Click here for Myspace Layouts

Saturday 31 March 2012

KAWAN YANG JAHAT

1. Kawan yang rampas kekasih kawan sendiri
Perghhhh, gejala kawan rampas kekasih kawan sendiri adalah simptom kawan makan kawan yang paling femes. Bukan setakat drama TV, Majalah Remaja, Majalah Wanita, sampaikan ada forum khas untuk kes kawan rampas kekasih kawan sendiri di radio dan sebagainya. Dari sudut negatif, gila jahat kawan yang rampas kekasih kita or even yang rampai suami atau isteri yang kita sayangi. Tapi jika dilihat dari sudut positif, ada hikmahnya. Bukan jodoh kita dengan dia, jadi terima seadanya dan cinta yang kawan kita pupuk dengan kekasih kita walau dari teknik dan cara yang terkutuk, kita perlu doakan kebahagian mereka sebab itu sudah ditentukan. Dan the best part is, for sure punya kekasih kita jenis yang tak setia sampai sanggup bercinta dengan kawan kita sendiri dan for sure punya kawan kita jenis yang tak hargai persahabatan sampai sanggup rampas kekasih kita. Jalan penyelamat, tinggalkan kedua dua mereka dan jalani hidup baru. Kalau korang dari kalangan orang yang baik budi baik pekerti baik akhlak dan baik hati, korang akan ditemukan dengan kawan dan kekasih yang seangkatan dengan korang. *dah macam Dr. kawan aku nie* GILA!!!!!

2. Kawan yang burukkan nama kawan sendiri pada orang lain
Percaya atau tidak, ramai orang yang kita anggap kawan sanggup menjaja keburukan kita pada orang lain. Ini adalah kes paling serius sebab ia melibatkan nama baik kita.Lagi serius bila keburukan kita dijaja demi untuk menampakkan yang dia tu sebenarnya baik pada mata orang lain. Kawan jenis ini lebih kepada talam dua muka yang depan kita berlagak baik, depan orang lain kutuk kita macam kita ni serupa orang yang takder rupa. Haaa, jangan main main dengan kawan jenis ini sebab dia sangatla licik almaklumla talam dua muka. Tapi jangan konpius dengan orang yang burukkan kita sebab kita memang buruk. Ada kawan yang terpaksa ceritakan keburukan kita pada orang lain sebab dia sudah tak tahan dengan perangai durjana kita. Beribu kali nasihat tapi taknak didengar. Jadi, semua perlu cermin diri sendiri dan jangan jadi sebahagian orang yang selalu menyusahkan orang lain. Errrr (o.O)

3. Kawan yang bocorkan rahsia kawan sendiri
Haaaah, bila sebut jer kawan, mesti ada banyak rahsia yang kita kongsikan dengan kawan. Lebih lebih lagi bila kawan kita itu adalah bestfren 4 eve yang tahu selok belok, haru biru perangai kita. Berapa banyak duit kita ada, pakai underwear warna apa, tabiat tidur, cara mandi, siapa kekasih kita dan bla bla bla bla. Ala, kalau setakat nak berkongsi dengan orang lain hal hal general, tak hal la. Sharing is caring is loving kan. Tapi yang jadi masalah bila kita punyala dengan berhati hati menjaga sesuatu rahsia tu bertahun tahun lamanya. Satu hari terpaksa jugak kita kongsi dengan membe sebab dah tahan menanggung seorang diri. Akhirnya, rahsia yang kita jaga bocor dek kawan durjana. $%&%#()&!!!!!!!, walau sumpah seranah carut carutan yang kita lemparkan, dah tak berguna sebab rahsia yang kita simpan dah bocor.

4. Kawan yang mempergunakan kita untuk kebaikan dia
Cesss, ini adalah jenis kawan makan kawan yang paling tak berguna. Hidup dia cuma tahu menyusahkan orang lain untuk kebaikan sendiri. Oho, serius sungguh ramai kawan yang take for granted untuk kepentingan sendiri. Memang tolong menolong adalah syarat berkawan tapikan kalau kita jer yang asyik tolong kawan setiap masa dan ketika, ni nak panggil kawan ke aper? Btw, kalau korang ada kawan yang tetiba korang rasa sangat terbeban dengan kehadiran dia apa yang korang buat sebab aku memang takder tips untuk atasi kawan jenis nie. The best tip yang aku ada ialaha, abaikan dia~sekian!!

5. Kawan yang betul betul makan kawan sendiri
Actually, aku tak tahu nak namakan apa kawan jenis ni. Maksud kawan yang makan kawan yang ni ialah kawan yang menodai kawan sendiri. HOH!!! jangan tak caya,, ada ramai kawan yang menodai kawan sendiri. Kita berkawan kekadang tidak mengira jantina, yang lelaki mungkin kawan baiknya adalah perempuan. Dalam diam, rupanya dia menruh perasaan. Kerana tidak tertahan godaan, akhirnya si kawan menumpaskan kawannya demi kepuasan nafsu sendiri. Ahak, kes kawan noda kawan bukan setakat antara kawan lelaki dan perempuan sahaja, ada juga kawan perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki. Tapi lelaki dengan perempuan is the worst case scenario. Then, silalah jaga adab ketika berkawan.

Sumber: Gila Jahat | 5 Jenis Kawan Makan Kawan | Geng Lepak 

post by :nur diyana binti saiful azuan

KAWAN YANG SETIA


KAWAN YANG SETIA .......

Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan dia beri bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta, kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta.

Waktu sakit diziarahi, di waktu dapat nikmat dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah tertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup dan kecacatannya tidak diumpat.

Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong
Aduh mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi.

Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku mohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan.

- Waullahu 'Alam -
post by :nur diyana binti saiful azuan

Jauhi perasaan iri hati dan hasrad dengki


SALAH satu sifat terkeji ialah perasaan iri hati dan dengki. Dengki ertinya perasaan tidak senang terhadap orang yang mendapat nikmat dan sebaliknya merasa senang melihat orang kehilangan nikmat itu.
Orang yang mengharapkan hilangnya nikmat pada orang lain, adalah orang yang terkena penyakit yang bahaya yang dikhuatirkan akan menimpa masyarakat sehingga masyarakat tidak mampu bekerja dengan baik dan tenang. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Dan tidak berkumpul di dalam hati seorang hamba rasa iman dan iri hati.” (Riwayat al-Baihaqi).
Dan dalam hadis yang lain baginda bersabda yang tafsirnya:
“Hindarilah oleh kamu daripada hasad (dengki) kerana hasad itu memakan segala amal kebajikan bagaikan api memakan kayu.” (Riwayat Abu Daud).
Adapun orang yang membenci orang-orang yang mendapat nikmat dan mengharapkan terhalangnya nikmat itu kepada mereka, di waktu pagi atau petang adalah orang itu telah disesatkan oleh pelbagai macam kegelapan sehingga dia tidak mengetahui hakikat hidup sebenarnya kerana hatinya telah dipenuhi dan dirasuk oleh perasaan hasad.
Allah subhanahu wataala telah berfirman di dalam al-Quran yang tafsirnya:
“Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan limpah rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Surah Yunus : 57 – 58).
Sebagai orang yang mengaku dirinya beragama Islam dan beriman kepada Allah, kita harus mengetahui dan mengakui hakikat bahawa nikmat itu adalah anugerah Allah. Jika kita ingin berhasil dan berjaya seperti orang lain yang berhasil dan berjaya, hendaknyalah kita berpindah pandangan kepada Allah subhanahu wataala, meminta kurnia dan rahmat dari-Nya, kerana gudang-gudang nikmat dan rahmat-Nya bukan untuk dimonopoli oleh seorang hamba sahaja tetapi adalah untuk semua makhluk-Nya. Seterusnya kita harus memulai setiap usaha dengan doa dan usaha yang padu. Nabi Sulaiman alaihissalam telah meminta kurnia dan rahmat Allah subhanahu wataala dengan berdoa seperti yang terdapat di dalam al-Quran yang tafsirnya:
“Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.” (Surah Shaad : 35).
Kita sebagai kaum muslimin hendaklah selalu berdoa agar kita dan keturunan kita memperoleh ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup mencari anugerah Allah dengan melalui usaha dan ikhtiar yang merupakan perkara yang wajar, bukan dengan sikap iri hati dan dengki. Sedangkan cita-cita seseorang yang ingin sama orang lain; memiliki kenikmatan seperti yang dimiliki orang lain adalah wajar. Dalam hal ini Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah menunjukkan sesuatu yang patut ditempuh dengan cara berlumba-lumba mencari dan mendapatkan kurnia Allah sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Tidak boleh iri hati kecuali dalam dua perkara: 1. Seorang yang diberi oleh Allah subhanahu wataala nikmat harta kekayaan lalu dipergunakannya untuk mempertahankan hak (kebenaran). 2. Seorang yang diberi oleh Allah nikmat ilmu hikmat lalu dipergunakannya dan diajarkannya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Dipetik dari blog pnstoberi yang dikreditkan ke SINI  

post by:nur diyana bt. saiful azuan

Thursday 29 March 2012

Hati seorang Teman

Hati seorang teman
ada kalanya sukar di mengerti
sulit tuk di fahami 
ada tikanya mengelirukan
terkadang menjengkelkan
ada masanya bergelar kawan
ada detiknya menjadi rakan
ada kalanya menjadi sahabat
akrab rapat
belum tentu punya ikatan erat
kebaikkan tidak di canang
kekurangan menjadi umpatan
teman ketawa mudah di temui
teman menangis sukar di miliki
rapat berpada-pada
renggang ada natijahnya

Nukilan-Yan Pelangi Jingga
Nuramalia Shuhada Bt. Amir

Rindu Muhammad SAW

Pada sunyi malam ini
di hamparan sejadah
bersama haruman doa
dalam syahdunya malam
ada hangatan jernih
menitik di takungan tangan
mengenangkan MUHAMMAD SAW...
rindunya hati tuk bertemu
membaranya jiwa tuk meluahkan
ingin ku peluk mu ya Rasul
itulah rindunya aku
Ya Nabi...
dalam getaran jiwa
layakkah aku menerima syafaat mu
mampukah aku duduk di samping mu
mahukah kamu menoleh ke arah aku
pada titian sirat
di hari perhitungan....
aku panasaran
Ya Rasul...
malam ini bintang beribu
dingin bayu menderu
malam tersipu malu
matahari tak bisa lelap
aku juga tak karuan
menanti hari keputeraan mu
Rasul junjungan

Nukilan- Yan Pelangi Jingga
Nuramalia Shuhada Bt. Amir

Iri hati

Hati usahlah iri
kelebihan rakan
kenal akan kemampuan
usahlah hasad
hidup tak membawa berkat
nanti rezeki akan di sekat
usahlah takbur
tingkah diri perlu di ukur
usahlah berprasangka
pada kawan saudara
kaji kekurangan yang ada
manusia manakan sempurna
kitabullah dan sunnah jadikan akar
agar kesesatan terhindar
yang baik jadikan teladan
yang buruk jadikan sempadan

Nukilan-Yan Pelangi Jingga
Nuramalia Shuhada Bt. Amir
Nuramalia Shuhada Bt. Amir

Bicara Muka Buku

Kita sering bicara
dari mentari berganti rembulan
tarian jemari terus berdansa
di lantai papan kekunci

bicara puisi indah
hingga syair duka
semua terangkum
menjadi novel indah

kita bermonolog
kita berilusi
tanpa kita sadari detik pantas berlari
sedangkan kita masih terpaku di sini

kita bicara lagi
pertemuan tanpa wajah
bicara tanpa suara
janji esok ketemu lagi
di muka buku ini


Nukilan:- Yan Pelangi Jingga
Nuramalia Shuhada Bt. Amir

Ibu Ratu Hatiku



            Ibu,
Disaat aku memerlukan,
 engkau setia disisi...
Disaat aku gembira,
engkau meraikannya...
Disaat aku berduka,
engkau meraikannya...
Kasih sayang dan pengorbananmu
       tiada tandingan...
Ibu, engkaulah Ratu hatiku
Terima Kasih untuk segalanya...


Nuramalia Shuhada Bt. Amir

Wednesday 28 March 2012

Monolog Luka Anak Segera

Perlukah aku berterima kasih ibu
kerana kesakitanmu melahirkan aku
sedang lahirnya aku tidak pernah
dialunkan azan
sedang tika kecil aku tidak pernah didakap
cium
sedang tika besarku tidak pernah dialu
ketika walang sering menyelubungi.

Benarkah aku yang berdosa
yang lahir kerana kesilapan dahulu
dek rasa gelora muda
tanpa sesal dan lupa dosa pahala
maka, atas nama cinta
terlontarlah aku ke dunia sengsara.

Aku ingin merasai
walau cuma sekali
rasa disayangi dan dicintai
dibelai atas nama cinta
seorang ibu
yang melahirkan aku
ke dunia fana ini.

rabiatul adawiyah(1b2)

Tuesday 27 March 2012

Anak Malaysia

ANAK MALAYSIA
KITA ANAK BERTUAH
HIDUP BAHAGIA DI BUMI MERDEKA
TINGGI MENJULANG HARAPAN IBUNDA.

KITA ANAK MALAYSIA
HARAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA
MENERUSKAN PERJUANGAN BANGSA
MENGHAPUSKAN PETUALANG NEGARA
BERSATU-PADU DI BAWAH SATU BENDERA.

KITA ANAK MALAYSIA
BERDIRI MEGAH DI BUMI TERCINTA
RELA BERJUANG BERTUMPAH DARAH
MEMPERTAHANKAN NEGARA SETIAP MASA.

KITA ANAK MALAYSIA
GIGIH DAN TEKUN BERUSAHA
MENCORAK IMEJ DAN BUDAYA
MENJADI PEMIMPIN BERJIWA MULIA.

KITA ANAK MALAYSIA
MENJADI PEMIMPIN BERWIBAWA
MEMAJU,MEMPERKASA EKONOMI NEGARA
MEMARTABAT MALAYSIA DI PESADA DUNIA.

rabiatul adawiyah(1b2)

jaga agamamu

Jaga agamamu,
kerana ia,
pemberian jalan,
yang benar,

Jaga agamamu…
kerana ia,
pemberian ilmu,
yang baik,

Sekiranya agamamu hilang,
seluruh hidupan pasti buta,
jika ilmu didadamu,
hilang,
binasalah hidupmu,

Wahai anak mudaku,
jagalah dirimu,
agamamu,
jika agamamu hilang,
dan jika ilmu tiada,
jangan menyesal,
jika maruahmu tercemar

rabiatul adawiyah(1b2)

sengketa

Langit sedih merintih
menjeling pilu menyaksi bisu
letusan demi letusan
kata-kata mahupun senjata
mainan kuasa manusia durjana
angkara derhaka mencipta sengketa.

Bumi merekah memuntahkan darah
sungai bertuah mengalirkan musibah
gunung gagah banjaran pemisah
kemanusiaan rebah tampungan
lidah

rabiatul adawiyah(1b2)

pantun nasihat

Buat baik berpada pada
Takut ada terhutang budi
Walau senyum suatu pahala
Jangan sampai di salah erti

Melompat riang si anak kancil
Kancil terjerat helah sendiri
Sabar dan ikhlas membuah hasil
Hasil di kutip di akhirat nanti

Harum sekuntum mekar sejambak
Taman raudhah berpagar iman
Limpahan hidayah tercurah melambak
Malang sedikit membekas berkesan

Manusia bercakap beo meniru
Cakap manusia berakal perasaan
Bertasbih bertahmid biar beribu
Belum tentu berkesampaian

Si tukang kasut membuat perabut
Si penggali kubur menjadi bidan
Adzan berkumandang tiada bersahut
Ruhul kudus menangis keseduan

Menggali lubang menimbus lubang
Hamba fakir beraksi kaya
Hutang menimbun keliling pinggang
Batu permata bercampur serpihan kaca

Apa bergelora di lautan samudra
Jika tidak arus dan gelombang
Setiap niat gerak tutur kata
Kehadirat sang adil di hitung timbang

Sumber: ABC_keladihutan (Mesra.net)
rabiatul adawiyah(1b2)

keluar daripada syurga

“Apakah Hawa Penyebab Terusirnya Nabi Adam dari Surga?”


(Study komparatif antara kitab suci Al-Qur’an dengan kitab suci Perjanjian Lama (Taurat))


Dalam kesempatan ini saya berusaha untuk menganalisa kembali tentang ‘apakah benar bahwa Hawa sebagai penyebab terusirnya Nabi Adam dari surga?”, dengan mengadakan perbandingan antara dua kitab suci yaitu al-Qur’an dan Perjanjian Lama (Taurat). Mungkin sebagian menganggap hal ini merupakan permasalahan yang telah usang. Namun bagi saya tidak ada salahnya kita kembali menganalisanya masalah tersebut. Benarkah Hawa sebagai penggoda yang menyebabkan Nabi Adam berbuat dosa (dosa di sini ialah melakukan yang sebaiknya ditinggalkan atau istilah lainnya ialah tarkul aula (meninggalkan yang utama untuk kemaslahatan), bukan dosa dalam artian berbuat haram karena di surga sana belum terdapat taklif untuk manusia) dan akhirnya terusir dari surga?

Namun sebelum memasuki pembahasan, terlebih dahulu terdapat satu pertanyaan yang harus kita jawab sebagai prolog untuk memasuki pembahasan pokok, sehingga permasalahan menjadi lebih transparan.

Pertanyaan: “Apakah sejak semula Adam diciptakan untuk tinggal di muka bumi, atau untuk tinggal di surga?”

Jawab: Sejak semula Nabi Adam dan Hawa (manusia) telah diciptakan Tuhan untuk tinggal di bumi, bukan untuk tinggal di surga, sebagaimana telah dijelaskan dalam Al-Qur’an surat al-Baqarah 30 yang berbunyi:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

Dalam ayat di atas ungkapan “Fil Ardhy” yang artinya dalam bahasa Indonesia ialah “di muka bumi”. Dalam ayat tadi, Allah swt telah mengatakan kepada para malaikat bahwa Dia hendak menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, dan tidak mengatakan untuk tinggal di surga. Hal itu terjadi terjadi sebelum penciptaan Nabi Adam dan Hawa, yang akhirnya para malaikat protes kepada Allah swt tentang hal itu, namun Allah swt memberikan jawaban kepada mereka bahwa Dia lebih mengetahui hal-hal yang tidak diketahui oleh para malaikat. Perihal ini dapat anda lihat dalam lanjutan ayat di atas.

Namun, sebelum turun ke muka bumi, Allah telah menempatkan Adam dan Hawa di surga untuk ditraining dan diuji sebelum memasuki kehidupan dunia yang tentunya lebih sulit dibanding kehidupan di surga tersebut. Ujian serta training tersebut sebagai bekal mereka dalam kehidupan di muka bumi. Di sisi lain, para ahli tafsir Qur’an mengatakan bahwa surga tempat Nabi Adam dan Hawa tinggal bukanlah surga setelah kiamat. Dengan alasan;

Pertama; Surga pasca Kiamat penghuninya akan kekal di dalamnya dan tidak akan keluar darinya, sebagaimana yang dijelaskan dalam beberapa ayat al-Qur’an seperti dalam surat Fath ayat 5, al-Hadid ayat 12, al-Mujadalah ayat 22, at-Taghabun ayat 9 dan lain sebagainya. Sementara surga yang ditempati oleh Nabi Adam dan Hawa, mereka tidaklah kekal di dalamnya, buktinya akhirnya mereka keluar dari surga tersebut.

Kedua; Syetan tidak dapat masuk ke dalamnya. Sementara surga Nabi Adam dan Hawa dapat dimasuki oleh syetan yang telah menggoda mereka.

Ketiga; Surga pasca Kiamat adalah yang disediakan sebagai balasan amal manusia, artinya surga adalah balasan untuk orang-orang yang telah berbuat baik. Namun surga Nabi Adam dan Hawa tidak seperti itu, sebelum mereka beramal (taklif) telah dimasukan ke dalam surga.

Keempat; Surga di akherat kelak bersifat bebas mutlak untuk para penghuninya. Dalam arti, tidak ada larangan sedikitpun, berbeda dengan surga Adam-Hawa dimana mereka dilarang untuk memakan buah Khuldi yang ada di surga tersebut.

Setelah menyelesaikan prolog di atas, marilah kita memasuki pembahasan pokok yaitu menjawab sebuah pertanyaan: “Apakah benar Hawa penyebab turunnya Adam dari surga?” dengan mengadakan study komparatif antara Al-Qur’an dan Perjanjian Lama .

Apabila kita merujuk ke kitab suci Al-Qur’an maka jawabannya ialah negative. Terdapat dalam beberapa surat yang telah menjelaskan penciptaan Nabi Adam dan Hawa dalam al-Qur’an, seperti dalam surat al-Baqarah dari ayat 34-38, an-Nisa ayat 1, al-A’raf, 19-24 dan Thoha ayat 115-122. Namun yang telah menjelaskan secara terperinci ialah terdapat dalam surat al-A’raf. Dimana dalam surat tersebut telah dijelaskan pula sebab terusirnya Nabi Adam dan Hawa dari surga. Dalam surat tersebut telah dijelaskan pula bahwa sumpah palsu syetan yang menyebabkan mereka dikeluarkan dari surga. Allah swt telah menegur kedua-duanya (Nabi Adam dan Hawa) atas perlakuannya. Mari kita perhatikan kandungan ayat-ayat berikut ini, apakah dapat diambil kesimpulan bahwa Hawa sebagai penyebab turunnya Adam dari surga?:

“(dan Allah berfirman): “Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di surga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim. Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: “Tuhan kamu tidak melarang kalian dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kalian berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)”. Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. “Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasehat kepada kalian berdua. Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku Telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?” Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya Pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.”(al-A’raf 19-22)

Berdasarkan ayat di atas, sumpah palsu syetan dengan mengatakan kepada Adama dan Hawa bahwa sebab pelarangan Tuhan untuk memakan buah tersebut ialah, karena Tuhan tidak ingin mereka menjadi malaikat dan kekal di dalamnya. Tidak cukup di situ, bahkan syetan pun telah bersumpah dengan mengatakan bahwa ia melakukan hal itu karena demi kebaikan mereka berdua. Silahkan kembali cermati secara seksama ayat di atas!

Lebih jelas lagi terdapat dalam surat Thoha ayat 117-121 yang berbunyi:

“Maka Kami berkata: “Hai Adam, Sesungguhnya Ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, Maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang. Dan Sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya. Kemudian syaitan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: “Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?“. Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya Maka dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk.

Keterangan; Yang dimaksud dengan durhaka di sini ialah melanggar larangan Allah Karena lupa dan dengan tidak sengaja, sebagaimana disebutkan dalam ayat 115 surat ini. Dan yang dimaksud dengan sesat ialah mengikuti apa yang dibisikkan syaitan. Kesalahan Adam a.s meskipun tidak begitu besar menurut ukuran manusia biasa sudah dinamai durhaka dan sesat, Karena tingginya martabat Nabi Adam a.s. dan untuk menjadi teladan bagi orang besar dan pemimpin-pemimpin agar menjauhi perbuatan-perbuatan yang terlarang Bagaimanapun kecilnya.

Mari kita bandingkan ayat di atas dengan yang terdapat dalam kitab perjanjian lama (Taurat) yang sudah terjadi banyak penyelewengan berkaitan dengan isinya, niscaya akan kita dapati bahwa jawabannya adalah positif, Hawa-lah penyebab terusirkannya Nabi Adam dari surga. Dalam kitab perjanjian lama dalam ‘bab penciptaan Adam dan Hawa’ telah dijelaskan bahwa Hawa sebagai penyebab diturunkannya Adam dari surga. Bahkan Tuhan menegur Adam kenapa mengikuti ucapan istrinya untuk memakan buah terlarang. Dengan kata lain, Hawa yang telah menyebabkan Nabi Adam melakukan kesalahan. Saya dapatkan hal ini dari terjemahan (edisi Arab dan juga edisi Persia) Perjanjian Lama. Namun saya yakin, edisi terjemahan kitab tersebut dapat dipertanggungjawabkan karena merupakan terjemahan resmi. Dan insyaAllah pemahaman saya dari terjemahan tersebut tidak akan melenceng dari isinya. Kurang lebih isinya seperti ini:

“Telah berkata ular kepada wanita (Hawa): “Kenapa telah memerintahkan Tuhan kalian untuk tidak memakan semua (buah) pepohonan surga? Lantas wanita (Hawa) tersebut menjawab pertanyaan ular; “Kami memakan buah-buahan pepohonan yang ada di surga. Namun dari buah pohon yang ada di tengah surga, Tuhan telah melarang kami untuk memakannya, dan kami tidak boleh mendekatiya karena kami akan mati. Ular berkata; “Kalian berdua tidak akan mati. Karena sesungguhnya Tuhan mengetahui bahwasanya setiap saat kalian memakan dari buah pohon itu, maka mata kalian akan terbuka dan kalian akan menjadi seperti Tuhan, akan mengetahui kebaikan dan kejahatan. Wanita (Hawa) melihat buah pohon tersebut baik untuk dimakan dan enak dipandang. Maka ia mengambil dari buah pohon tersebut dan memakannya, ia memberikan buah pohon tersebut kepada suaminya (Adam), dan iapun (Adam) memakannya. Maka terbukalah mata mereka, dan ketika mereka mengetahui dalam keadaan telanjang maka mereka menyambungkan dedaunan dari pohon tin dan mereka membuat sarung untuk mereka berdua. Di saat itu terdengarlah suara Tuhan yang sedang berjalan di surga ketika mendekati sepoi-sepoi angin setelah zuhur. Maka bersembunyilah Adam dan Hawa dari wajah Tuhan di antara pepohonan surga. Lantas Tuhan memanggil Adam seraya berkata: “Dimana engkau? Adam menjawab: “Aku mendengar suara-Mu di surga, maka aku takut karena aku dalam keadaan telanjang , karena aku malu (telanjang) maka aku sembunyi. Tuhan berkata kepadanya (Adam): “Siapa yang telah memberitahukan kepadamu bahwa engkau telanjang? Apakah engaku telah memakan buah yang telah Aku larang untuk tidak memakan darinya? Adam menjawab: “Tuhanku, wanita (Hawa) ini yang telah Engkau jadikan teman untukku yang telah memberikan buah dari pohon itu kepadaku lalu aku memakannya. Kemudian Tuhan berkata kepada wanita (Hawa): “Kenapa engkau melakukan hal ini?. Wanita (Hawa) menjawab: “Ular itu yang telah menipuku, lalu aku memakannya.” Kemudian Tuhan berkata kepada Ular: “Karena engkau telah melakukan hal ini, maka akan terlaknatlah (terusir) engkau dari seluruh binatang dan semua binatang melata. Engkau akan berjalan pada dadamu dan engkau akan makan tanah selama hidupmu…kemudian Tuhanpun berkata kepada wanita (Hawa): “Akan kuperbanyak rasa sakitmu, dan kehamilanmu, engkau akan melahirkan anak dengan rasa sakit dan engkau akan berada di bawah kekuasaan laki-laki (di bawah perintah laki-laki), serta ia akan menguasaimu. Dan berkata Tuhan kepada Adam: “Karena engkau telah menuruti ucapan istrimu, dan engkau telah memakan buah dari pohon yang telah aku larang untuk memakan darinya, maka setelah itu bumi terlaknat dalam pekerjaanmu, dengan susah payah engkau akan makan darinya pada seluruh hari-hari kehidupanmu…lantas Tuhan mengeluarkan Adam dari surga… ” .

Silahkan bandingkan dengan surat Thaha dari kitab suci al-Qur’an di atas! Dimana syetan telah menggoda dan membisikan kepada Adam secara langsung (yang ditulis tebal). Namun dalam Perjanjian Lama, ular (syetan) pertama menggoda Hawa, kemudian Hawa membujuk Nabi Adam untuk memakan buah khuldi yang akhirnya Adam ditegur oleh Tuhan karena telah menuruti dan tergoda ucapan istrinya yang akhirnya menyebabkan ia terusir dari surga. Namun dalam al-Qur’an kedua-duanya telah ditegur oleh Allah swt, karena baik Nabi Adam maupun Hawa telah tergoda oleh sumpah palsu syetan. Lihat dalam al-Qur’an sejak semula syetan telah menggoda Adam dan Hawa dengan mengatakan ‘kalian berdua’ (karena dalam ayat tersebut menggunakan ‘dhamir mutsana’, yaitu kata ganti orang yang menunjukkan dua orang) ), bukan syetan hanya menggoda kepada Hawa, lalu Hawa menggoda Nabi Adam:

“Tuhan kamu tidak melarang kalian dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kalian berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)”. Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. “Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasehat kepada kalian berdua”. Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. (al-A’raf 19-21)



Kesimpulan:


· Dalam al-Qur’an Hawa bukanlah penyebab Nabi Adam as terusir dari surga, akan tetapi sejak semula Nabi Adam as pun sebagaimana Hawa telah tertipu oleh sumpah palsu syetan.

· Sumpah palsu ialah; pertama, syetan telah bersumpah bahwa tidaklah Allah swt telah melarang Nabi Adam dan Hawa untuk memakan buah khuldi melainkan karena Dia tidak ingin mereka kekal seperti para malaikat. Kedua, syetan bersumpah bahwa ia melakukan hal ini hanyalah demi kebaikan mereka berdua.

· Karena kedua-duanya telah bersalah maka Allah swt menegur kedua-duanya.

· Namun dalam kitab Perjanjian Lama, pertama syetan (yang dalam kitab tesebut disebut ular) menipu Hawa, kemudian Hawa menggoda Nabi Adam untuk memakan buah khuldi.

· Oleh karena itu, setelah Tuhan mengetahui pelanggaran atas pelarangannya, pertama Tuhan menegur Adam. Sewaktu Tuhan menegur Nabi Adam karena kesalahannya, Nabi Adam mengatakan bahwa perempuan yang Engkau ciptakan untuk jadi temanku (Hawa) yang telah membujukku untuk memakannya. Jadi, secara tidak langsung Hawa sebagai penyebab ia berbuat salah dan akhirnya terusir dari surga.

· Setelah itu, kemudian Tuhan menegur Hawa, kenapa telah menggoda Adam untuk memakan buah terlarang?

· Oleh karena itu, secara tidak langsung menurut kitab Perjanjian Lama Hawa sebagai penyebab terusirnya Nabi Adam dari surga, sebagaimana yang selalu kita dengar selama ini.

Sumber:

Al-Qur’an

Perjanjian Lama (Taurat) edisi bahasa Arab.

TafsirMizan karya Allamah Thabathabai’

TafsirTasnim, karya Ayatullah jawadi Amuli

TafsirNemuneh, Ayatullah Makarim Syirazi

Catatan:


· Kenapa Hawa dinamakan Hawa? Karena ia merupakan ibu para Makhluk hidup (maksudnya manusia). Karena Hawa berasal dari akar kata ‘Hayun’ yang artinya hidup.

· Adam dinamakan Adam, sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadis dari Imam Shadiq ia berasal dari akar kata: ‘Adim’ yang artinya bagian permukaan tanah.

Bagi yang dapat memahami bahasa Arab dapat langsung merujuk sendiri kepada 2 sumber (al-Quran dan Perjanjian lama edisi Arab) tersebut. Sebenarnya saya ingin sekali melihat kitab aslinya yang berbahasa Ibrani, namun percuma saja, karena saya sendiri tidak bisa memahami bahasa Ibrani. Saya pun telah berusaha men-search kitab Perjanjian Lama yang berbahasa Indonesia di internet, khususnya yang berkaitan dengan pembahasan ini, namun tidak mendapatkannya. Jalan terakhir saya menggunakan rujukan saya ke kitab Perjanjian Lama edisi bahasa Arab dan Persia.

(Argumen Teks Penguat Terakhir)


Namun begitulah kenyataannya di berbagai ayat-ayat suci al-Quran, pedoman primer orang yang mengaku sebagai muslim. Sepintas, sepertinya saya ini sangat berambisius sekali mengafirmasikan bahwa bukanlah Hawa yang telah membuat Nabi Adam as terusir dari surga, seperti mitos yang kita dengar selama ini. Mitos yang tidak bersumber dari sumber-sumber primer dan sekunder kaum muslimin yang dapat dipertangggungjawabkan melalui jalur ilmiah. Sebagaimana pada artikel-artikel sebelumnya, kita telah membahas tentang tema ini dengan melihat pandangan al-Qur’an dan kitab Perjanjian Lama dengan membuat perbandingan di antara keduanya. Konklusi dari kajian komparatif antara kedua kitab suci ini ialah bahwa dalam kitab Perjanjian Lama, Hawa (Eva) sebagai penyebab terusirnya Nabi Adam as dari surga. Sedang kitab suci al-Qur’an dengan tegas telah menafikan hal itu, dan menganggap Setan sebagai penyebab terusirnya mereka.

Ketika saya membuka-buka kembali kitab suci al-Quran, mata saya tertuju pada surat al-A’raf ayat 27 dimana dengan sangat gamblang menjelaskan tentang hal ini. Dalam ayat ini, Allah swt mengatakan bahwa Setanlah yang telah mengeluarkan Adam dan Hawa dari surga; “Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia Telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya ‘auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya kami Telah menjadikan setan-setan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman”.

Al-Qur’an dengan sangat jelas mengatakan bahwa Setan-lah yang telah mengeluarkan ibu-bapa manusia yakni Adam as (dan Hawa) dari surga, bukan Hawa, ibu kaum manusia. Dan ketika kita dapati beberapa hadis-hadis –yang tidak ada jaminan kebenaran dan keterjagaannya dari pendustaan- yang sebagai sumber sekunder (pasca al-Quran) yang bertentangan dengan al-Quran yang dijamin keotentikannya dan keterjagaannya dari pendustaan, maka saya kira sepakat semua kelompok muslimin dalam menindaklanjuti hadis-hadis israiliyat semacam itu, membuangnya jauh-jauh dari ensiklopedia hadis Nabi saww.

[Euis Daryati, mahasiswi Pasca Sarjana jurusan Tafsir al-Qur’an]

rassidi test

pantun nasihat

Burung Kenek-kenek
terbang berempat
pesan datuk nenek
hati kita mahu tepat

raut buluh buat bubu
bubu di sangkut atas pagar
pesan ayah ibu
rajin-rajin pergi belajar

Burung kenek-kenek
terbang tepi telaga
ingat pesan wahai adik
budi bahasa budaya kita

   Yan Pelangi Jingga
Nuramalia Shuhada Bt. Amir(1b2)

Lidah

Bercakap-cakap tentang keburukkan
tapi terlupa akan kebaikan
kerana keburukkan itu adalah bisikkan syaitan
maka kita pun menurut tanpa pertimbangan
bertaburanlah kata-kata
lalu jadilah seorang pendusta,pengkianat
hati di bakar perasaan benci
sahabat bertukar menjadi lawan
menjadi musuh
berpecah satu umat
itulah lidah
manusia tanpa iman!!!

    Yan Pelangi Jingga
Nuramalia Shuhada Bt. Amir(1b2)

waktu

waktu tak pernah di hargai
masa tak pernah di cintai
detik hanya di lihat
tanpa di mengerti
ingatlah tiap detik berputar
tiap jam menghitung
akan datangnya ajal
selagi nadi berdenyut
selagi nafas berhembus
jangan persenda akan waktu
kerna waktu tak bisa berpaling

       Yan Pelangi Jingga
Nuramalia Shuhada Bt. Amir(1b2)

Guru

Kau bagaikan pelangi mewarnai hari-hari kami
Kau ibarat mentari menyinari kehidupan kami
Kau umpama rembulan menyuluh kegelapan kami
Kau bak pohon rendang meneduhkan kami
Demikianlah kamu di ibaratkan dalam sanubari kami
Kami bangga berguru dengan mu
Kami berharap agar kamu akan terus
mewarnai,menyinari,menyuluh dan meneduhkan kami
sehingga kapan pun.


   Yan Pelangi Jingga
Nuramalia Shuhada Bt.Amir

suatu pesanan

Wahai anak gadis
kemana pergi maruah diri?
kemana hilang kehormatan?
kemana tergadai harga diri?
di mana kau tinggalkan agama mu?

Wahai anak gadis
mudah benar di pujuk rayu
lemah dengan ungkapan "I LOVE YOU"
terkulai layu di situ
hilang rasa malu

Wahai anak gadis
nafsu memuncak kau di tadah
kemudian kau di ludah
menyesal tak sudah
diri umpama sampah

Wahai anak gadis
jangan biarkan diri mu di hina
hanya dengan perlakuan zina
jadikan ini nasihat berguna
moga maruah terus terbina

Wahai anak gadis
tak salah berhubungan
asal tahu batasan
bercinta sesama insan
biar mendapat hidayah Tuhan

Wahai anak gadis
fikir-fikirkan.......
      Yan Pelangi Jingga
Nuramalia Shuhada Bt. Amir