Click here for Myspace Layouts

Sunday, 1 April 2012

SELAMAT HARI IBU

Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu

Selamat hari ibu. Kasih mu tiada galang gantinya

Tiada wang atau ungkapan yang dapat mengantikan kasih ibu yang tidak pernah berbelah bahagi menyayangi anak-anaknya. Kadang kala kita terlupa yang kita ini pernah menguris hati ibu samada secara zahir atau perlakuan kita. Tahu tak kita tidak boleh mengucapkan walaupun perkataan ‘Ah’ sekali pun telah dianggap menderhaka. Takut mendengar menderhaka kepada ibu tidak akan dapat cium syurga.
Apabila sudah berumah tangga mempunyai isteri dan anak, dapat memahami berapa susah tugas yang dipikul oleh seorang isteri dan juga ibu yang melayan karenah anak-anakAnak-anak pula semuanya lelaki lagi huru-hara bak tongkang pecah. Si ibu bijak menjadi orang tengah jika ada pergaduhan antara adik beradik dan merotan jika perlu, bukanlah tujuan mendera tetapi untuk mendidik dan mendisiplin anak itu.
Benar ungkapan mengenai ibu, ‘si ibu boleh menjaga anak 10 orang tetapi belum tentu 10 anak boleh menjaga seorang ibu’. Sementara ibu kita masa ada di muka bumi ini dampinglah mereka dan ambil berat tentang mereka. Wang ringgit bukanlah yang diharapkan oleh seorang ibu tetapi adalah tumpahnya kasih sayang seorang anak. Ibu tidak akan senang duduk jika mengetahui si anak akan pulang. Masa ini adalah masih paling si ibu akan bersusah payah menyediakan menu kegemaran si anak dan merasa puas si anak dapat menikmati hasil tangan sendiri. Selalulah berdoa untuk orang tua setiap kali lepas solat 5 waktu. Hanya doa anak yang soleh bekalan untuk orang tua jika tiada lagi di dunia ini.
Famili AkuBiomed
Aku dapat merasakan isteriku adalah paling sedih sempena sambutan hari Ibu esok (8 Mei 2011) kerana ibunya telah di jemput ilahi tahun lepas. Semasa ibu mertua aku ada boleh dikatakan setiap hari isteriku menelefon ibunya untuk bertanya khabar. Isteriku pernah berpesan kepada aku selalulah ambil berat kepada ibu sendiri jika sudah tiada nanti tidak berguna sesal dikemudian hari. Jari aku tidak dapat meneruskan untuk menaip lagi kerana kelopak mata sudah mula mempunyai tanda-tanda terbitnya air mata. Cukup setakat ini dahulu. Selamat hari ibu. Halal makan minum dan ampuni segala dosa si anak ini.
Mekar komentator yang ke 8,888
Tanniah kepada Mekar kerana beliau adalah komentator yang ke 8,888 untuk blog AkuBiomed.
p/s: Selamat hari ibu kepada blogger wanita yang berkunjung ke blog ini.

Read more: http://akubiomed.com/2011/kasih-sayang-dan-pengorbanan-seorang-ibu/#ixzz1qlyiGppG
post by :siti nur ain binti shoffi

APAKAH IMPIAN HIDUP ANDA?

Apakah impian hidup anda?

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.
Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam kehidupan ini?”.
Seriously…
Cuba anda pejamkan mata anda sebentar, tarik nafas dalam-dalam.. dan kemudian, tanya diri anda di dalam hati.. “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam hidup ini?”.
Ok!.. cuba buat sekarang…
Ok.. pejam kan mata tu..
Pejamlah….
Pejam den kata.. yang ekau baca lagi nie buek apo? Den baling kang ngan kuih nie!!
ho! ho!..
..
..
..
Baiklah!.. Adakah anda dapat menjawapnya?
Mungkin jawapan anda… aku inginkan sebuah kehidupan yang bahagia! (eh?! memanglah!.. kan semua orang nak hidup bahagia?)..
Persoalannya…. adakah hidup anda tidak bahagia sekarang? Eh! Bahagia juga..
Abistu? Kenapa nak inginkan hidup bahagia lagi? Kan dah bahagia sekarang? Nak bahagia macam mana lagi?
Ho! ho! ho!…
Kebanyakkan orang mempunyai impian hidup yang kabur. Mereka sebenarnya, tidak pasti dengan apa yang mereka mahukan di dalam hidup ini. Mereka ingin hidup bahagia.. tetapi bagaimanakah rupa kebahagiaan itu?
Adakah dengan memiliki rumah yang besar?
Adakah dengan memiliki isteri yang cantik?
Adakah dengan memiliki suami yang penyanyang?
Adakah dengan  memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?
Adakah dengan memiliki wang berjuta-juta?
Bagaimanakah kebahagian hidup yang anda inginkan? Anda perlu gambarkan ia dengan jelas di dalam minda anda! Barulah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.
Hidup ini adalah seperti suatu perjalanan, anda perlu tahu dengan lengkap alamat destinasi yang ingin anda tujui, barulah anda boleh menuju kepadanya dan tiba kepadanya. Jika tiada alamat dan destinasi, bagaimana anda ingin menuju kepadanya?
Setiap orang mempunyai matlamat, impian serta destinasi yang berbeza-beza. Apa yang penting, anda perlu tahu dengan jelas.. apakah impian hidup anda. Tanpa impian hidup yang jelas, anda hanya akan terapung-apung tanpa arah dan hanya mengikuti arus kehidupan, dan ianya, adalah suatu kehidupan yang sia-sia.
Sekali lagi.. tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan teliti.. “Apakah yang anda mahu di dalam kehidupan ini?”.
Seriously, soalan ini nampak seperti mudah.. tetapi ia sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, ia memerlukan pemikiran yang amat mendalam dan hati yang ikhlas kepada diri anda sendiri untuk menjawapnya…
Tak perlu menulis jawapan anda disini.. jawap sahaja di dalam hati anda dengan ikhlas.. usah menipu diri anda sendiri tentang apa yang anda mahukan sebenar-benarnya di dalam hidup ini. Jawaplah dengan ikhlas… insyallah , ianya akan membawa satu semangat baru di dalam hidup anda.
Wassalam.
P/s:- Bagi yang mahu nampak soleh & solehah, mungkin mereka akan menjawap, “Saya hanya mahukan ganjaran  syurga Allah di akhirat kelak!”.  Ya! itu sudah semestinya! Ianya adalah impian hidup setiap orang islam, tetapi.. mengapa perlu hadkan impian hidup kita kepada 1 impian sahaja?
post by :siti nut ain binti shoffi

CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL

CARI TAJUK UTAMA

TUESDAY, JUNE 17, 2008

Cinta Kepada Allah Dan Rasul

Mahabbah dalam ertikata yang sebenarnya ialah kasih dan sayang di antara satu dengan lain semata-mata kerana Allah swt. Ini adalah sepertimana firman Allah swt dalam hadis Qudsi yang bermaksud:-

“Mahabbah itu wajib bagi mereka yang berkasih sayang di antara satu dengan lain keranaKu, pada jalanKu, dan orang yang menziarahi pada jalanKu dan mereka yang berkorban keranaKu, maka mereka-mereka inilah yang Aku kasih.”

Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah saw pernah bersabda: “Ada di kalangan hamba, mereka ini bukan Nabi-Nabi, bukan pula golongan mati syahid, tetapi mereka ini disukai oleh para syuhada dan Nabi-Nabi. Mereka ini tinggi kedudukannya di sisi Allah swt.

Lantaran itu di kalangan sahabat-sahabat ada yang bertanya:
“Ya Rasulullah, siapakah mereka itu?
Maka jawab Rasulullah:-

“Mereka itu satu kaum yang berkasih sayang kerana Allah swt. Mereka melaksanakan perintah Allah swt. Mereka itu tidak ada sangkutan adik-beradik atau saudara mara. Dan bukan pula kerana harta, mereka berkasih sayang.”

Jadi dari riwayat di atas, dapatlah kita fahamkan tentang betapa pentingnya kita berkasih sayang di antara satu dengan lain tidak kerana yang lain tetapi adalah kerana Allah swt semata-mata. Inilah apa yang dikatakan kasih sayang yang hakiki yang merupakan ciri yang penting bagi membentuk masyarakat Islam.

Di sini ada diceritakan tentang kisah seorang wanita yang hidup di zaman Saidina Ali r.a. Masyhur wanita ini adalah kerana kasihnya kepada Saidina Ali sebab beliau adalah seorang yang beriman kepada Allah swt dan tidak pernah tamakkan harta dan sebagainya. Manakala Saidina Ali telah meninggal dunia, wanita itupun dipanggil oleh Muawiyah yang telah menggantikan Saidina Ali sebagai Khalifah ketika itu. Kata Muawiyah kepada wanita itu:-

“Sekiranya aku anugerahkan kepada engkau segala apa yang engkau mahu, dapatkah engkau kasihkan aku sebagaimana engkau kasihkan Ali?

Maka wanita itupun meminta seratus ekor unta untuk dipergunakan pada jalan Allah. Kata Muawiyah:-

“ Adakah dapat engkau kasihkan aku jika aku berikan engkau seratus ekor unta tersebut. Maka jawab wanita itu, “Ali tidak dapat memberikan aku walaupun sehelai bulu untapun tetapi aku tetap kasihkan Ali.”

Ini menunjukkan bahawa kasih kerana Allah itu tidak dapat ditukarganti dengan harta kekayaan. Sesungguhnya orang yang kasih dan cinta kepada Allah, muka mereka akan bersinar dan bercahaya. Jadi sekiranya seseorang itu tidak kasih kepada Allah dan RasulNya maka walaupun kita mempunyai pertalian darah sekalipun kita tidak akan melahirkan kasih sayang terhadapnya walaupun mereka itu keluarga kita sendiri.

Rasulullah saw pernah bersabda bahawa sekiranya ada tiga sifat ini kepada seseorang barulah dia dikira sebagai seorang yang beriman:-

(1) Orang yang kasihkan Allah dan RasulNya lebih dari yang lain,
(2) Orang yang kasihkan saudaranya sepertimana dia kasihkan dirinya sendiri,
(3) Orang yang benci untuk kembali kepada kufur sepertimana bencinya dicampak ke dalam api neraka.

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Tiadalah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terlebih dikasihi Allah dari kedua mereka ialah orang yang terlebih kasih terhadap sahabatnya.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas).

Rasulullah saw juga pernah bersabda dalam sebuah hadis lain bahawa satu dari tujuh orang yang mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat ketika matahari berhampiran dengan kepala di mana manusia tidak tertanggung menahan kepanasan ialah manusia yang bersaudara sehingga ia tidak berkumpul kecuali kerana Allah dan tidak berpisah kecuali kerana menunaikan tugas kerana Allah.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:-

“Tujuh macam orang yang bakal dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan Allah; imam (pemimpin /ketua) yang adil, pemuda yag tetap taat beribadat kepada Allah swt, seorang yang hatinya selalu bergantung kepada masjid (iaitu memerhatikan waktu solat berjemaah di masjid), dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah baik ketika bertemu atau berpisah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan yang cantik tetapi ia menolak dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dirahsiakan sehingga tidak diketahui oleh kiri apa yang dilakukan oleh kanannya, seseorang yang berzikir ingat kepada Allah bersendirian sehingga bercucuran airmatanya.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim).

Rasulullah saw menjelaskan maksud dua orang yang bersaudara kerana Allah itu dengan satu cerita:-
“Seorang pemuda pergi menziarahi saudaranya, lalu Allah menyuruh Malaikat menantinya di jalan.

Malaikat: Anda ke mana?
Pemuda: Aku hendak mengunjungi saudara si anu.
Malaikat: Apa hajatmu kepadanya?
Pemuda: Tak ada.
Malaikat: Apakah kerana hubungan kerabat dengan dia?
Pemuda: Juga tidak.
Malaikat: Kerana ada sesuatu pemberian kepadanya?
Pemuda: Tidak sekali-kali.
Malaikat: Mengapa engkau mengunjunginya?
Pemuda: Aku mengasihinya kerana Allah.

Kemudian Malaikat menjelaskan , sebenarnya Allah mengutusku untuk menyampaikan kepadamu bahawa Allah kasih kepadamu disebabkan anda kasih kepadanya dan kamu berhak memiliki syurga.”
(Riwayat Muslim dan Abu Hurairah).

Satu lagi contoh yang disebutkan oleh ahli sejarah ialah kisah persaudaraan tentera-tentera Islam. Setelah tamat perang Yarmuk, seorang tentera Islam berjalan di tengah-tengah mayat para syuhada’ yang bergelimpangan untuk mempastikan samada hidup atau mati. Abu Jahm bin Huzaifah r.a. meriwayatkan: “Semasa peperangan Yarmuk bermula aku telah pergi mencari suadara sepupuku yang ketika itu berada di bahagian hadapan di dalam pertempuran itu. Aku juga telah membawa sedikit air bersamaku untuknya. Aku dapati bahawa beliau luka parah di dalam pertempuran yang hebat itu. Aku cuba menghampirinya untuk memberikan pertolongan dengan sedikit air yang ada padaku itu. Dengan tiba-tiba aku mendengar rintihan seorang tentera yang luka parah di sisinya. Apabila sepupuku memandang keadaan demikian lalu ia memalingkan mukanya dan mengisyaratkan kepadaku supaya membawa air itu dan memberikan kepada askar itu. Akupun pergilah kepada askar itu dengan membawa air tersebut bersama-samaku. Aku dapati dia ialah Hisham bin Abilah. Sebelum sempat aku sampai di sisinya , terdengar pula teriakan dari seorang yang terbaring tidak jauh dari tempat dia berada itu, Hisham juga telah mengisyaratkan kepadaku supaya membawa air itu kepada orang yang berteriak itu. Akhir sekali sebelum sempat aku dapat menghampirinya dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kemudian aku berkejar kembali ke tempat Hisham, juga didapati beliau sudah meninggal dunia. Ketika itu juga dengan cepatnya aku pergi ke tempat saudara sepupuku berada, tetapi dia juga telah mengikuti kedua-dua mereka itu.”

0 COMMENTS:

post by :siti nur ain bt shoffi

Akhlak Muslim Sebagai Suami

Akhlak Muslim Sebagai Suami

Kehidupan sebagai suami isteri adalah perkongsian. Salah seorang melengkapkan separuh agama pasangannya dan membantunya melengkapkan yang separuh lagi.

“I love you!”
Perkongsian ini dibuat berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw. Agar perkongsian ini berterusan, ia perlu kepada kasih sayang yang boleh melakukan pelbagai mukjizat. Suami menanggung beban paling berat kerana dia adalah nakhoda kepada bahtera kehidupan berumah tangga. Dialah yang bertanggung jawab memandu bahtera tersebut sama ada ke arah kejayaan atau kegagalan.
Perkataan ‘I love you’ banyak kali diucapkan sebelum berkahwin. Berapa kali pula ia diucapkan selepas berkahwin? Perkataan itu juga banyak kali ditulis di atas kad-kad ucapan sebelum berkahwin. Berapa kali pula ia ditulis di atas kad yang khusus untuk isteri selepas berkahwin?
Kita dapati Rasulullah saw ketika pulang daripada satu peperangan ditanya di hadapan khalayak ramai siapakah orang yang paling dicintai oleh baginda? Dengan segera Rasulullah saw menjawab: “Aisyah”, iaitu isteri baginda tanpa perasaan malu dan segan. Kenapa kita tidak melakukannya paling kurang pun di rumah iaitu bukan di hadapan orang ramai dengan berkata kepada isteri ‘I love you!’
Masak apa ni!
Cinta adalah perkataan yang mengandungi sihir. Namun perkataan yang lebih hebat ialah pujian dan berterima kasih atas setiap perkara sama ada kecil atau besar, terutamanya masakan. Wanita atau isteri menganggap makanan yang dimasaknya sebagai menggambarkan dirinya sendiri dan mempunyai kepentingan yang tinggi terutamanya di rumah suaminya.
Diceritakan pada suatu hari seorang wanita kampung menghidangkan setimbun makanan ternakan sebagai ganti daripada hidangan makan tengahari yang biasa dihidangkan kepada kaum lelaki keluarganya. Lalu mereka berteriak dan menjerit dan menyangka wanita itu telah gila. Namun wanita itu menjawab: “Aku berbuat demikian untuk mengetahui kamu semua tahu perbezaan antara makanan binatang dengan makanan manusia. Sudah lebih 20 tahun aku menyediakan makanan bagi kamu, tapi tak pernah aku dengar kamu berterima kasih atau memuji masakanku yang menunjukkan kamu tahu perbezaan antara makanan yang baik dan sedap dengan makanan binatang!!
Wanita, hatinya pada telinganya. Oleh itu, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih, memuji dan menghargainya.
Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah. Isteri adalah orang pertama yang sepatutnya diucapkan terima kasih!!!
Berlemah lembutlah!
Rasulullah saw menyifatkan kaum wanita sebagai botol-botol kaca. Ia adalah sifat paling indah dan paling cantik daripada Rasulullah saw yang bijaksana. Mereka adalah botol-botol yang mudah pecah. Oleh itu, suami wajib bersifat lemah lembut dan penuh kesabaran menghadapi kerenah mereka agar bahtera kehidupan dapat belayar dengan tenang.
Apa yang anda akan lakukan jika situasi berikut berlaku kepada anda?
Pada suatu hari, Rasulullah saw berada bersama-sama dengan para sahabat baginda di rumah Aisyah. Baginda meminta para isteri baginda membawa makanan keluar. Salah seorang isteri baginda membawa makanan keluar lebih cepat daripada Aisyah. Lalu para sahabat terus menjamah makanan tersebut. Kemudian barulah Aisyah datang membawa makanan. Melihatkan makanan telah sedia ada, Aisyah memecahkan bekas makanan yang dibawanya sehingga terpecah dua. Melihatkan apa yang berlaku, Rasulullah saw tersenyum sambil berkata kepada para sahabat: “Ibu kamu cemburu nampaknya.” Lalu baginda mengutip bekas makanan yang pecah dan kembali meletakkan makanan di atasnya serta memberinya makan kepada para sahabat. Kemudian baginda memberikan bekas yang pecah kepada Aisyah dan bekas yang tidak pecah kepada isterinya yang seorang lagi.
Jika situasi ini berlaku kepada anda, apakah agaknya sikap dan pendirian anda ketika berhadapan dengan kawan-kawan anda?
Firman Allah swt (surah al-Ahzab ayat 21) yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”
Heroku!
Suami adalah hero isterinya yang sentiasa berada di dalam khayalannya.
Wahai hero! Bukalah hati anda agar isteri anda dapat tinggal di dalamnya. Jadikanlah dia melihat kegembiraan (iaitu kerahmatan dan kasih sayang) di dalam mata anda. Jadikanlah dia melihat kerehatan ketika anda menghulurkan lengan anda kepadanya dan ketika anda meluahkan kata-kata melalui bibir anda. Dia meninggalkan rumah keluarganya hanya kerana mahu mendapatkan kasih sayang, menambat hati dan perhatian anda. Oleh itu, jadilah heronya sebagai yang dia impikan.
Ingatlah tarikh ulang tahun perkahwinan anda dan hari lahir isteri anda. Berilah hadiah kepadanya walaupun amat sederhana yang menggambarkan kecintaan mendalam anda kepadanya.
Janganlah anda menjadi seorang lelaki yang mempunyai dua muka. Anda dapat bersuka ria dan bergelak ketawa di luar rumah, tetapi masam mencuka di dalam rumah! Ini akan menjadikannya benci setiap hari dia melihat anda. Ini adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku. Ingatlah hadis Rasulullah saw yang bermaksud: “Senyuman anda kepada saudara anda adalah sedekah.” Maka bagaimana jika senyuman itu diberikan kepada isteri!

Kunci Paling Penting
Antara kunci paling penting dalam menuju jalan kebahagian rumah tangga ialah berbuat baik kepada keluarga isteri terutama mertua.
Keluarga isteri anda telah mendidik isteri anda, menjaganya dan mengajarnya sehingga anda mengambilnya sebagai isteri. Maka berbuat baik kepada mereka pasti akan memberikan kesan kepada kehidupan anda. Dari sudut syarak, anda tidak dibenarkan memutuskan hubungan antara isteri anda dan keluarganya, kerana ia bererti memutuskan silaturrahim dan menderhaka kepada kedua ibu bapanya.
Firman Allah swt (surah Muhammad ayat 22) yang bermaksud: “Adakah jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?”
Hendaklah anda mengambil perhatian tentang perkara ini dengan niat untuk menyambung silaturrahim manakala isteri anda mengambilnya dengan niat memenuhi kewajipan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Tanyalah diri anda, adakah isteri anda akan menyayangi anda jika anda tidak membenarkan dia menyayangi keluarganya? Maka kunci penting yang menjamin kebahagiaan kehidupan berumah tangga anda ialah anda menghargai keluarganya, memuji mereka atas setiap kebaikan yang mereka lakukan, menghubungi mereka setiap masa dan lain-lain lagi. Ingatlah selalu sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 
“Orang yang paling baik di kalanganmu ialah orang yang paling baik kepada keluarganya.”

Kejutan Membikin Mukjizat
Pembaharuan yang anda lakukan terhadap rutin kehidupan dan layanan kepada isteri anda akan meningkatkan kemanisan kehidupan sebagai suami isteri.
Rasulullah saw adalah ikutan kita dalam semua hal. Baginda saw pernah berlumba lari bersama Aisyah. Baginda juga pernah mandi daripada bekas yang sama dengan isteri baginda yang bernama Maimunah. Mereka saling merenjiskan air di antara satu sama lain. Tangan mereka berlaga di dalam bekas air. Baginda juga pernah meminta pandangan Ummu Salamah dalam salah satu perkara yang amat penting… Anda pula, apakah yang anda lakukan?
Keluarlah berdua-duaan seminggu sekali sekurang-kurangnya. Berbincanglah bersama-sama tentang apa saja. Bawalah isteri anda sesekali ke masjid bagi mendengar pengajian agama, kemudian pergilah makan malam bersama-sama di luar rumah.
Selalulah memberikan kad ucapan kepada isteri. Tulislah perkataan-perkataan lembut dan kata-kata cinta di atas kad tersebut. Atau lekatkan pada almari cermin ayat-ayat seperti ‘abang amat bahagia hidup bersamamu’, ‘sayang adalah hadiah paling berharga dalam kehidupan abang, ‘pandangan matamu menikam kalbuku’ dan lain-lain perkataan yang boleh anda cipta dan reka.

Kewajipan
• Panggillah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya.
• Kucuplah dia setiap kali sebelum anda keluar rumah untuk pergi bekerja dan setiap kali pulang ke rumah diiringi perkataan yang manja, kerana perbuatan tersebut akan mengekalkan kasih sayang.
• Berusahalah agar anda keluar berdua-duaan dengan isteri serta memberikannya hadiah yang sesuai.
• Pergilah bersama isteri anda menziarahi keluarganya sebulan sekali.
• Jika isteri anda sakit, jadilah anda orang pertama yang menghantarnya ke klinik. Suapkanlah ubat untuknya dan jangan sekali-kali anda meninggalkannya ketika dia sakit.
• Ketika melakukan hubungan, berikanlah perhatian yang lebih untuk menyentuh dan membelai isteri anda dengan sentuhan-sentuhan yang lembut serta membisikkan perkataan-perkataan yang manja, lebih daripada perkara-perkara lain.
• Awaslah anda daripada bersifat kedekut sama ada kedekut harta atau perkataan. Janganlah anda mengintip, mempunyai perasaan syak dan ragu, banyak bersungut, suka mengherdik dan bermuka masam.
Ustaz Mohamad bin Ismail
Sekretariat Pembangunan Belia ISMA Pusat
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
013-3446155
post by :nur diyana binti saiful azuan

Sifat rasulullah saw

bismillahirrahmanirrahim
Mengenali sifat-sifat Rasulullah Muhammad SAW adalah awal penting jika kita serius ingin mengikuti segala keteladanan beliau. Banyak sekali hadits yang menceritakan sifat-sifat beliau yang sangat luar biasa. Diantara sifat-sifat beliau tersebut adalah sebagai berikut:
  1. Baik hati;
  2. Jujur;
  3. Pemalu;
  4. Lemah lembut;
  5. Rendah hati;
  6. Tidak pernah memberatkan orang lain;
  7. Sangat sederhana;
  8. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan;
  9. Suka memaafkan dan merelakan;
  10. Penuh kasih sayang (baca kisah Rasulullah SAW dan bocah malang)
  11. Selalu memberi petunjuk;
  12. Selalu tersenyum;
alhamdulillahirabbilalaminReferensi:
  1. Ali bin Abi Thalib (ra) juga meriwayatkan: Rambut Rasulullah lurus dan sedikit berombak. Beliau tidak berperawakan gemuk dan tidak pula tampak terlalu berat, beliau berperawakan baik dan tegak. Warna kulit beliau cerah, mata beliau hitam dengan bulu mata yang panjang. Sendi-sendi tulang beliau kuat dan dada beliau cukup kekar, demikian pula tangan dan kaki beliau. Badan beliau tidak berbulu tebal, tapi hanya bulu-bulu tipis dari dada ke bawah sampai di pusar beliau. Jika beliau sedang berhadapan dengan seseorang, maka beliau akan mengarahkan wajah beliau ke orang tersebut (penuh perhatian). Diantara tulang belikat beliau “tanda” kenabian beliau. Beliau adalah orang yang paling baik hati, orang yang paling jujur, orang yang paling dirindukan dan sebaik-baik keturunan. Siapa saja yang mendekati beliau akan langsung merasa hormat dan khidmat. Dan siapa yang bergaul dengan beliau akan langsung menghargai dan mencintainya. Saya belum pernah melihat orang lain seperti beliau. (Riwayat dari Ali bin Abi Thalib).
  2. Abu Sa’id Al-Khudri RA mengatakan: “Rasulullah itu lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Jika beliau tidak menyukai sesuatu, niscaya kami dapat mengetahui ketidak sukaan beliau itu dari wajahnya.” (HR. Al-Bukhari)
  3. Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu berkata: Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah. Beliau mengajak laki-laki itu berbicara sehingga membuatnya menggigil ketakutan. Rasulullah berkata kepadanya: “Tenangkanlah dirimu! Sesungguhnya aku bukanlah seorang raja. Aku hanyalah putra seorang wanita yang biasa memakan dendeng.” (HR. Ibnu Majah)
  4. Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah ditanya: “Apakah yang dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam rumah?” Ia radhiyallahu ‘anha menjawab: “Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang manusia biasa.Beliau menambal pakaian sendiri, memerah susu dan melayani diri beliau sendiri.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
  5. Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan: Kami, keluarga Muhammad, tidak pernah menyalakan tungku masak selama sebulan penuh, makanan kami hanyalah kurma dan air.” (HR. Al-Bukhari)
  6. Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan, “Rasulullah SAW bukanlah seorang yang keji dan tidak suka berkata keji, beliau bukan seorang yang suka berteriak-teriak di pasar dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Bahkan sebaliknya, beliau suka memaafkan dan merelakan.(H R. Ahmad)

Baca Juga:

Segala yang benar di blog ini datang dari Allah SWT. Segala yang salah di blog ini datang dari penulis. Penulis tak lebih dari sekedar fans Rasulullah SAW yang tertatih-tatih mengikuti jejak langkahnya dan merintih memohon syafa'atnya kelak..
post by :nur diyana binti saiful azuan