Click here for Myspace Layouts

Thursday 3 May 2012

PENGANGGURAN

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini.Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazahuntuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akanmenjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyensesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlakuSudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasiini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuangpekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperolehkerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomidunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yanglama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an. Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran.Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika diuniversiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu,berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi denganmasyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyaikeunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidupketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat.Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Merekamenganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah.Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa danmenganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantarrombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia.Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggupmenanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapaprojek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. ProjekPembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikanpertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan beliaseperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institutkemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satusumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi.Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utamapelabur asing kelak.Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golonganbelia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadiuntuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastikini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan danmenyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidakbekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harusberfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan seringberubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampududuk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendakseribu dalIH.LAILATUL SYAMIMI

No comments:

Post a Comment