Click here for Myspace Layouts

Thursday 3 May 2012

USAHA DAN PELUANG

MENURUT Kamus Dewan, keusahawanan berasal daripada kata dasar "usaha" yang merujukkepada inisiatif, ikhtiar, kegiatan, dan kerja, serta memikul tanggungjawab untuk mencapaisesuatu matlamat. Sementara itu, usahawan pula ialah orang yang melibatkan diri dalamsesuatu perniagaan atau perusahaan. Usahawan bertanggungjawab dalam mengusahakansesuatu perusahaan sama ada dalam bidang pertanian, penternakan, pengeluaran, atauperkhidmatan. Dengan kata lain, usahawan ialah orang yang berusaha membuat sesuatuyang baru (kreatif), merancang, dan mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif), mengatur,dan mewujudkan pasaran, serta sanggup menghadapi risiko, sekali gus mempertahankandaya maju perniagaan yang telah diterokainya. Bidang keusahawanan bukan sahaja bidangyang amat dituntut oleh Islam, bahkan merupakan sunnah para nabi dan sahabat Rasulullahs.a.w. dan juga merupakan fardu kifayah bagi umat Islam.Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan menyasarkan untuk membudayakansemangat keusahawanan dalam kalangan 1.5 juta warga Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaansentiasa memberi penekanan terhadap aspek Pembangunan usahawan semata-mata untuk melahirkan lebih banyak golongan usahawan dalam pelbagai bidang agar mereka dapatmemajukan diri tanpa batasan. Hal ini selaras dengan pendekatan Islam Hadhari yangmenjadi dasar Pembangunan negara dalam era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi. Antaranya kerajaan menyediakan banyak bantuan seperti Yayasan Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Pembangunan, serta Industri Kecil danSederhana, di samping membimbing mereka yang ingin memuakan perniagaan. Dasarkerajaan ialah menggalakkan rakyat berdikari dan menerajui perniagaan kerana dapatmembantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat. Secara tidaklangsung, dasar itu memerlukan kesediaan rakyat untuk berubah, iaitu bekerja sendiri dantidak mengharapkan pekerjaan sama ada dengan kerajaan atau swasta. Rakyat tidak bolehterus mengharapkan majikan menyediakan pekerjaan kerana pada masa ini terlalu banyakorang yang memiliki kelulusan tinggi. Kita mahu mereka juga menjadi bos dan tidak sekadarkuli. Lantaran itu, kerajaan akan terus menggalakkan masyarakat supaya menceburi bidangini kerana pada masa yang sama mereka membantu negara dalam mengurangkan kadarpengangguran dan membangunkan negara.Selain itu, pemimpin nombor dua negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunRazak,turut menyeru rakyat negara ini terus terlibat secara aktif dalam bidang ekonomitermasuk meningkatkan budaya wiraswasta sejak di bangku sekolah dan menara gading lagi.Konsep wiraswasta yang bermaksud orang bijak dan berkebolehan dalam mengusahakanperniagaan serta perdagangan secara profesional merupakan langkah yang dapatmerapatkan jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu. Sehubungan dengan itu, beliauberharap semua pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan terns melaksanakantanggungjawab sosial bagi membantu menggandakan usahawan Melayu termasuklahwiraswasta wanita yang berdaya saing dan berdaya tahan. Dengan adanya budayawiraswasta ini juga telah membuatkan 50 GLC yang majoritinya diterajui pengurusan danprofesional bumiputera berjaya menempa kejayaan. Oleh itu, para usahawan tempatan dapatmerebut peluang keemasan ini untuk memberanikan diri meneroka bidang-bidang perniagaanbaharu termasuk pengeluaran produk halal, bidang perubatan, logistik, bioteknologi, danpertanian moden. Mereka juga boleh menceburkan diri dalam bidang kewangan Islam,aeroangkasa, minyak dan gas, pelancongan, dan animasi.Ribuan siswazah lulusan universiti atau yang makan gaji dengan syarikat, wajar menjadiusahawan yang mampu meneroka bidang-bidang ini setelah mendapat ilmu dan latihan yangcukup. Di samping itu, kerajaan juga amat memandang serius bidang pertanian sebagaiIndustri yang penting dan mempunyai impak, serta potensi yang besar kepada pembangunanekonomi negara. Hal ini sinonim dan bertepatan dengan slogan yang Bering diuar¬uarkankerajaan melalui media massa iaitu 'Pertanian adalah Perniagaan'.Sebagaicontoh, dalambidang usahawan tani kerajaan menjangkakan lebih 10,000 usahawan tani baharu dapatdilahirkan dalam RMK-9 berikutan sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakatpetani, penternak, dan nelayan untuk menjadi usahawan tani. Menteri Pertanian dan IndustriAsas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada tahun 2007 sahaja pihaknya telahmeluluskan permohonan sebanyak 3,400 pengusaha kecil untuk mengusahakan pelbagaiaktiviti asas tani bagi menambah pendapatan masing-masing. Keadaan ini berlaku berikutanterdapat kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat tani yang menyedari bidang ituberpotensi besar untuk berkembang dan memberikan pulangan lumayan. Bagi tujuan itu,pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM34 juta bagi membantupengusaha¬pengusaha kecil di luar Bandar mengembangkan perniagaan masing¬masingagar terns berkembang dan berdaya saing. Kesemua pemohon telah menjadi usahawan taniyang berdaya saing hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Bagi membuktikan kesungguhan dan komitmen yang berterusan, kerajaan menawarkan pakejbernilai RM2 bilion kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi usahawanakuakultur. Menterinya berkata, melalui pakej tersebut kerajaan akan menyediakan tapakpenternakan, infrastruktur asas, pinjaman kewangan, dan peluang pasaran ke luar atau dalamnegara. Mereka yang berminat hanya perlu mengusahakannya dengan kepakaran sertateknologi yang dimiliki masing-masing. Sebanyak 39 kawasan disediakan di bawah konsepZon Industri Akuakultur (AIZ) untuk tujuan berkenaan yang dimulakan penghujung tahun2007. Infrastruktur asas dalam pakej ini termasuk jalan raya, cumber air, dan taliankomunikasi manakala pinjaman disediakan oleh Bank Pertanian dengan kerjasama beberapainstitusi kewangan lain. Pihak swasta yang berminat mengusahakannya hanya perlumenyuntik kepakaran teknologi yang mereka miliki.Industri akuakultur di negara ini menghasilkan keluaran sebanyak 203,000 tan metrik bernilaiRM1.3 bilion tahun lalu. Menurutnya, penyumbang terbesar hash pengeluaran tersebutialahkerang¬kerangan, ikan air tawar, dan udang. Pada 2010 sasaran jumlah pengeluaranakuakultur adalah sebanyak 662,000 tan metrik dengan nilai kira-kira RM6.3 bilion. Bagi segipengeluarannya pula, dijangka berkembang sebanyak 21.5 peratus setahun bermula 2006.Kawasan-kawasan berpotensi untuk dibangunkan dengan akuakultur ialah seluas 330,200hektar dengan 35,000 hektar dijangka dibangunkan menjelang 2010. Penternakan ikan tilapiadilihat mempunyai potensi besar untuk dimajukan di negara ini berdasarkan permintaan yangsemakin meningkat. Tilapia merupakan ternakan ikan air tawar kedua popular selepas kapdengan pengeluaran sedunia sebanyak 2.3 juta tan metrik pada tahun 2005. Amerika Utara,iaitu Amerika Syarikatdan Kanada merupakan pengimport terbesar tilapia diikuti negaraEropah seperti United Kingdom, Belgium, Perancis, serta Kanada manakala negara Timur Tengah antaranya ialah Arab Saudi, Kuwait, Jordan, dan Emiriah Arab Bersatu. China pula ialahpengeksportdan pengeluarterbesar tilapia dengan hash keluaran sebanyak sejuta tan metrikpada 2005.Penganjuran Gerak Usahawan yang konsisten sejak tahun 2005 merupakan terjemahan hasratKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MeCD) untuk memberi galakankepada orang ramai menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Hal iniselari dengan visi kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan PerindustrianBumiputera (MPPB) yang berdaya wing dan mampu meneroka kekayaan-kekayaan baru.Melalui Gerak Usahawan berpuluh¬puluh ribu usahawan baru berjaya dibangunkan dalampelbagai bidang daripada pemakanan dan minuman, kosmetik, jualan langsung, insurans,perkhidmatan, telekomunikasi, teknologi, pertanian, francais, tekstil, sehinggalah kepadasektor automotif. Program murni ini turutsokongan padu daripada semua agensi McCDterutama UDA Holdings, Bank Rakyat, Mara, Bank SME, Bank Pembangunan, PerbadananNasional Berhad (PNS), dan Yayasan Tekun Nasional. Penternakan ikan tilapia dilihatmempunyai potensi besar untuk dimajukan di negara ini berdasarkan permintaan yangsemakin meningkat. Tilapia merupakan ternakan ikan air tawar kedua popular selepas kapdengan pengeluaran sedunia sebanyak 2.3 juta tan metrik pada tahun 2005. Tidak cukup dengan itu, setiap agensi menawarkan perkhidmatan terbaik untuk bakalusahawan dengan menyediakan pusat serenti yang meliputi khidmat bimbingan, peluangpembiayaan, dan pinjaman, serta sokongan berterusan dalam pelbagai aspek yang lain.Kejayaan McCD sebagai kementerian yang bertanggungjawab membudayakan bidangkeusahawanan, menyediakan bimbingan dan sokongan berterusan dapat diukur melalui minatrakyat terutama golongan muda dan siswazah yang kini tidak lagi teruja untuk "makan gaji"tetapi sudah bersedia menjadi "tuan" untuk diri sendiri. Selain itu, mulai semester Julai tahun lalu, semua pelajar baharu yang mendaftar di institusipengajian tinggi awam (IPTA) diwajibkan mengambil mata pelajaran keusahawanan. MenteriPengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, melalui mata pelajaran itu, para pelajarakan didedahkan dengan asas-asas untuk menjadi usahawan. Mata pelajaran tersebutmempunyai dua jam kredit, iaitu 25 peratus merupakan teori manakala selebihnya latihanamali di beberapa syarikat dalam pelbagai bidang khususnya industri kecil dan sederhana.Mata pelajaran ini hanya asas dan diwajibkan kepada semua pelajar IPTA supaya mindamereka terbuka untuk berdikari dengan meneroka setiap peluang yang ada. Melaluipendedahan sebegini mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mencaripekerjaan. Semasa latihan amali keusahawanan, para pelajar dikehendaki menyediakan sertamembentangkan kertas kerja dan membuat permohonan dengan syarikat-syarikat terlibattentang jenis atau bentuk perniagaan yang hendak mereka jalankan. Kerajaanberkemungkinan mempertimbangkan untuk membantu pelajar yang dilihat berpotensimenjadi usahawan supaya mereka mampu mencapai kejayaan cemerlang datam bidang itu.Bidang keusahawanan kini diceburi bukan sahaja lelaki, tetapi juga wanita malah ada antaramereka yang muncul sebagai usahawan berjaya. Kaum wanita merupakan tulang belakangkepada pembangunan keluarga dan negara, serta pembabitan mereka semakin ketara dalambidang ekonomi, profesional, dan korporat. Semakin banyak kaum wanita yang melibatkandiri dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan, baik secara kecil-kecilanmahupun besar¬besaran di dalam negeri dan di luar negara. Perkembangan sihat inimerupakan satu tanda positif dan jelas menunjukkan wanita semakin prihatin dengankemajuan diri. Usahawan wanita digesa bersikap lebih agresif memajukan perniagaan denganmeletakkan matlamat memasarkan produk mereka sehingga peringkat antarabangsa.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, merekaperlu memikirkan agar pelbagai barangan termasuk kraf tangan, pakaian, dan makanankeluaran mereka dapat memasuki pasaran lebih luas. Malah, mereka juga perlu memastikansetiap produk yang dikeluarkan bermutu dan mampu mendapat Sijil Piawaian Antarabangsa(ISO). Bagi memudahkan mendapat sokongan dan bantuan mereka juga perlu membuatrangkaian dan hubungan perniagaan yang strategik dengan pelbagai agensi berkaitan.Langkah itu penting kerana kerajaan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan taraf dankedudukan wanita supaya bukan sahaja dihormati, malah setanding dengan kaum lelakitermasuk bidang keusahawanan. menembusi pasaran peringkat antarabangsa.Secara tuntas, keinginan untuk berniaga semakin hari semakin banyak, tapi peluang yangdapat disediakan oleh kerajaan amat terhad. Oleh itu, Selain kerajaan para usahawan yangtelah berjaya diharap dapat membantu kerajaan dengan memberi peluang kepada merekayang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Mudah-mudahan dengan usahauntuk menjanakan pembangunan usahawan di negara kita dapat mewujudkan lebih banyakpeluang pekerjaan, meningkatkan kemakmuran ekonomi negara, sekali gus memanfaatkansumber manusia secara optimum. Manakala, Bagi para usahawan pula mereka pula sentiasameningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, terus berusaha, dan mementingkankualiti barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan, di samping mempunyai visi dan misiuntuk.LAILATUL SYAMIMI

No comments:

Post a Comment