariskan jualan atau memagari rumah dan sebagainya.  Tetapi hakikat sebenarnya Al-Quran adalah sumber rujukan yang mampu menjadi penunjuk arah dalam kehidupan disamping berupaya menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak dan moral masyarakat.

Dengan rasa ikhlas saya ingin berpesan marilah kita menjadikan amalan membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat dengan mengikut kaedah yang betul bagi mengelak kesalahan pada makna sebenar dan dalam masa yang sama kita perlu merujuk kepada golongan pakar dalam bidang tersebut bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah faham. Disamping itu, kita hendaklah meletakkan keyakinan bahawa isi kandugan Al-Quran secara umum atau mempunyai prinsip dasar mengatur seluruh kehidupan manusia bermula dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan atau bermula dari kita bangun tidur hinggalah kita tutup mata (mati).  Mudah-mudahan kita semua mencapai kejayaan dalam menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup .

1.      Kita wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukum Iman seseorang Muslim.

2.      Kita yakin isi kandugan Al-Quran secara umum atau mempunyai prinsip dasar mengatur seluruh kehidupan manusia bermula dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan.

3.      Kita jadikan amalan membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat dengan mengikut kaedah yang betul bagi mengelak kesalahan pada makna sebenar.

4.      Kita berusaha menjadikan diri dan keluarga kita sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t. dengan beramal dengan akhlak Al-Quran .

5.      Kita menghayati pengajaran yang terkandung didalam Al-Quran, disamping menjadikan Al-Quran sebagai benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohan dilindungi Allah s.w.t.

firman-3
( Surah al-Baqarah ayat : 1-3 )_ oleh Lo oleh Lokman Mohd Hashim, Penerbit MuitiaraIslam Online di April 23, 2009kman Mohd Hashim, Penerbit MuitiaraIslam Online di April 23, 

_post by:siti nur ain2009

PERANAN SEBAGAI RAKAN

PERANAN SEBAGAI RAKAN · MENJADI RAKAN YANG PEKA KEPADA PERASAAN ORANG LAIN DAN KEADAAN SEKELILING · SEBAGAI KHIDMAT SOKONGAN, ANDA MEMBANTU MENGGERAKKAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH · SEBAGAI SALAH SATU SUMBER KEPADA RAKAN UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN · SEBAGAI PELAJAR CONTOH KEPADA PELAJAR LAIN -POST BY:SITI NUR AIN BT SHOFFI

HIDUPKU..HIDUPMU.HIDUP KITA..HIDUP ALLAH

HIDUPKU...HIDUPMU...HIDUP KITA - HIDUP ALLAH kadang kita inginkan kebahagian dalam hidup tapi... derita dan keperitan yang datang kemudian kita kata " Adakah Allah tidak memandang diriku? " Allah tidak pernah terlepas pandang hamba hambaNya malah Dia sangat menyayangi hamba hambaNya.. Buktinya Allah sentiasa memberi kita peluang untuk bertaubat Masih lagi membenarkan kita menghirup udara Masih lagi membenarkan kita berjalan diatas muka bumi Masih lagi memberikan kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita bersedih kerana kita seorang yang miskin kenapa perlu bersedih dan malu? usaha perlu kita laksanakan kerana Allah sudah menolong kita dengan memberikan tenaga sebagai seorang muslim kita mempunyai senjata yang sangat hebat iaitu DOA. terus berdoa padaNya.. Allah tidak pernah mengabaikan doa hambaNya... jangan kata kenapa doa aku tak makbul... percaya pada Qada dan Qadar... setiap apa yang Allah lakukan pada kita pasti ada hikmahnya Contohnya... Rabiatul Adawiyah dilahirkan dalam keadaan yang sangat daif sehinggakan ayahnya perlu meminta pertolongan jiran untuk secebis kain untuk membaluti tubuh kecil insan yang agung itu... tetapi tidak ada seorang jirannya yang mahu menolongnya... dengan berkat kesabaran seorang ayah dan ibu dan doa yang tidak putus putus akhirnya dia menjadi seorang Srikandi Islam yang agung siapapun kita jangan lupa orang yang terdahulu dari kita lebih merasa keperitan dari kita seperti insan agung Muhammad SAW dan para sahabat yang bergadai nyawa dalam mempertahankan islam adakah kita ingin mengadaikan islam demi kemewahan dunia? wang penting untuk meneruskan kehidupan didunia tapi amal ibadah penting untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak Tepuk dada tanya Iman Masing-masing... tidak semestinya sesuatu yang baik itu untuk kita dan tidak semestinya sesuatu yang buruk itu pula buruk untuk kita bermuhasabahlah diri kita sebagai seorang muslim... ILAL LIQO' _http://inspirasimenujusyurga.blogspot.com/2012_03_01_archive.html_ POSTED BY:SITI NUR AIN BT SHOFFI

PANTUN EMPAT KERAT(BUDI)

ANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4- PUISI TRADISIONAL A.PUISI TRADISIONAL Pantun Empat Kerat (budi ) Tafsiran Maksud Pantun Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput, Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut. Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama, Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit bila kan hilang, Itu jadi kenang-kenangan. Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun, Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun. Anwar Ridhwan (Penyelenggara) Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004 Dewan Bahasa dan Pustaka http://cikgumarjana.blogspot.com/2010/10/antologi-harga-remaja-tingkatan-4-puisi.html posted by:SITI NUR AIN BT SHOFFI

Monday 10 September 2012

adik ku belajar rajin2 tau

Aduh,,, sedih namun bergembira ria neh,, alhamdulillah,,syukur kehadhirat-Nya Ada 2 kejadian istimewa sama adikku yang smart.. my belove brothers. Adik yang pertama dah berusia 25 tahun, namanya Mahirul 'Athar (berarti si terampil yg harum), sabtu lalu dia menikah, n hari ini mengadakan walimatul 'urusy.. barakallahu lakum wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair,, adikku sayang.. Ukhti tak rasa kehilangan koq, malah bertambah nih adikku jadi 2 orng. harapan ukhti, walaupun tdk bisa menghadiri langsung hari istimewa kalian, mudah2an kalian berdua telah siap merenda rumah mawaddah n sakinah. Hadirkan banyak2 buah hati (mana tahu boleh u ukhti satu or dua org yach... hikk...hikkk). gimana ya rasanya,, tak kusangka dulu kita masih kecil,, imut2,, kini koq pada married semua,, semoga Allah panjangkan umur sehingga kita bs berkumpul bareng kayak dulu ya,, amien. Adik kedua (13 thn),namanya Zia ul-Haq (berarti cahaya kebenaran), mungkin tulisan seharusnya: dhia ul-haq, namun dah tertulis begitu di akte kelahiran) Zia sayang, rajin2 menuntut ilmu,, n insya Allah jadi yg terganteng nih,, amien, koq waktu ukhti nelp kemaren,, suaramu berubah,, jadi nge bas,, Zia dah besar sayang. sudah tak bs bobok sama ukhti lagi,, hikk,...hikk. Tapi ukhti bahagia bahwa Zia sudah akan memasuki usia remaja, doa ukhti agar Zia jadi lebih rajin, shaleh, n kasih abu&mamak ya.Moga adek betah tinggal di dayah sampai tingkat ´aliyah ya. Ingat gak lagu kita dulu: adik2ku sayang.. rajin lah belajar cepat2 pergi ke sekolah.. jangan main2 guru mengajar kalau adik main,, nanti guru marah.. cepatlah,,, cepat,, adikku syang menuntut ilmu... jangan terlambat rajin adik rajin,, rajin belajar kalau adik rajin,,, nanti cepat dapat http://ukhti79.multiply.com/journal/item/29/Adikku?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem Ukhti sayangkan kalian selalu. posted by:siti nur ain

1Murid 1Sukan

Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Oleh itu, pelbagai manfaat tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan di bawah ini. Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah aktiviti sukan tersebut dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah. Selain itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat mengelakkan gejala negatif daripada mempengaruhi mereka. Hal ini demikian kerana, kebanyakan murid yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat selalunya dikaitkan dengan tindakan mereka yang suka membuang masa dengan sia-sia tanpa melakukan sesuatu aktiviti yang bermanfaat kepada mereka. Dasar ini membolehkan murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan itu, dapat mengharumkan nama sekolah dan negara. Mereka dapat menyumbangkan bakat dan kemahiran mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara tertentu dalam bidang sukan ini kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai contohnya, mereka boleh menjadi pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, dan sebagainya. Dengan cara itu, mereka dapat menunjukkan bakat mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara. Manfaat lain program ini dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan murid sekolah. Seterusnya, murid-murid yang sihat ini menjadikan mereka cerdas dalam pelajaran. Perkara ini akan turut menyuburkan budaya suka bersukan untuk kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Dengan badan yang sihat, murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana, otak yang cerdas itu ada pada badan yang sihat. Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan murid dalam sukan. Hal ini demikian kerana, setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang tidak berpeluang atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Jadi, pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada dan mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan dengan sukan. Melalui dasar ini, usaha kerajaan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukaan semasa dalam permainan. Selain itu, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum. Seterusnya, perkara ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini. Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang banyak manfaatnya. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap lebih banyak ahli sukan yang bertaraf dunia akan dilahirkan pada masa akan datang.LAILATUL SYAMIMI

Punca Berlakunya Bencana Alam?

Bencana alam terutama banjir begitu kerap berlaku di negara ini terutama ketika musim hujan. Bukan sahaja harta benda musnah malah nyawa manusia turut melayang. Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam ini. Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah ditentukan oleh Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai manusia harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa bencana ini menjadi semakin meruncing kerana sama ada kita mahu mengaku atau tidak bencana alam ini akan terus berlaku. Pemahaman terhadap punca-punca yang menjurus berlakunya bencana ala mini berupaya menimbulkan tindakan yang mampu menghalang atau mungkin mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan korban manusia pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana alam ini. Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala petaka yang sudah menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan juga banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja. Kajian sains telah membuktikan bahawa bumi ini memang senantiasa dalam proses perubahan meliputi kejadian bencana alam itu. Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa dunia ini sejak berkurun-kurun lalu. Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam yang disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak berdekad-dekad lamanya itu. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam era kemodenan manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi ini walaupun luas pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu. Jadi, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas sehingga dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya. Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana atau tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah keupayaan bencana ala mini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja. Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia dalam tempoh masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di dunia ini. Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan fenomena pemasan global. Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini. LAILATUL SYAMIMI

Usaha Melestarikan Warisan Seni Budaya

Kebudayaan warisan bangsa negara ini semakin dilupakan oleh remaja kita dek arus pembangunan yang rancak itu. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk melestarikan warisan seni budaya. Kebudayaan warisan bangsa bolehlah ditakrifkan sebagai kebudayaan sesuatu bangsa itu yang amat dihargai oleh rakyat. Kebudayaan warisan bangsa merujuk budaya yang sudah diamalkan sejak berkurun lamanya oleh sesuatu bangsa itu. Antara kebudayaan itu meliputi pakaian, makanan dan juga bahasa yang begitu diagungkan oleh setiap kaum itu. Pihak media massa juga ada menyiarkan pelbagai ulasan mereka tentang kebudayaan warisan kita yang semakin terhakis terutama dalam jiwa remaja zaman modern ini. Lantaran itu, pelbagai langkah susulan boleh diambil untuk memastikan kebudayaan warisan ini terus berkekalan. Langkah awal sudah pasti melibatkan penggunaan kempen kesedaran yang berkesan oleh pihak berkuasa. Kempen ini disiarkan melalui media massa dengan menggunakan tokoh budaya sebagai jurucakap kempen itu bersama-sama informasi yang lengkap tentang kebudayaan kita. Kaedah ini memastikan remaja memahami dan mengetahui mengenai kebudayaan sendiri dengan mudah dan menarik pula lalu timbul perasaan menghargainya. Jadi, kempen yang efektif berupaya untuk memastikan kebudayaan ini terus berkekalan. Selain itu, pihak berkuasa boleh menubuhkan pelbagai agensi dan institusi latihan yang berkaitan dengan kebudayaan ini. Peranan agensi ini adalah untuk melancarkan program berkaitan dengan kebudayaan sepanjang tahun dan institusi ini pula berpeluang melatih remaja tentang aspek kebudayaan itu dengan baik. Sudah pasti ramai remaja kita akan mahir dalam tarian, seni tukang, lukisan corak batik dan nyanyian dondang sayang itu. Jelaslah, kewujudan agensi khas dan institusi latihan menjamin kebudayaan kita ini terus wujud dalam sanubari remaja kita pula. Bukan sahaja kempen dilancarkan dan agensi serta insitusi ditubuhkan tetapi perubahan minda masyarakat terhadap kebudayaan juga harus berlaku dengan drastiknya. Masyarakat terutama ibu bapa sering memandang rendah aktiviti atau kerjaya dalam bidang kebudayaan dengan alasan tiada prospek masa depan. Jika ibu bapa melihat kebudayaan sesuatu yang baik sudah pasti remaja lebih rela untuk melibatkan dirinya dalam sebarang aktiviti budaya ini. Sesungguhnya, persepsi masyarakat yang kelirulah yang menyebabkan kebudayaan kita terus whiling ditelan dek zaman. Malah, pemberian pelbagai insentif daripada pihak kerajaan boleh memberikan galakan agar masyarakat menghargai kebudayaan ini. Pemberian insentif itu meliputi pemberian geran kewangan, biasiswa, kemudahan pinjaman dan sebagainya yang memudahkan pihak tertentu untuk mengikuti latihan atau menganjurkan program berunsur kebudayaan ini. Jika lebih banyak aktiviti kebudayaan boleh dianjurkan sudah pasti tahap kefahaman masyarakat tentang kepentingan kebudayaan itu amat dihargai pula. Oleh itu, insentif yang betul dan banyak serta mudah memberikan satu peluang untuk kebudayaan ini terus wujud di Malaysia. Tambahan pula, kebudayaan warisan negara ini boleh diteruskan melalui pengawalan budaya asing ke negara ini. Maksudnya, semua program televisyen yang berunsur budaya kuning hendaklah dipantau oleh pihak berkuasa kerana penghakisan kebudayaan warisan negara ini berlaku disebabkan oleh mudahnya budaya luar meresap ke dalam jiwa remaja. Kesukaran untuk melihat budaya luar mengurangkan risiko buat remaja untuk mengikuti budaya yang tidak sesuai itu. Maka, tindakan tegas untuk mengawal kehadiran budaya luar menjadi benteng asas memastikan kebudayaan warisan kita ini terus wujud untuk beberapa dekad akan datang pula. Kesimpulannya, semua tindakan yang disuarakan tadi memang praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia. Kerjasama semua pihak terutama remaja itu amat diperlukan agar kebudayaan kita ini terus berkekalan. Kegagalan untuk mengekalkan kebudayaan sendiri boleh menyebabkan imej negara dan masyarakat itu sendiri akan musnah dalam sekelip mata sahaja. Bak kata pepatah 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan' yang membuktikan betapa pentingnya kebudayaan sesebuah bangsa itu dalam kehidupan.LAILATUL SYAMIMI

usaha - usaha negara

Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu. Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi tinggi. Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi. Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hamper tamat. Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini. Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum di sini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan. Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang melanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat negara ini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan satu suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuah negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipan mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud. Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-lamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak.LAILATUL SYAMIMI

GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman yang berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang. Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat. Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia. Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia. Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak ini. Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan masyarakat kita searing dilanda penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.LAILATUL SYAMIMI

Friday 7 September 2012

FAEDAH MELANCONG KEPADA KITA (R)

Dewasa ini, terdapat banyak destinasi yang menarik untuk dilawati di negara kita. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang kurang arif mengenai kebaikan yang akan mereka perolehi sekiranya mereka pergi melancong. Antara faedah melancong ialah kita boleh merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.Tamsilnya, kita boleh mengadakan percutian keluarga di kawasan peranginan seperti di Cameron Highland, Genting Highland dan sebagainya. Impaknya, institusi kekeluargaan akan bertambah kukuh. Selain itu, melalui aktiviti ini juga, kita dapat meningkatkan ilmu Geografi khususnya kepada para pelajar.Impaknya, kita akan lebih mengetahui kedudukan dan latar masyarakat sesuatu tempat pelancongan. Bukan itu sahaja, aktiviti melancong juga berupaya merehatkan minda kita dari memikirkan soal pekerjaan semata-mata. Sebagai contoh, kita dapat menenangkan fikiran dengan bersantai di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Konklusinya, masyarakat perlulah diberitahu akan kebaikan melancong. Hal ini kerana aktiviti ini ternyata mendatangkan impak yang positif kepada kehidupan mereka. ~RABIATUL ADAWIYAH~

LANGKAH MENGATASI PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA (R)

Dalam meniti arus pemodenan masa ini, isu berkenaan amalan gaya hidup sihat kerapkali diperkatakan oleh masyarakat dinegara kita .Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah amalan gaya hidup sihat ini hanya dijadikan mainan di bibir sahaja walhal realitinya mereka tidak langsung mempraktikkan amalan ini?Adakah kehadiran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini menutup ruang governan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat?Segala persoalan ini senantiasa berlegar-legar dalam benak fikiran kita tanpa disusuli sebarang jawapan. Oleh itu, apakah cara-cara yang boleh dilakukan bagi menbendung isu ini? Antara langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat di Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah ibu bapa haruslah mendidik, memantau serta mengawal kadar pengambilan makanan segera anak-anak mereka. Hal ini berlaku demikian kerana dalam era yang meletakkan kerjaya sebagai keutamaan ini, ibu bapa perlu menitikberatkan soal pemakanan anak-anak mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya. Lantaran itu, anak-anak akan kurang mengambil makanan segera kesan daripada didikan ibu bapa mereka seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Tamsilnya, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka tentang kebaikan dan keburukan makanan segera bagi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Oleh itu, didikan, pemantauan serta kawalan daripada ibu bapa merupakan langkah bijak bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, alternatif lain bagi mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat di Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah pihak sekolah haruslah memastikan makanan-makanan yang dijual di kantin sekolah mereka berzat dan bukannya makanan segera. Hal ini berlaku demikian kerana sebilangan pihak pengurusan kantin yang sengaja menjual makanan segera bagi menarik perhatian para pelajar sekaligus melariskan jualan mereka ini akan sentiasa beringat untuk memenuhi peraturan yang dikenakan ke atas mereka berkaitan penyediaan juadah yang di jual. Justeru, kesusahan mendapatkan sumber makanan segera akan menyebabkan para pelajar memperoleh makanan yang berkhasiat sekaligus mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Sebagai contoh, guru besar atau pengetua sesebuah sekolah perlulah mengetahui makanan-makanan yang di jual di kantin sekolah serta mendapatkan maklum balas para pelajar terhadap makanan-makanan tersebut. Oleh itu, sikap tanggungjawab pihak sekolah amatlah diharapkan bagi melahirkan generasi yang mengamalkan gaya hidup sihat. Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlulah mengehadkan pengeluaran makanan segera dalam industri pembuatan makanan segera sebagai satu langkah bijak dalam menangani isu ini. Hal ini berlaku demikian kerana pengambilan makanan segera yang terlalu kerap boleh membunuh harapan kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Impaknya, kawalan pengeluaran makanan segera akan menjadikan masyarakat lebih mengutamakan pengambilan makanan ruji dalam kehidupan harian mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya. Tamsilnya, kerajaan perlulah menetapkankan kuota pengeluaran makanan segera bagi sesebuah kilang dalam industri pembuatan makanan segera ini. Oleh itu, sokongan kuat daripada kerajaan juga amat penting bagi mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Konklusinya, jelaslah bahawa terdapat pelbagai kaedah bagi menangani isu ini daripada terus terbiar tanpa ada penyelesaiannya. Dengan demikian, individu itu sendiri perlulah pandai mengawal diri daripada godaan makanan segera yang banyak menerjah pasaran masa ini. Sekiranya semua pihak bergerak dengan lebih efisien, sudah pasti isu pengambilan makanan segera yang bersangkut paut dengan gaya hidup sihat masyarakat Malaysia masa ini akan dapat diatasi dengan mudah.Jelaslah, kerjasama serta komitmen semua pihak amat penting dalam menangani sesuatu masalah dan tidak boleh menuding jari kepada sebelah pihak sahaja. Bak kata pujangga bestari, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.~RABIATUL ADAWIYAH~

KEPENTINGAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (R)

Pada tahun 2002, Program Latihan Khidmat Negara ditubuhkan dan ia juga merupakan kursus latihan yang wajib dilatih selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN di seluruh Malaysia. Pelatih yang dipilih merupakan pelajar yang baru menamatkan pedidikan sekolah menengah mereka. Pelajar yang terlibat kebanyakkan berumur 17 tahun dan 17 tahun ke atas. Latihan ini bertujuan untuk membinakan sahsiah diri yang bermatlamatkan pembinaan dan pengukuhkan semangat patriotisme?di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan yang positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana ia dilaksanakan menurut cara Malaysia. Program ini dilaksanakan dengan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi. Program dilaksanakan untuk mendatangkan pelbagai jenis manfaat kepada remaja. Remaja dapat menyemaikan nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada zaman ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak mengetahui erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Latihan PLKN ini juga bertindak sebagai satu mekanisme bagi pembentukan disiplin diri para remaja. Disiplin diri merupakan teras kepentingan bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan berdisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan pengujian ketahanan mental dan fizikal. Program ini melibatkan remaja yang pelbagai kaum untuk memperkukuhkan integrasi nasional. Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara Negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui sistem pentadbiran Program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-modul tertentu, iaitu latihan fizikal, kursus bina semangat, kursus bina perwatakan dan khidmat masyarakat. Latihan fizikal PLKN tidak membabitkan penggunaan senjata api atau latihan ketenteraan. Para pelajar akan belajar berkawat, tempur tanpa senjata, pertolongan cemas, merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas ketenteraan ini, para remaja didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan ikhtiar hidup. Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang?mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara.. Justeru, semua pihak?khususya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini. ~RABIATUL ADAWIYAH~

KITAR SEMULA (R)

Pertambahan penduduk Malaysia tahun demi tahun, merupakan satu penanda aras kemajuan buat negara pada peredaran teknologi masa kini. Dianggarkan tahun ini lebih kurang 28.9 hampir ke 30 juta, penduduk yang menetap di Malaysia setakat ini. Cabaran yang perlu ditempuh juga amat tinggi kerana pengurusan membabitkan kebajikan rakyat perlu diberi perhatian lebih teliti terutamanya dalam aspek kesihatan dan keselesaan. Begitulah juga apabila dikaitkan dengan sistem pengurusan sampah di negara ini yang sebenarnya tanpa disedari berada pada tahap kritikal ekoran lebih banyak kawasan diperlukan sebagai pusat pelupusan sampah. Malah ia menjadi lebih buruk lagi apabila wujud pusat pembuangan sampah haram sehingga menjejaskan ekosistem alam sekitar. Secara puratanya, dalam masa sehari sebanyak 800 gram sampah dibuang oleh setiap rumah di Malaysia. Ini bermakna dalam masa sehari sahaja berat sampah yang dihasilkan oleh semua 27 juta rakyat boleh menghasilkan paling kurang 20,000 tan setiap hari. Jumlah sampah sebanyak itu boleh memenuhi setiap penjuru Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) sekiranya tidak dikutip dalam tempoh 10 hari. Oleh itu, kaedah melupuskan sampah secara konvensional didapati sudah semakin tidak praktikal kerana ia boleh mengorbankan ruang tanah yang semakin terhad malah menyumbang kepada masalah pencemaran yang semkin hari semkain membimbangkan.~RABIATUL ADAWIYAH~

BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA (R)

Pada peringkat awal pemilihan, tujuh jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga yang dicadangkan adalah kenanga, melur, teratai, mawar, cempaka, tanjung dan bunga raya. Setelah satu proses pemilihan yang rapi, bunga raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu TYM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Ia terus menjadi kemegahan negara apabila ia digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan syiling Malaysia. Ia menjadi perhiasan di bangunan Parlimen dan menjadi simbol Filem Negara. Bunga raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkann kepada beberapa sifat bunga raya yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya telah dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara di mana ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta masyarakat yang adil dan saksama. Pada tahun ini 2010, genaplah 50 tahun Bunga Raya diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Kementerian Penerangan dan Kebudayaan dalam kenyataannya berkata sambutan yang julung kali diadakan untuk meraikan bunga raya sebagai bunga kebangsaan diharapkan dapat memupuk kesedaran dan kefahaman rakyat mengenai bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Sempena sambutan tersebut, wang syiling khas yang dikeluarkan oleh Bank Negara dan setem istimewa yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia serta lagu tema Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan negara akan dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.~RABIATUL ADAWIYAH~

Wednesday 5 September 2012

DISIPLIN TERAS KEJAYAAN

Assalamualikum dan salam sejahtera, Yang saya hormati Pengacara Majlis. Tuan-tuan Panel Hakim yang sentiasa peka dengan misi keadilannya. Yang mulia, Tuan Pengetua dan seterusnya guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan yang dihormati sekalian. Hadirin sekalian, Pada waktu ini saya sedang berdiri di hadapan saudara dan saudari. Hadirin sekalian begitu setia untuk menghayati setiap kata yang bakal saya titipkan. Kita bersama-sama menghayati suatu wadah keilmuan dalam suasana yang tenang dan harmoni. Peserta, masing-masing dapat berhujah dalam kapasiti dan kemampuan masing-masing. Soalannya, mengapakah kita mampu mewujudkan situasi yang sedemikian rupa? Semuanya terjawab dengan sendirinya kerana kita masih mempertahankan disiplin yang baik, saling membantu dan saling menyokong. Lantas, hadirin sekalian marilah bersama-sama saya kita lunasi suatu wacana yang bakal saya hidangkan kepada anda dengan maudhuk wacana saya, “Disiplin Teras Kejayaan”. Hadirin sekalian, Disiplin Teras Kejayaan ialah rangkuman konsep yang menyatakan suatu sistem tatacara mengurus diri yang betul pasti menatijahkan kejayaan dalam setiap urusan dan tindakan kita. Justeru, disiplin menjadi jurupandu untuk seseorang memperoleh kejayaan dalam mencapai sesuatu sama ada belajar, bekerja dan melunaskan rutin harian kita. Pesan orang tua-tua, “Mengaji dari alif, membilang dari esa, hujan berpokok, dan kata berpangkal”. Segala-galanya perlu melalui suatu proses dan sistem yang betul. Sejarah telah menjadi sumber rujukan yang paling penting kepada kita akan kejayaan tokoh-tokoh yang terkemuka. Kejayaan yang telah dikecapi oleh mereka adalah dengan berkat disiplin yang tinggi. Sama ada dalam bidang keilmuan atau kerjaya semuanya memerlukan disiplin. Lihatlah betapa sengsaranya Thomas Alva Edison dalam usahanya untuk menyumbangkan cahaya kepada alam sejagat. Beliau memerlukan ketelitian dan disiplin yang amat tinggi. Begitulah tokoh-tokoh dalam bidang keilmuan seperti Socrates, Plato, Aristotle, Imam Al Ghazali, Imam Shafie dan sebagainya. Mereka bangkit sebagai personaliti dunia yang menyemarakkan budaya ilmu melalui disiplin yang tinggi. Rakan-rakan sekalin, Ketika sedang mendaki tangga kejayaan, ingatlah tiada tonik lain yang lebih mujarab boleh membantu kita mencapai matlamat. Tanpa disiplin hasrat kita akan longlai, urusan kita tidak langsai, justeru impian kita akan berkecai. Kita akan kecundang di tengah-tengah medan perjuangan. Kita perlu bermuhasabah diri, memilih segala-gala yang baik dengan mengetepikan perkara-perkara yang dangkal. Uruslah diri anda, merancang masa dan mengurus personel yang baik. Kita perlu memiliki hala tuju yang betul, cita-cita yang jelas, dan sanggup menterjemahkan matlamat hidup dalam perancangan yang teliti. Inilah sumber orang-orang yang pasti berjaya. Ingatlah, untuk berjaya kita mesti merancang sistem belajar yang betul, rutin harian yang terancang, dan sentiasa meletakkan perkara-perkara yang positif sebagai keutamaan. Bayangkanlah! Tanpa disiplin, berapa banyakkah masa yang dibazirkan untuk menekan butang telefon semata-mata berceloteh dalam SMS? Tanpa disiplin, berapakah lama masa yang berlalu dengan hanya asyik berserakah dengan rakan-rakan? Tanpa disiplin kita disesatkan dek terlalu kemarukkan melayari Facebook, Twitter, dan My Space? Sumber yang pada asalnya boleh membawa natijah positif, malangnya terbalik kerana ketiadaan disiplin. Padanya, semakin lama kita melayani perkara-perkara yang membazir, justeru semakin jauhlah kita dihanyutkan oleh ilusi tanpa realiti. Kita telah membazir masa dan usia, bak seratus tahun bah melanda kapar tetap tidak berlalu. Saudara dan saudari, Peribahasa menyatakan, meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu. Tuah jangan ditolak, rezeki harus dituntut. Masa dan peluang harus kita kejar. Demi menjadi insan yang berguna pada masa depan, uruslah disiplin dengan cara yang terbaik. Rujukan kita mestilah kepada tokoh-tokoh yang telah berjaya. Merekalah yang sepatutunya menjadi idola kita. Gerak dan langkah mereka, cara berfirkir dan cara mereka merancang hidup hendaklah dijadikan panduan. Mereka yang telah berjaya mungkin para pemimpin, para guru, malah rakan-rakan kita. Kita wajar memiliki perasaan cemburu terhadap kejayaan orang lain demi menyaingi mereka secara sihat. Setelah kita menyediakan strategi memburu kejayaan secara terancang, kita juga perlu berhati-hati kerana dalam setiap masa dan apa-apa keadaan pun pelbagai dugaan boleh mengancam konsentrasi. Oleh itu, jauhilah parasit dan pengaruh yang boleh merosakkan diri. Orang-orang yang tidak berdisiplin sentiasa berdamping dengan program-program yang tidak berfaedah. Berwaspadalah terhadap pengaruh hiburan yang berlebih-lebihan. Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak mempunyai maltlamat dan hilang jati diri. Elakkan diri terjebak dengan kegiatan negatif seperti melepak, berpelisiran, lumba haram dan seribu satu macam lagi angkara antimoral yang sedang menunggu untuk menjeratkan kita. Rakan-rakan seperjuangan sekalian, Sesungguhnya peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis benar-benar mendidik kita untuk mendisiplinkan diri. Tanpa disiplin tiada sekelumit pun kejayaan yang bakal diraih. Jikalau inginkan kejayaan, berpeganglah kepada falsafah, “Disiplin Teras Kejayaan”. Sekian terima kasih. http://pecutanakhirbm1.blogspot.com/2010/10/karangan-contoh.html Nur Farisha Alini.

KEPENTINGAN TIDUR YANG CUKUP

LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan. Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama. Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya. Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar. Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio. Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang. Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain. Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular. Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi http://www.info-gallery.org/2011/10/kepentingan-tidur-yang-cukup.html Nur Farisha Alini.

Sunday 1 July 2012

Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar.

Keseimbangan ekosistem * Ekosistem ialah satu proses interaksi antara benda-benda hidup dengan benda-benda hidup dengan benda-benda bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar * Kesimbangan ekosistem hutan penting kerana memelihara, melindungi dan mengekalkan sumber tumbuh-tumbuhan dan hidupan * Ekosistem dapat menghasilkan sumber kayu kayan, ubat-ubatan, rotan, buluh dan kulit kayu terutamanya dari kawasan hutan * Membantu dalam peningkatan kualiti udara di samping mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen * tumbuh-tumbuhan hijau membekalkan sumber tenaga kepada manusia dan haiwan yang memakannya Pelbagai jenis flora dan fauna * Pokok-pokok orkid, paku pakis, pokok periuk kera merupakan tumbuh-tumbuhan istimewa yang terdapat dalam hutan Malaysia * Hidupan liar seperti orang utan, tapir dan gibbon ialah antara haiwan yang unik dalam hutan negara kita * Flora dan fauna menjadi tarikan pelancong, bahan penyelidikan dan bahan warisan generasi Gibbon Pembekal hasil-hasil hutan * Pokok dalam hutan Malaysia menghasilkan pelbagai jenis kayu balak yang bermutu tinggi dan bernilai dari segi perdagangan * hutan juga membekalkan hasil hutan yang lain seperti rotan, mengkuang, buluh dan nipah yang sangat penting dalam membangunkan industri perabot dan kraf tangan * kayu balak- membuat perabot, mengilang papan lapis, membuat jambatan dan membina rumah * buluh dan rotan - membuat kraf tangan, membuat perabot * kayu ru- membuat perahu, sebagai bahan api * daun mengkuang- membuat tikar dan bakul * daun nipah- membuat atap * batang nibung-membuat tiang rumah dan cerucuk kelong Habitat hidupan liar * Hutan membekalkan makanan kepada hidupan liar * Haiwan menjadikan hutan sebagai tempat tinggal serta perlindungan Kawasan tadahan air * Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tanah tinggi negara kita berperanan sebagai kawasan tadahan * Kawasan tadahan dapat didefinisikan sebagai kawasan bukit bukau yang meliputi tumbuh-tumbuhan yang tebal dan menjadi punca aliransungai * Hutan bertindak sebagai penipis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air Pencegahan hakisan tanih * Hutan bukan sahaja memberi hasil kepada kitamalah bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanih daripada hakisan air * Daun dan ranting pokok di hutan hujan tropika yang tebal membantu mengurangkan halaju titisan air hujan dan memecahkan saiz titisan air hujan kepada yang lebih kecil * Akar tumbuhan menyekat air larian permukaan menyebakan aliran menjadi perlahan serta berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih Pembiakan hidupan laut * Hutan paya air masin dan hutan paya air tawar di negara kita menjadi tempat pembiakan jenis kehidupan air * Pelbagai jenis ikan dan udang bertelur di celah-celah akar pokok di dalam air * Inin kerana akar jangkang pokok bakau melindungi telur ikan dan udang daripada ombak kuat dan pemangsa Pengembang Eko-pelancongan * Beberapa buah taman negara dan hutan simpanan telah mewujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan hutan simpan telah diwujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang semakin pupus * Taman Negara yang terletak di Pahang dengan keluasan 4343km persegi merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia * Terdapat lebih daripada 10000spesies tumbuh-tumbuhan dan 250 spesies burung dalam Taman Negara Penghasil ubat-ubatan tradisional * Kebanyakan tumbuh-tumbuhan mengandungi nilai-nilai perubatan, terutamanya dari bahagian batang, akar, daun dan ubi * Petai, akar dan batang pokok periuk kera digunakan dalam perubatan tradisional * Bunga raya berguna untuk meredakan batuk dan kehilangan kahak * Akar dan batang pokok direbus dan diminum untuk mengubati demam periuk kera http://jyhygeografi.blogspot.com/p/kepentingan_08.html Nur Farisha Alini.

Kepentingan Hutan Kepada Manusia.

Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Di Malaysia, kira-kira 77.2% daripada luas keseluruhan Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai jenis hutan. Hutan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan hutan dapat dijumpai di Pahang (37.6%), Kelantan (15%), Perak (14.4%) dan Terengganu (37.6%). Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia adalah hutan hujan tropika. Habitat flora dan fauna Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar. Pembekal makanan Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan kacang untuk dimakan oleh pelbagai fauna yang terdapat di dalamnya. Penerokaan hutan secara tidak terkawal akan menimbulkan implikasi kepada fauna kerana akan menimbulkan kesukaran kepada mereka untuk mendapatkan punca makanan dan secara tidak langsung akan menjejaskan kehidupan mereka. Pembekal ubat-ubatan Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit. Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan herba-herba ubat. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir. Pembekal bahan mentah Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul. Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam pembuatan dan hasil ukiran kayu. Tempat Rekreasi Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi. Sumber penyelidikan Hutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat bernilai. Pelbagai kajian dan penyelidikan dapat dijalankan di dalam hutan bagi mendapatkan input yang baru yang boleh digunakan dalam kehidupan manusia. Sumber Pendapatan Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara. Melalui aktiviti pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan adalah amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang yang menguntungan. Di Malaysia, hasil pendapatan dari aktiviti pembalakan telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun. Ini dapat dibuktikan oleh jadual berikut : Tahun Hasil (m3) Pendapatan (RMJuta) 1980 27.9 2500.0 1990 40.0 4200.0 Jadual : Pendapatan dari hasil pembalakan di Malaysia pada tahun 1980 dan 1990. Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas oksigen dan karbon dioksida. Bagi tumbuhan, gas karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk memproses makanannya. Dalam proses membuat makanan ini tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan daripada proses itu. Dengan adanya tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan dapat dikekalkan. Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh. Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan tanah. Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun ke tanah rendah dan ini boleh menghalang daripada tanah runtuh. Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik Hutan juga berfungsi dalam memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik. Bahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi sumber makanan penting bagi serangga dan haiwan-haiwan yang hidup di hutan bakau. Pokok bakau juga boleh memerangkap sedimen dan bahan-bahan toksik. Disamping itu juga bahan-bahan toksik seperti racun perosak dan sisa buangan domestik serta perindustrian yang kebanyakannya terlekat kepada sedimen yang mendap, turut terperangkap. Pengawal iklim Hutan juga bertindak sebagai pengawal iklim. Ketebalan hutan yang terdapat di sesuatu kawasan mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan. Kawasan tropika misalnya mempunyai hutan tebal serta terdiri daripada beberapa lapisan yang berlainan kepentingannya. Lapisan yang berlainan ini dapat mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan melalui proses sejatan seterusnya menstabilkan kelembapan. Daripada huraian di atas, ternyatalah bahawa hutan sangat penting kepada manusia. Pelbagai usaha secara konsisten dan sistematik harus dilakukan agar penerokaan hutan dan pencerobohan secara haram dapat dibanteras. Tindakan undang-undang yang lebih berat harus dikenakan kepada mereka yang cuba memusnahkan hutan. Kita tidak mahu, dalam usaha kita mengejar pembangunan, kita terpaksa memusnahkan alam semulajadi secara rakus. Telah terbukti, kemusnahan hutan boleh menimbulkan bencana kepada kita. Dicatat oleh SAHARUDDIN ABDULLAH di 12:03 AM Nur Farisha Alini.

Kepentingan Hutan Paya Bakau.

Home » tumbuhan hijau » Kepentingan Hutan Paya Bakau Kepentingan Hutan Paya Bakau Share15 like15 Nukilan Love Hijau on Sabtu, 17 Disember 2011 Paya bakau merupakan hutan semulajadi di kawasan pasang surut air laut . Mempunyai tanah berlumpur serta bersifat malar hijau sepanjang tahun, paya bakau merupakan antara ekosistem yang penting bagi kawasan pinggir pantai. Paya bakau merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Mungkin tsunami 2004 yang melanda Banda Acheh dapat dikurangkan jika kawasan pinggir pantainya dipenuhi dengan hutan paya bakau,yang mampu menyerap tekanan dan kuasa tsunami yang hebat itu. Namun itulah ketentuan dan ujian Allah. Jom kita lihat kepentingan hutan paya pakau. Habitat Dan Ekologi Hidupan Marin dan Fauna lain Sifat hutannya yang agak padat serta malar hijau sepanjang tahun sangat sesuai bagi hidupan laut. Sifat tananya yang berlumpur dengan akar bakau yang berselirat dan timbul itu merupakan habitat hidupan marin pinggir pantai seperti ikan, ketam, udang, kerang dan pelbagai jenis siput.Keadaannya yang sentiasa berair sangat sesuai bagi ekologi hidupan marin. Malahan terdapatnya hidupan lain seperti monyet dan burung yang turut mendiami kawasan paya bakau. Malahan paya bakau juga merupakan tempat pembiakan burung penghijarah yang biasanya datang jauh dari hemisfera uata atau selatan, demi mengelakkan musim sejuk di tempat asal mereka Penampan tsunami dan angin kencang Hutan pakau bakau boeh mempengaruhi pergerakan angin dari laut. dengan litupan dikawasan pinggir pantai angin yang kencang boleh dikurangkan dengan adanya paya bakau. Paya bakau juga boleh mengurangkan tekanan gelombang lautan yang hanya disedari kepentingannya selepas tsunami tahun 2004. Malaysia juga tidak terlepas dengan tsunami tersebut yang membadai kawasan laut negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia yang telah mengorbankan 68 nyawa, serta ratusan ribu yang lain diseluruh dunia termasuklah paling ramai di Indonesia.Paya bakau berperanan sebagai benteng semulajadi yang menghalang hempasan tsunami ke kawasan yang lebih jauh. Penambak laut Semulajadi Paya bakau dengan sifat akarnya yang timbul boleh memerangkap tanih dan lumpur.proses enapan akan berlaku yang membolehkan semua sisa lumpur terperangkap dan enapan yang berterusan akan memperluaskan kawasan paya bakau, semakin lama semakin besar .Ini membolehkan kawasan daratan bertambah.namun ambil masa sedikit kerana enapan mengambil masa yang panjang sebagai penambak laut. Kayu bakau pelbagai kegunaan domestik dan perindustrian Kayu bakau memang sudah popuar sebagai bahan binaan, kayu arang, kayu api, menyamak kulit haiwan . Sifatnya yang tahan serangan serangga perosak, tahan perut dan kulat membolehkan kayu bakau digunakan sebagai cerucuk. Cerucuk merupakan bahan asas, atau tapak bagi tiang rumah atau bangunan, yang ditanam, sebelum lapisan atas cerucuk dilapisi simen dan besi untuk menaikkan tiang. Malahan bagi jenis Rhizophora dan Brugiera boleh digunakan untuk membuat bot jika cukup umur dan matang. Hutan Bakau untuk eko pelancongan Hutan paya bakau merupakan aset pelancongan negara. Industri pelancongan berasaskan ekologi alam sekitar, merupakan konsep yang sangat popular di seluruh dunia. Pelancongan dari barat dan Jepun terutamanya suka kepada keindahan alam semulajadi. Paya bakau mampu menjadi pilihan pelancongan kerana keindahan serta sifatnya sebagai habitat hidupan marin serta fauna seperti burung penghijrah. Malahan terdapatnya juga serangga unik seperti kelip-kelip yang pastinya akan menjadi pilihan pelancong. http://www.lovehijau.com/2011/12/kepentingan-hutan-paya-bakau.html Nur Farisha Alini.

Semangat Kejiranan.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya apakah faedah di sebalik cogan kata “jiran sepakat membawa berkat “?. Faedah yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat adalah akan dapat memupuk hubungan baik antara jiran. Hal ini demikian kerana, memupuk hubungan baik antara jiran amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran. Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi serta sukan komuniti. Amalan gotong-royong akan dapat akan dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing. Selain itu, hubungan baik melalui amalan gotong-royong ini, setiap komuniti akan saling bertanya khabar dan dapat dilakukan dengan cara membersih taman-taman di kawasan kediaman. Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat menghalang masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan, sudah pasti hubungan baik antara jiran tidak dapat dipupuk. Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkan melalui hubungan baik antara jiran. Selain itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Nilai kerjasama juga dapat membentuk jati diri yang baik dalam diri setiap masyarakat. Melalui amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat kejiranan ini akan dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai kerjasama akan wujud apabila setiap individu membantu jiran mereka semasa mengadakan rumah terbuka terutama pada musim perayaan , sebagai contoh semasa perayaan Aidilfitri, masyarakat islam,masyarakat india, masyarakat cina bekerjasama dalam menyempurnakan rumah terbuka tersebut.Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sekiranya,nilai kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk sudah pasti semangat kejiranan di negara ini sukar diterapkan. Sudah terang lagi bersuluh nilai kerjasama merupakan salah satu kelebihan bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Seterusnya, jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan.Hal ini dikatakan demikian kerana sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya jiran mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Jadi, melalui amalan ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Seandainya , sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan tidak diamalkan dalam diri masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah belah. Sesungguhnya, sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan merupakan salah satu faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat. Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. Selain itu, mereka juga akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab apabila kawasan kediaman mereka dimasuki orang yang mencurigakan. Sekiranya masyarakat di negara ini tidak mengamalkan cogan kata “jiran sepakat membawa berkat” dengan sebaiknya bersama jiran tertangga mereka sudah pasti keselamatan masyarakat tidak mendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat. Dalam pada itu, mengenali adat kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah hidup berjiran. Hal ini demikian kerana masyarakat di Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum akan lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, pada musim perayaan Aidilfitri kaum Melayu di negara ini memakai baju kurung dan baju melayu manakala pada musim perayaan Tahun Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian tradisional mereka seterusnyan pada musim perayaan Deepavali, kaum india memkai sari. Majlis rumah terbuka juga sering diadakan pada perayaan-perayaan tersebut dan pelbagai jenis makanan tradisi dapat dinikmati. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup berjiran juga membolehkan kita mengenali adat budaya antara kaum. Sekiranya semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antara kaum akan lapuk dek hujan, lekang dek panas. Tegasnya semangat kejiranan memberikan faedah kerana masyarakat dapat mengenali adat dan budaya kaum lain. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata “ jiran sepakat membawa berkat “. Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan semangat kejiranan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Pelajar 5st3 2011 Nurul Fatanah Nur Anis Amalina Nurul Fatihah Nur Ezzati Nur Farah Athirah Posted by CIKGU NORMA ( NAS ) at 7:05 PM Nur Farisha Alini.

Cara RASULULLAH S.A.W Menjaga Kesihatan Diri.

Bagaimanakah cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe?nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah Selalu bangun sebelum subuh Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. Aktif menjaga kebersihan Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) Tidak pernah makan berlebihan Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. Gemar berjalan kaki Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang ?hendak kita pergi. Tidak pemarah Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang?kan gundah di hati. Optimis dan tidak putus asa Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t. Tidak pernah iri hati Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.” Pemaaf Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya. http://puspanita.motour.gov.my/tips-kesihatan/225-cara-rasulullah-saw-menjaga-kesihatan-diri.html Nur Farisha Alini.

Faedah Belajar Secara Berkumpulan

'Belajar berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian.'...topik ini adalah salah satu topik yang selalu ditanya, sama ada di dalam bahas atau segi pendapat oleh pelajar-pelajar. Ramai suka belajar secara bekumpulan, tetapi ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Faktor-faktor ini akan membawa keputusan yang berlainan.... Ramai orang akan setuju bahawa mereka suka belajar secara berkumpulan. Dengan belajar berkumpulan, mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka lebih lanjut dan boleh meminta bantuan dari kumpulan. Dengan itu, mereka sama-sama maju dan ini pun meringankan beban cikgu-cikgu yang selalu sibuk dengan kerja mereka selepas sekolah. Belajar secara berkumpulan pun membawa faedah. Dari pepatah Inggeris 'two brains are better than one', idea akan menjadi lebih baik jika idea yang bersendirian digabungkan dan dicampur menjadi satu. Semua faedah mempunyai keburukannya. Tidak semua orang akan menumpukan pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan niat untuk belajar sudah makin jauh. Belajar secara kumpulan pun boleh menimbulkan sifat benci antara satu sama lain. Misalnya, seseorang mempunyai pendapat yang lain dari rakannya dan mereka cuba untuk memenangkan pendapat sendiri. Pelajaran merekan pun boleh merosot kerana sekarang mereka berasa kurang senang belajar dengan seseorang itu. Kerana itulah, ada sesetengah dari mereka yang memilih untuk belajar secara bersendirian. Mereka tidak mudah diganggu dari orang lain dan niat mereka untuk belajar akan tercapai. Dia mempunyai kamar sendiri untuk belajar, dan barang-barang sudah diatur untuk belajar, dan ini pun boleh memajukan didinya untuk cemerlang. Belajar bersendirian pun membawa faedah yang lain. Antaranya adalah kita boleh belajar berdikari, dan inilah salah satu daripada sifat-sifat kita harus punyai. Dengan belajar berdikari kita tidak payah bergantung kepada orang lain. Kita tidak akan berjaya jika kita selalu bergantungan kepada orang lain. Keburukannya- jika ada soalan untuk ditanya, kita tiada sesiapa untuk membantu kita. Ini pun boleh membawa kesan untuk tidak mahu belajar. Dengan begini pun boleh merosot pelajaran. Kerana keseorangan, pendapat selalu daripada diri sendiri. Kadang-kadang, pendapat orang lain lebih baik daripada pendapat sendiri. Contohnya, setelah lama belajar, rakan sekumpulan kita akan memberi cadangan untuk berehat seketika. Tetapi kalau kita belajar bersendirian, kita akan memaksa diri kita untuk menyelesaikan kerja kita, dan ini boleh merosakkan minda kita jika minda kita menyerap terlalu banyak informasi. Seseorang juga harus berhati-hati untuk belajar sendirian. Dalam kesimpulan, walaupun ada faedah dan keburukkan dalam ini, kita haruslah ambil yang berfaedah. Jika kita berasa bahawa belajar secara berkumpulan adalah lebih baik, maka kita ambillah pendapat kita itu, dan juga sebaliknya. sumber : buku teks sekolah. http://zulfattah.blogspot.com/2011/12/belajar-secara-berkumpulan-lebih-baik.html Nur Farisha Alini.

Faedah Berjimat Cermat

..Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. . ............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan. . ............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang. . ............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin. . ...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena. . ............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur. . Posted by Guru BM at 04:34 Nur Farisha Alini.

Faedah Bersukan

Satu dari antara faedah-faedah bersukan ialah bersukan boleh mengurangkan berat badan seseorang dan mengelakkan kegemukkan. Mengikut kajian scientific dan fizikal, cara mengurangkan berat badan ialah dengan bersukan. Menggunakan ubat-ubat mengurangkan berat badan seseorang mungkin akan menjejas kesihatan mereka. Kedua, bersenam dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakt seperti serangan jantung, darah tinggi dan sakit jantung. Terbukti bersenam ubat yang terbaik. Ketiga bersukan dapat menaikkan economi negara. Olimpik sekarang diadakan diadakan di China. Dengan itu, semua orang akan ke China untuk menyaksikan olimpik. China akan mendapat duit yang lumayan. Bedasarkan faedah-faedah yang telah dibentangkan,bersukan memang amat penting bagi setiap manusia tidak kira janda atau usia.Ia juga berguna untuk negeri.Kesimpulannya, bersukan itu bagus Posted by Muhammad Hafiz at 1:05 AM Nur Farisha Alini.

Saturday 30 June 2012

berikan aku jawapan

kala sepi melanda jiwa ku terbaring di atas rimbunan bara ku biarkan semua terjadi tanpa usaha biarkan semua berlaku begitu saja keberanian tak pernah kunjung bertapa di mana puas ku cari teringat akan kata-kata insani mengutuk mengherdik diri ini terpojok aku tanpa fikiran kian di hentam negetif mencengkam hati menyerah aku tika ini tiada siapa yang bisa mengerti menyepi sendiri dalam sunyi duka tak pernah terobati terkadang berdosa pada Ilahi mempertikai semua yang terjadi sial...... sungguh hidup tak berguna jika kesalahan tak seberapa terus di canda Allah... kemana lagi harus aku mengadu jika dosa besar yang kau restu kemana harus aku melangkah jika izin mu mereka ketawa berdekah-dekah apa salah ku sukar tuk di cengkarama apa dosa ku terus di hina jiwa meronta batin tersiksa wahai Allah Azawajalla ku mengeluh bosan dengan hidup ini letih dengan dugaan ini sampai kapan aku harus telan semua keperitan sesungguhnya tak sanggup lagi ku berdepan dengan ujian mu Tuhan... heran sungguh heran kadang aku riang kadang aku duka acapkali lubang ujian di gali aku hampir tertimbus dek ketulan tanah-tanah hampa aku perlu bingkas sadar simpan niat yang mendalam agar aku bisa kecapi nikmat tanpa aku korbankan diri sendiri mampukah aku Tuhan??? berikan jawapan Posted by Yan Pelangi Jingga nuramalia shuhada bt amir (1b2)

derita tua

Derita Tua(Puisi buat MAK)

Hati ku perih
acapkali melihat wajah pucat
kering dingin tak bermaya
sekujur tubuh tua
meracau dalam kekacauan minda
sepi kaku terbaring di tilam usang
tak bisa nyenyak lena
hilang nafsu makan
sayu merenung hari mendatang
sunyi dalam keriuhan anak cucu
melayan minda sendiri

di atas sejadah
ku untai sebait doa
sembuhkan MAK ku
Ya ALLAH
gugurkan dosa-dosanya
andai ini ujian mu
hentikanlah kerna tak terdaya lagi
tubuh tua itu menanggungnya
jangan kau bebankannya
melebihi kemampuan
terimalah semua amalannya
sayangi MAK ku YA RABBI
kepada mu ku bermohon
dan berserah...
yan pelangi jingga... nuramalia shuhada bt. amir (1b2)

Sunday 24 June 2012

Anugerah Pelajar Cemerlang

PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih sebagai Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob.

Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan, Pahang bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya.
Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi merupakan seorang murid yang cergas dalam bidang sukan.  Beliau telah mewakili negari Pahang dalam Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah, 2011. Beliau juga telah menjadi johan dalam acara lompat jauh dan lompat tinggi di peringkat negeri Pahang.
Di sekolah,  Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan Pengakap. Beliau juga memegang jawatan penting dalam beberapa persatuan di sekolahnya seperti Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris dan Bendahari Persatuan Metametik.
Beliau menyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas anugerah ini. Beliau menasihatkan kepada rakan-rakan yang ingin berjaya agar membuat sesuatu itu dengan penuh komitmen, tidak mudah putus asa dan tekun. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru dan rakan-rakan atas dorongan dan semangat yang diberikan.
** *** **


Terima kasih.

Contoh berita ini telah disalin oleh:

 Adik Aiman dan Wafiq

Nur Farisha Alini.