Click here for Myspace Layouts

Thursday 3 May 2012

ISU KENDERAAN

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukanuntuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu,pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahamiuntuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutanawam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap olehmasyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutanitu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agakkurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awamhanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jikamereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yangtidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak bolehdiharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untukmerancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaanbas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yangtidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalanpengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjagatahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapimasalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atauantara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggukerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lainpula.Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggapmerumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkanoleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka sepertipemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakatmengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan olehmeningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatinmereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistempengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibencioleh pelanggan.Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untukdiselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutanawam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudahsampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.LAILATUL SYAMIMI

No comments:

Post a Comment