Click here for Myspace Layouts

Sunday 24 June 2012

Penoreh Getah

Pakcik saya seorang penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari kebun getahnya. Setiap pagi jika tiada urusan penting, selepas selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akan segera pergi menoreh getah dengan menunggang basikalnya.

Semasa di kebun getah, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu di depannya supaya kerja-kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun suasana waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa diasah tajam dari sebatang ke sebatang pokok getah hinggalah semua pokok getahnya selesai ditoreh.

Pakcik saya selesai menoreh kira-kira pada pukul 10.00 pagi atau 3 jam kemudian. Sebelum dia pulang ke rumah, dia akan memestikan keadaan kebunnya dalam keadaan baik seperti tiada lalang yang panjang dan sebagainya. Jika tidak, dia akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kebunnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya.

Kira-kira seminggu menoreh, pak cik saya akan menjual hasil kebun getahnya. Dia akan pergi mengutip ketulan-ketulan getah yang dipanggil getah buku di setiap pangkal pokok getah dengan baldi atau guni. Getah buku itu akan dikumpulkan di satu tempat sementara menunggu pembeli getah tiba.

Hasil daripada jualan getahnya, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaannya sekeluarga. Selain daripada menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur dan menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya bangga melihat kerajinan pakcik saya.

http://karangansr.blogspot.com/search/label/Biografi

Nur Farisha Alini. 

No comments:

Post a Comment