Click here for Myspace Layouts

Thursday 3 May 2012

TELEFON BIMBIT

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan danmenjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapatmembantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia.Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dansebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasadigunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau dimana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefonbimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantarberita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat danberkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orangmenggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik jugatelah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga bolehmelayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudahdihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbittermasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapatmembuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahantelefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyakmurid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolahmemang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akanmengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yangdibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masihberusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisihkerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Merekaberasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbitorang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehinggamenyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankanguru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar keranamereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefonbimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian,pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapankepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadappelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar sertamendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuahsekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turungambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atauklip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidaksihat.Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akanmenjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akanmenjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak.Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lainpula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombangtelefon itu. Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar disekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas,kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap parapelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajarmenggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kospenggunaan yang tinggi.LAILATUL SYAMIMI

No comments:

Post a Comment