Click here for Myspace Layouts

Thursday 3 May 2012

KES BULI

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan sepertimemeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukanoleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini,kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapaisatu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihaksekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalanganpelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa puncayang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yangsanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untukmendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Merekasemakin ketandusan nilai kemanusiaan.Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duitdan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampukpinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannyamerupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supayadapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadipuncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulianmereka terhadap pelajar lain.Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkahdrastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranyaialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harusmenitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajarantertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Denganitu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatanmembuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secaraberterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agarmenjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga bolehdilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiappelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yangsunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyaikeinginan untuk membuli mangsanya.Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyakpengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadipemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperolehitu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajarbiasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jikakawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membacabersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalamkes buli di sekolah.Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usahauntuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadimangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengansegera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harusberusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya denganmenutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kesbuli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut danmendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpalkepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikansebagai iktibar kepada pelajar yang lain.Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendungkemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak merekasupaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anakmereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapaberlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek,menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketammengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibubapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa disekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supayamereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejakkecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hatidan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkansatu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalansahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagaiangan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negarayang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kitaterpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usahayang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara danmengangkat martabat bangsa dipersada dunia.LAILATUL SYAMIMI

No comments:

Post a Comment