Click here for Myspace Layouts

Tuesday, 12 June 2012

Duhai Teman Duhai Sahabatku…

Duhai Teman Duhai Sahabatku… “Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan” Duhai Teman Duhai Sahabatku… Hargailah bila bersahabat… Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru… Nasihatilah bila terleka… Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian… Itulah kehebatan ukhwahfillah… Apabila kau ingin berteman… Janganlah kerana kelebihannya… [...] Posted by nuraiman FARAH ILYANA 1B2

Pantun untuk Ibu

Pantun untuk Ibu Buah mangga buah jambu Kedua buah dibuat rujak Aku bangga padamu ibu Walau lelah tetaplah bijak Roti keju tidaklah mahal Roti sumbu cukuplah murah Walau anakmu sungguh nakal Kasihmu ibu tetap tercurah Anak katak di pinggir sawah Anak lembu pergi ke taman Kasih anak sepanjang galah Kasih ibu sepanjang jaman by Zainal Hasim FARAH ILYANA 1B2

Guru unggul miliki kesabaran, kasih sayang

Guru unggul miliki kesabaran, kasih sayang Perwatakan luhur pendidik mampu melahirkan anak didik cemerlang akademik, sahsiah PROFESION keguruan adalah profesion tertua dunia dan Islam meletakkan guru di kedudukan sangat mulia hingga guru ditempatkan setingkat di bawah kedudukan nabi dan rasul. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi.” (Sunan Ibn Majah, Tirmizi dan Musnad Imam Ahmad) Selain itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” (Hadis riwayat At-Thabrani) Kini dalam era serba moden dan canggih, kerjaya guru semakin mencabar. Dilaporkan adanya segelintir kecil guru tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas hingga masyarakat dikejutkan dengan berita kematian murid yang berpunca daripada tindakan guru. Justeru, guru perlu sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah. Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik unggul untuk dicontohi, yang tetap relevan di sepanjang zaman. Selain itu, guru hendaklah berusaha menyesuaikan diri dengan semua pelajar supaya segala ajarannya akan memberi kesan. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan, sifat guru itu menjadi berkesan dalam jiwa murid melalui tiga peringkat iaitu ilmu pengetahuan, perubahan hasil daripada ilmu diperoleh dan guru cemerlang akan melahirkan anak didik gemilang. Rasulullah SAW adalah pendidik yang cemerlang sehingga lahirlah di zaman baginda sahabat yang hebat seperti Khulafa’ Ar-Rasyidin, Abdul Rahman bin A’uf, Abu Huraira dan Saad bin AbiWaqas. Hari ini, guru perlu menerima hakikat adanya ibu bapa yang hanya mementingkan kecemerlangan akademik anak dan beranggapan pembentukan sahsiah terpuji tidak penting. Anggapan sebegini menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur, walaupun ternyata melakukan kesalahan. Kesannya, murid berasa lebih hebat dan berani untuk melawan guru. Jadi, bukan sesuatu yang pelik banyak kes berlaku hari ini membabitkan disiplin pelajar sehingga berlaku pergaduhan dengan guru. Sebab itu tiada keberkatan ilmu kepada pelajar ekoran tidak menghormati guru. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu daripada mereka.” (Hadis riwayat At-Thabrani) Guru juga berdepan dilema sikap ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan anak mereka melakukan kesalahan. Sepatutnya ibu bapa perlu mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan guru, bukan terus memihak kepada anak mereka. Cabaran lain dihadapi guru masa kini ialah melakukan transformasi kerana zaman guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan sudah berlalu sebaliknya tugas mereka kini menjadi pemudah cara kepada murid menimba ilmu pengetahuan. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia, peka serta menggunakan situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu dirangsang untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Tambahan dengan adanya sumber maklumat serta teknologi terkini yang canggih. Guru juga berperanan menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Sumbangan guru itu menjadikan mereka jurutera yang membentuk manusia. Firman Allah SWT bermaksud: “Tidak Ku jadikan jenis makhluk jin dan manusia melainkan untuk beribadat padaKu semata.” (Surah az-Zariat, ayat 57) Kerjaya guru membuka luas ruang untuk mendapatkan pahala dan reda Allah kerana keikhlasan menjadikan setiap amal perbuatan dikira sebagai ibadat. Oleh itu, walau apa pun cabaran dihadapi, guru dapat mengharunginya kerana niat serta perjuangan mereka adalah jelas demi membina modal insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Marilah kita hayati kata-kata Saidina Ali yang bermaksud: “Hak orang alim ada tujuh. Pertama, jangan banyak bertanya dan bertanya bila dia bersedia untuk menjawab. Kedua, jangan halangi jika guru hendak berdiri. Ketiga, jangan membuka rahsia di hadapan guru. Keempat, jangan mengumpat orang di hadapan guru. Kelima, hormatlah guru kerana Allah. Keenam, jangan duduk membelakangi guru dan ketujuh, jika ada keperluan lain, utamakan keperluan guru.” Oleh Asri Md Saman @ Osman FARAH ILYANA 1B2

ALANGKAH SUSAH MENCARI KAWAN YANG SEJATI

ALANGKAH SUSAH MENCARI KAWAN YANG SEJATI Kalau kita duduk sekampung kita berkenalan dengan orang kampung, berjumpa dan bertemu di masjid, kedai, di rumah orang kenduri, di perselisihan jalan, di dalam mengurus keperluan kita, itu bukan kawan namanya, itu adalah kenalan kita itu Bertemu dan berjumpa di tempat kerja, masing-masing membuat urusan masing-masing Sekali-sekala bertegur sapa kemudian tidak ambil tahu satu sama lain juga kenalan juga Orang yang kita temui di dalam perjalanan, di dalam menjalankan tugas kita, kita lihat dia, dia melihat kita senyum dari jauh sahaja, itu juga bukan kawan kita Orang yang kita yang kita temui di dalam perjalanan pergi kerja, berselisih di jalan sahaja berkenalan tidak sempat, bahkan tidak tahu-menahu satu sama lain, lebih-lebih lagi itu bukan kawan setia. Tapi setengah orang di dalam berbual dengan orang, orang yang sekadar berjumpa itu dikatakan kawannya. Kalau ada orang bertanya polan-polan itu duduk di kampung ini, saya kenal dia di tempat kerja, kita pun berkata, “Oh itu kawan saya” Pernah di dalam pergaulan.ada orang berkata dengan kita saya kenal sipolan, sipolan itu, kita pun berkata, “Oh dia itu kawan sepersekolahan saya” Begitulah seterusnya mudah kita berkata dia kawan saya, dia sekampung dengan saya. Oh dia itu kawan saya sama sedarjah dengan saya di waktu belajar dahulu di sekolah menengah di tempat saya Dia itu kawan baik saya, sama-sama bekerja di dalam tentera, lama bersamanya Gambaran yang disebutkan tadi itu bukan kawan, itu adalah kenalan Mencari kenalan mudah, mencari kawan susah Kawan di dalam Islam bukan sekadar satu agama, sama-sama beragama Islam. Kawan itu selain seagama ia adalah sama-sama mempunyai cita-cita agama Kawan adalah seperjuangan di dalam satu jemaah di bawah satu pemimpin menuju satu cita-cita, cintakan Tuhan Sikap kita dan dia adalah sama Kesusahan kita kesusahan dia, kesusahan dia kesusahan kita Kegembiraan kita kegembiraan dia, kegembiraan dia adalah kegembiraan kita Kita dan dia bela-membela, keluarganya keluarga kita, keluarga kita keluarganya Masing-masing mengambil berat satu sama lain, tengok-menengok, bantu-membantu sesama Seolah-olah kita dan dia satu keluarga, satu ibu dan satu bapa Mati keluarganya diziarahi, kita mati, keluarga kita diziarahi, silaturrahim berterusan dan berpanjangan Aib dia kita tutup, aib kita dia tutup, sayang-menyayangi, kasih-mengasihi Lama tidak berjumpa rasa rindu, bila bertemu susah hendak berpisah Mana ada orang yang kita bertemu semacam ini Di sini baru kita faham mencari kawan itu susah, hampir mustahil, Mencari kenalan mudah masa berlaku Di sinilah rahsia mengapa umat Islam di hari ini tidak boleh bersatu POSTED BY ABD HAEZ ABD RAHIM FARAH ILYANA 1B2

BERTANGGUNG JAWAB DALAM KESEDERHANAAN

BERTANGGUNG JAWAB DALAM KESEDERHANAAN Bertanggung-jawab adalah salah satu wujud dari cinta dan kasih sayang Nabi kepada istri-istrinya. Tanggung-jawab beliau tercermin dari kesungguhan menjaga, merawat, mengayomi, mendidik, menafkahi, dan melindungi anggota keluarganya. Saat berumah-tangga dengan Khadijah, misalnya, Nabi tetap berdagang – meskipun kemudian Khadijah membebaskannya ketika perhatian Nabi mulai tercurah kepada masyarakat dan ummat. Nabi juga mengasuh dua anak tirinya, Hindun dan Halah, dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Mereka pun tak menganggapnya sebagai bapak tiri serta tidak segan-segan memanggil Nabi dengan sebutan “ayah” atau “bapak”. Hal serupa ditunjukkan Rasul ke semua istrinya, termasuk kepada para janda lain yang dinikahi beliau dan anak-anak tirinya. Contoh lainnya, tatkala menikahi Ummu Salamah, Nabi merangkul semua putra-putri Ummu Salamah dan mereka hidup berkumpul dalam keluarga besar beliau. Semua mengenyam perhatian yang sama dari beliau, diperlakukan baik dan dibesarkan secara layak, diperkenalkan dengan hak dan kewajiban, serta dilimpahi cinta dan kasih sayang. Sejak pertama kali hijrah ke Madinah tanpa keluarga dan mulai menetap di sana, beliau mengutus seseorang untuk membawa keluarganya. Sesudah Masjid Nabawi berdiri, di samping masjid tersebut dibangun bilik-bilik rumah yang amat sangat sederhana. Saudah dan kedua putri Nabi, yang kemudian disusul beberapa istri beliau, tinggal di bilik-bilik sebelah masjid tersebut. Nabi juga menyediakan tempat sederhana yang dihuni seorang istrinya di Alia, bagian luar kota Madinah sebelah timur. Di bilik-bilik rumah sederhana itu, Nabi menunjukkan perannya sebagai suami/kepala keluarga melalui pola hidup yang amat sederhana. Namun kesederhanaan yang diterapkan Nabi bukanlah karena ketidakberdayaan dalam menghadapi tuntutan hidup, melainkan karena dijiwai landasan iman dan takwa. Sikap qonaah-nya membuat beliau memilih menjalani hidup seperti itu. Nabi bukanlah orang yang tertarik membangun kebahagiaan rumahtangga melalui kemewahan duniawi. Baginya, kebahagiaan yang dilandasi materi merupakan kebahagiaan yang rapuh seperti buih-buih air di tengah lautan bahkan menyiksa karena hati diperbudak oleh dunia. Jika mau, akses Rasul untuk hidup mewah bersama para istri dan anak-anaknya sangat terbuka mengingat tingginya kedudukan beliau di masyarakat, disegani semua kalangan, serta dihormati para pemimpin. Kalau pun Nabi dan keluarganya memiliki hak atas suatu harta, baik berupa hadiah, tanah Fadak, harta rampasan perang (ghanimah), tetapi beliau menerima sekadarnya. Sekedar memenuhi kebutuhan pokok keluarga. Bahkan seringkali beliau tidak mengambil haknya mengingat adanya kepentingan ummat yang mesti diutamakan. Nabi juga tidak menerima zakat dan sedekah. Beliau berusaha memberi nafkah kepada anak-istri beliau, baik nafkah lahir maupun batin. Untuk memenuhi kebutuhan makan, misalnya, sebenarnya Rasul lebih memilih hasil dari jerih payahnya kendati tidak seberapa. Dengan tangannya yang mulia, Nabi memerah susu kambing serta mengerjakan sesuatu yang bernilai ekonomi secara halal dan baik. Kesederhanaan beliau tercermin pula dari pakaian yang dikenakan. Nabi kerap menjahit pakaiannya sendiri dan memperbaiki sepatunya. Tempat tidurnya, bukanlah kasur empuk, melainkan kasar atau tilam. Suatu ketika, Umar bin Khatab mendapati Nabi yang tengah menyendiri di sebuah bilik sederhana. Umar yang dikenal gagah dan berkarakter tegas itu, ternyata hatinya terharu, tak tega menyaksikan pemimpin besar umat Islam tersebut tinggal di tempat sempit dan amat se­derhana itu selama hampir sebulan. Tak terasa, air matanya pun menetes membasasi pipisnya. Nabi bertanya, "Hai Umar, meng­apa engkau menangis?" "Engkau tidur ber­hamparkan tikar ini sampai membekas pada lambungmu. Di tempat ini juga tidak berisikan apa-apa selain sedikit gandum dan sebuah labu yang tergantung," jawab Umar. Kendati demikian, Nabi tidak menghendaki pengikutnya berpantang dari segala nikmat atau karunia duniawi (asketisme). Sabdanya, "Sungguh menyenangkan kekayaan itu, jika didapat dengan cara yang halal dan oleh orang yang tahu cara membelanjakannya." Masih menurut beliau, "Kekayaan merupakan bantuan yang baik bagi ketakwaan." Kuatnya pijakan keimanan dan akhlak, serta dalamnya makna cinta dan rasa tanggung-jawab yang diterapkan Nabi, membuat fondasi kehidupan rumahtangga beliau berdiri kokoh. Para penghuninya merasakan kebahagiaan yang hakiki dan sarat keteladanan meskipun sebelumnya, kehidupan rumahtangga sempat diwarnai kekisruhan dan konflik akibat sikap dan perilaku sejumlah istrinya dan fitnah dari luar. Rasulullah meneladankan pentingnya menerapkan kemuliaan akhlak yang dibangun di atas dasar keimanan. Dengan landasan ini, terbukti, segala persoalan yang muncul di dalam kehidupan berumahtangga dapat diatasi dengan baik. Ditulis oleh admin JDS FARAH ILYANA 1B2

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Isi kandungan [sorokkan] 1 Komponen Teknologi Maklumat 2 Teknologi 3 Organisasi 4 Pengguna 5 Sejarah teknologi maklumat 6 Teknologi maklumat pada hari ini 7 Pertubuhan industri 7.1 Seluruh dunia 8 Tajuk berkaitan 9 Pautan luar [sunting]Komponen Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut: [sunting]Teknologi Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian. Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu: Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice. Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut. Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti: Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit [sunting]Organisasi Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza seperti rajah dibawah. [sunting]Pengguna Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut. Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb [sunting]Sejarah teknologi maklumat Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan. Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI). [sunting]Teknologi maklumat pada hari ini Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang. Ahli-ahi profesional melakukan berbagai-bagai tugas yang berbeza-beza dari pemasangan perisian penggunaan sehingga perekaan bentuk rangkaian komputer dan pangkalan data maklumat. Sebilangan tugas yang dilakukan oleh mereka adalah seperti yang berikut: Pengurusan data Pengurusan sistem Perangkaian komputer Perekaan bentuk perisian Perekaan bentuk sistem pangkalan data Sistem maklumat pengurusan (MIS) Senarai topik berkait yang lebih luas dibekalkan di bawah. [sunting]Pertubuhan industri [sunting]Seluruh dunia Perikatan Teknologi dan Perkhidmatan Maklumat Dunia (WITSA) ialah sebuah konsortium yang terdiri dari melebihi 60 buah persatuan industri teknologi maklumat (IT) daripada ekonomi-ekonomi di seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 1978 dengan nama Persatuan Industri Perkhidmatan Pengkomputan Dunia, WITSA semakin memainkan peranan sokongan yang aktif terhadap persoalan-persoalan dasar awam tentang penciptaan infrastruktur maklumat sejagat yang kuat dan berkesan. Pertubuhan-pertubuhan utama yang lain termasuk: Amerika Syarikat: Persatuan Teknologi Maklumat Amerika (ITAA), sebuah kumpulan perdagangan industri untuk syarikat-syarikat teknologi maklumat Amerika Syarikat. NASSCOM, sebuah persatuan untuk syarikat-syarikat teknologi maklumat India. United Kingdom: Persatuan Komputer British (BCS), sebuah badan untuki mereka yang bertugas dalam bidang teknologi maklumat di United Kingdom. Ia adalah badan pengkomputan profesional yang terbesar di United Kingdom, dengan keahlian melebihi 58,000 orang ahli di melebihi 100 buah negara di seluruh dunia. [sunting]Tajuk berkaitan Tajuk: Perkomputeran Sains komputer Sains maklumat Keselamatan maklumat World Wide Web Perpustakaan digital Pengecaman pola Pengurusan data Pemprosesan data Perlombongan data Metadata Penyimpanan data Pangkalan data Rangkaian data Penilaian teknologi Kriptografi Perpustakaan Prasarana Teknologi Maklumat Kawalselia teknologi maklumat Telematik Teks disediakan dengan Lesen Ciktirafan/Perkongsian Serupa FARAH ILYANA (1B2)

IBUBAPA Mithali, ANAK-ANAK Harmoni

IBUBAPA Mithali, ANAK-ANAK Harmoni Pada hari ini, kita mampu melihat gelagat anak-anak muda dari pelbagai aspek. Ada yang baik dan ada yang kurang enak diperhati. Namun yang menjadi tanda tanya, siapakah sebenarnya pemangkin peribadi yang mulia kepada anak-anak ini? Jika kita bertanyakan kepada ramai pihak, sudah tentu mereka akan menjawab ibubapa. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ini dan yang pasti ketentuan Allah telah meletakkan ibubapa sebagai pembimbing utama kepada anak-anak. Rasulullah SAW telah menyatakan dengan jelas dalam hadis Baginda bahawa ibubapa merupakan pencorak gaya hidup anak-anak. Sebagai ibubapa yang baik, perlulah mengambil pendekatan yang efektif terhadap anak-anak supaya mereka berada di landasan yang betul dan tidak terpesong dari Jalan Allah SWT. Banyak ragam manusia yang tidak berakhlak dan tidak bermoral menular dalam kehidupan kini. Rata-rata daripada mereka merupakan anak-anak muda yang masih belum “matang” dalam menilai erti sebenar kehidupan. Jika diteliti, kebanyakan mereka yang bermasalah itu berpunca dari keretakan institusi kekeluargaan. Ibubapa tidak peka dengan anak-anak. Mereka juga mengabaikan anak-anak. Jikalau ada yang mendidik anak-anak, mereka hanya mendidik dari segi kehidupan dunia semata-mata. Pendidikan sebagai seorang Muslim tidak diberi penekanan yang begitu mendalam. Itulah punca mengapa jiwa anak-anak meronta dalam senyap melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT. Ibubapa harus sedar, jika anak-anak tidak mendapat pendidikan rohani dan jasmani yang terbaik, mereka ini akan mudah untuk tergelincir ke lembah kejahatan dan akan perbuatan mereka akan menjadi racun kepada kegemilangan sesebuah masyarakat. Jangan sibuk menyalahkan orang lain jika anak-anak bermasalah. Telitilah sifat dan sikap sebagai ibubapa, adakah peranan ibubapa yang patut ada sudah kita penuhi? Kebanyakan ibubapa yang suka menuding jari ini akan menyebabkan kehidupan anak-anak mereka akan menjadi kucar-kacir dan masa depan mereka akan terjejas. Ibubapa yang kurang mahir dalam bidang agama, mereka juga perlu belajar bersama anak-anak mereka. Tidak perlu malu atau runsing. Allah Maha Adil dan Maha Penyayang. Alangkah indahnya jika institusi keluarga itu terdiri daripada ibubapa dan anak-anak yang berakhlaq mulia. Jangan jadikan tempat-tempat pengajian Islam sebagai tempat untuk melepaskan tanggungjawab daripada mendidik anak-anak mengenal Allah, Rasul, dan Islam. Oleh itu, jadilah ibubapa yang baik untuk anak-anak agar mereka mampu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Ibubapa yang mampu melahirkan dan mendidik anak-anak yang berperibadi mulia akan merasai nikmat kemanisan hidup di dunia dan akhirat kerana mereka tidak akan putus-putus dilimpahkan Rahmat oleh Allah mahupun ketika mereka berada di dalam kubur nanti. Wallahu’alam. Posted by PRO - UMMAH FARAH ILYANA 1B2