Click here for Myspace Layouts

Sunday, 24 June 2012

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

 

 Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Seri Tualang dibentuk pada tahun 1999. Anggota -anggota persatuan ini berjumlah 56 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Tiga hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta memudahkan pelajar bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran ini.

Sepanjang tahun 2011, persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sama ada berbentuk akademik mahupun bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah "Peraduan Menulis Cerpen Fiksyen Sains". Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, pelajar Tahun Enam Amanah.

Kami juga menganjurkan ceramah tentang Sains dan Matematik. Ceramah ini disampaikan oleh salah seorang guru pakar Matematik dan Sains daerah Temerloh iaitu Cikgu Azhar Muhammad dari SK Penderas. Selain itu, kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan Taman Sains SKST dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

Pada 25 September 2011, kami telah mengadakan lawatan ke Taman Herba di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Taman ini mempunyai lebih dari 90 spesis tumbuhan herba yang ada antaranya amat sukar ditemui. Sebagai hasil lawatan ini, kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.

Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat, Cikgu Mohd Hamidi yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh,                                                                                         25 Oktober 2011
      Hasif___
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
Temerloh,
Pahang.

http://karangansr.blogspot.com/search/label/Laporan

Nur Farisha Alini.



Penoreh Getah

Pakcik saya seorang penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari kebun getahnya. Setiap pagi jika tiada urusan penting, selepas selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akan segera pergi menoreh getah dengan menunggang basikalnya.

Semasa di kebun getah, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu di depannya supaya kerja-kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun suasana waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa diasah tajam dari sebatang ke sebatang pokok getah hinggalah semua pokok getahnya selesai ditoreh.

Pakcik saya selesai menoreh kira-kira pada pukul 10.00 pagi atau 3 jam kemudian. Sebelum dia pulang ke rumah, dia akan memestikan keadaan kebunnya dalam keadaan baik seperti tiada lalang yang panjang dan sebagainya. Jika tidak, dia akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kebunnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya.

Kira-kira seminggu menoreh, pak cik saya akan menjual hasil kebun getahnya. Dia akan pergi mengutip ketulan-ketulan getah yang dipanggil getah buku di setiap pangkal pokok getah dengan baldi atau guni. Getah buku itu akan dikumpulkan di satu tempat sementara menunggu pembeli getah tiba.

Hasil daripada jualan getahnya, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaannya sekeluarga. Selain daripada menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur dan menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya bangga melihat kerajinan pakcik saya.

http://karangansr.blogspot.com/search/label/Biografi

Nur Farisha Alini. 

Thursday, 14 June 2012

KESIHATAN AMAT PENTING

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu,kita perlulah menjaga kesihatan
agar berada dalam keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri.
Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan lain-lain. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam iaitu kempen “Jumpa Sampah Kutip” dan kempen “Memerangi LILATI (lipas,lalat dan tikus).” Oleh itu, sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas. Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria, dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah asas untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum. (131pk)
Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain lagi. Tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan tahap kesiahatan kita berada dalam keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, “Mencegah lebih baik daripada mengubatinya”. Bagi pesakit yang telah diserang penyakit ini, keadaannya akan boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti peribahasa,“Cegah sebelum parah”. Pendek kata, kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital secara berjadual. (123 pk)
Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu “What you are, is what you eat”. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan seseorang. Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata, langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan diet makanan seimbang. (135pk)
Seterusnya, kesihatan kita akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah. Amalan riadah seperti berenang, jogging, menunggang basikal dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan. Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30 minit dua kali seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Kegiatan riadah ini akan menjadi kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai dengan peribahasa, “Alah bisa tegal biasa.” Dengan melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga dan kecergasan badan akan bertambah baik. Di samping itu, seseorang dapat menghirup udara segar semasa melakukan senaman di taman-taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan atau stress selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia disarankan agar kita dapat melakukan kegiatan senaman secara untuk memperoleh kesihatan yang baik. (134 pk)
Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah amalan seks rambang dan bebas, melanggani pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal, ketagihan arak serta lain-lainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen “Katakan Tak Nak Pada Rokok” giat dijalankan. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan lain-lain. Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu, beralihlah kepada cara hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana kempen “Gaya Hidup Sihat” yang diuar-uarkan oleh kerajaan. (132pk) LAILATUL SYAMIMI

Tuesday, 12 June 2012

SeMiLiR SeNjA

Semilir Senja
ketika aku terdiam
terdengar bisikkan mu
ketika aku kehangatan
terasa dingin hembusan mu

ingin ku lukis tak tergambar

hendak ku pegang tak tergumpal

Angin... sesejuk hembusan mu

rindu merasuk

derap jantung berdegup

namun terkadang hilang

bersama dengusan

demikian cinta dan harapan ku

berlalu bersama semilir senja...

 Posted by Yan Pelangi Jingga

nuramalia shuhada bt. amir....(1b2)

Bingkai Kenangan

Bingkai Kenangan
ku intai kenangan
di balik dedaun rindu
ada kamu di situ
mengimbau nostalgia
menggamit memori
masih segar senyuman itu
ku kutip jatuhan menguntum
ku lakarkan potret indah
ku puitiskan sebuah puisi
ku gantung dalam bingkai
di persada hati
Posted by Yan Pelangi Jingga
nuramalia shuhada bt. amir....(1b2)

OmBaK CiNtA

desiran ombak cinta berlalu
deraian airmata syahdu
dalam belenggu sepi
rindu menyela waktu
lautan kasih tinggal nama
hembusam angin tak bermaya
pudar pantai cinta
air laut pudar rona
tak tersirna lakarannya
di gigi pantai ini berdiri
tertanya di minda...
apa lagi yang ingin kau ambil dari insan ini???
sedangkan senyum dan tawa tlah kau rampas
apa lagi yang ada pada ku
hanya tangisan dan airmata......
Nuramalia Shuhada Bt.Amir....(1b2)

Mati!!!!

Engkau adalah api yang menjadikan aku abu
Engkau adalah madu yang menjadikan aku racun
Engkau adalah mentari yang menjadikan aku gersang
Engkau adalah hujan yang menjadikan aku banjir
Tapi engkau bukan lah bulan yang menyinari aku
bukan jua bintang yang bisa menemani kegelapan aku
bahkan bukan jua semilir yang bisa menyejukkan aku
Aku terbujur kaku di kuburan ini
bertemankan nisan cinta ku
di tabur bunga-bunga kehampaan

kini walau sejuta bunga asmara kau taburkan

walau segelen air sayang kau tuangkan

namun bunga-bunga cinta ku tak kan bangkit

dari alam kuburan
Aku mati di sini!!!!!
Nuramalia Shuhada Bt. Amir (1b2)