Click here for Myspace Layouts

Thursday 3 May 2012

KEMERDEKAAN

PATRIOTISME sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadapnegaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepaticiri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Dalam duniaglobalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting sepertiyang sering disebut melalui sabda Rasulullah, `kasihkan watan itu sebahagian daripada iman'.Syeikh Daud Abdullah al-Fatani, seorang ulama besar Patani pernah mengingatkan kitabahawa mempertahankan negara daripada penjajahan ataupun tekanan kuasa asing adalahfardu ain.Membebaskan Diri Daripada Belenggu Masalah SosialWalaupun telah 51 tahun kita merdeka dengan pelbagai kejayaan gemilang yang kita peroleh,dengan kemajuan yang semakin pesat serta kemakmuran yang semakin melata, kita seringkali dibelenggu oleh pelbagai isu nasional termasuklah masalah sosial yang tidak putus-putus.Kemelut sosial ini yang menjadi ’barah’ besar rakyat di negara ini harus dihadapi denganpenuh persediaan . Apabila negara semakin maju serta mencapai segala bentuk kemajuanmaterial, kekangan besar mereka adalah modus operandi untuk memimpin golongan mudaterutama golongan pelajar agar menghargai kemerdekaan. Penghargaan ini adalah satuperkara yang sangat penting kerana tanpa diberi pemahaman yang jelas pasti kemerdekaanini akan tinggal sejarah.Anak-anak muda alaf baru hanya mengenal merdeka dari kaca mata sejarah. Kemerdekaanyang dicapai tidak dilihat daripada perspektif pengorbanan, maruah diri dan perpaduan.Kefahaman tentang merdeka itu hanya diberi sekadar kulit dan material. Budaya kasih akannegara, cinta akan kedamaian dan keazaman untuk menghancurkan segala anasir buruk yanghendak menghancurkan negara pasti tidak berlaku, sekiranya erti merdeka tidak ditanamsedalam-dalamnyaPemahaman dan falsafah merdeka harus diterjemah dengan makna daninterpretasi yang jelas khususnya dalam memimpin generasi muda. Mereka harus dididikdengan jelas tentang rasionalnya mereka harus memahami makna merdeka dan bagaimanamereka harus membuktikan kesetiaan dan kasih mereka akan negara secara jelas dan benar. Golongan lama boleh memikirkan metodologi yang berkesan supaya anak-anakpascamerdeka ini tidak akan hanya pandai menyebut merdeka tetapi tidak langsung menjiwaierti kemerdekaan sebenarnya.Kecintaan kepada negara ini haruslah disemai pertamanya,sejak di bangku sekolah lagi melalui aktiviti-aktiviti persekolahan yang memfokuskan programdan aktiviti menanam sikap kasih akan negara. Sikap sebegini tidak perlu tunggu semata-mata ketika hampirnya saat merayakan kemerdekaan tetapi sebaliknya haruslah secaraberterusan.Konteks kecintaan ini ada hubung kaitnya dengan agama dan iman seseorang.Sebab itu program-program patriotisme dan aktiviti harus digiatkan sama ada di dalam ataudi luar sekolah agar budaya ini tidak hanya jadi siulan semata-mata.Kedua, kita perlu mengajar erti kemerdekaan ini bukan dari aspek konteks sejarahnya sahaja,seperti kita hanya mengenal siapa dia Tunku Abdul Rahman, Tun Abd. Razak, siapa dia DatukBahaman, Datuk Maharajalela, (sekadar menyebut beberapa nama). Dasar perjuanganmereka yang sebenarnya perlu disemat dalam dada para remaja terutama pelajar-pelajarsekolah. Episod-episod perjuangan dari segi susur galur yang berlaku pada ketika itu, puncapenentangannya, cara penentangan berlaku dan alasan-alasan penentangan perlu kitatelusuri. Ini merupakan kaedah yang harus disentuh untuk dijelaskan kepada anak muda.Kepercayaan kita akan perjuangan mereka ini bukan sahaja dari aspek personaliti semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ini adalah landasan perjuangan yang tidak putus-putus yangakhirnya membawa kepada hasil yang amat besar dan berkesan.Ketiga, kefahaman remaja bahawa kemerdekaan yang paling utama pada ketika dan saat iniidalah merdeka jiwa daripada segala bentuk penjajahan sama ada material atau spiritual.Merdeka jiwa maknanya satu proses kebebasan daripada belenggu serta anasir yangmengongkong pemikiran, budaya kerja dan segala yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang sentiasa subur dengan elemen-elemen positif yangmampu untuk membentuk gambaran kehidupan secara lebih baik.Manusia yang merdeka jiwanya adalah orang yang mempunyai akal fikiran yang positif, gerakkerja yang pantas serta melakukan tindakan mengikut tatasusila yang berlandaskan nilai-nilaiyang baik. Orang seperti ini yang ingin kita lahirkan. Mempunyai jiwa dan akal yang bersihhasil daripada pendidikan serta tarbiah yang sebenar-benarnya. Jiwa merdeka juga ada hubung kaitnya dengan membebaskan diri daripada belenggukebendaan. Maknanya golongan yang merdeka jiwa adalah mereka yang tidak mudah dibelidengan wang ringgit dan tidak semudahnya dibuai dengan nilai dan kemewahan dunia.Kejayaan negara dan bangsa disambut dengan penuh rasa insaf dan yakin melalui usaha danpengorbanan serta gerak kerja yang sebenarnya. Golongan yang merdeka jiwanya jugaadalah mereka yang sentiasa positif dalam melakukan kerjanya demi kemajuan dankemakmuran negara.LAILATUL SYAMIMI

No comments:

Post a Comment