Click here for Myspace Layouts

Thursday 3 May 2012

INTERNET

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalanganmanusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrahkehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalamzaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaranmaklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepadakehidupan manusia.Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internetiaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal iniamat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara.Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yangmeluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistempenapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkanaktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan“siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yangmemudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya.Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkanberlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas.Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internetdan bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis danmenghantar kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yanglebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantarkad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi.Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah.Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan denganbudaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remajamalah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya.Penggunaan internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imejdigital internet turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain danbadan orang yang lain pula. Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara inidemi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atauberita yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidakmempunyai sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakatmudah disogok dengan buku dan berita yang tidak tepat atau kurang sesuai denganperingkat umur mereka sehingga boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancamkeselamatan negara.Berkaitan dengan penerbitan buku di atas, internet secara tidak langsung turut melanggarundang-undang harta intelek iaitu penulis buku atau syarikat penerbit buku. Penerbitan bukudalam internet biasanya dibuat tanpa kawalan dan ini boleh menyebabkan kerugian terutamakepada penulis dan penerbit buku tersebut. Keadaan ini jika tidak dikawal akan menyebabkantiada lagi penulis atau penerbit yang mahu menerbitkan buku mereka untuk tatapan pembacabiasa.Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi penyiaraniklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang tidaksihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepadamasyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepadamasyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama remaja suka menirusesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidaksesuai di internet berlaku.Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaandengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan iniboleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pulaperlu lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedayadengan golongan tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita.LAILATUL SYAMIMI

No comments:

Post a Comment