Click here for Myspace Layouts

Thursday 3 May 2012

SISTEN RINGKAS

KECANGGIHAN dan kemajuan dalam teknologi komunikasi hari ini telah banyak mengubahgaya hidup dengan memanfaatkan kemudahan yang tidak wujud sebelum ini. Revolusiteknologi komunikasi sudah menjadi kebiasaan bagi segenap masyarakat Malaysia sehinggaevolusi senyap yang berlaku kadangkala langsung tidak kita sedari. Itulah hakikat yangterpaksa diterima apabila dewasa ini pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba¬lumbamenawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Antaranya termasukperkhidmatan SMS (khidmat pesanan ringkas), MMS (khidmat pesanan multimedia), Bluetooth(teknologi tanpa wayar), dan bermacam-macam lagi. Tidak cukup dengan perkhidmatan yang ditawarkan, malah syarikat pengeluar telefon jugstidak ketinggalan mewarnai kemajuan teknologi dengan menawarkan paparan skrin besar dankualiti gambar, perakam video kamera, nada dering, PDA (telefon pembantu peribadi digital),dan lain-lain lagi. Lantaran itu, golongan remaja begitu alpa dan tertarik denganperkembangan ini yang dilihat sebagai suatu budaya dan trend anak muda yang sudahsemestinya harus dimiliki.Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) kini bukan lagi sekadarperkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerimapesanan pendek, malah fungsi perkhidmatan ini semakin meluas. Sejak beberapa tahunbelakangan ini, pelbagai jenis program televisyen (TV) realiti muncul dalam dunia hiburantempatan. Fenomena ini bukan setakat bertumpu kepada bidang nyanyian semata-mata,tetapi juga melarat hingga soal mencari menantu. Selain itu, program TV realiti turutdiperluas dalam usaha bagi melahirkan usahawan dan gari serta gariah membaca al-Quran. Tidak dinafikan bukan semua program TV realiti hanya menghidangkan persembahan hiburan. Tetapi ada antaranya yang boleh memberi manfaatkepada para penonton. Cuma yang kurangelok apabila kebanyakan program TV realiti di negara kita menggunakan SMS bagimenentukan pemenangnya. Dalam hal ini, para pengundi SMS secara implisit telahdipergunakan. Mereka terpaksa membayar SMS pada kadar harga yang tinggi untukmenentukan pemenang program itu. Jika SMS biasa mengenakan caj sekitar 20 sen melaluisekali kiriman, tetapi ada dalam kalangan stesen TV yang mengenakan caj bayaran hingga 65sen bagi setiap kiriman atau undian yang dilakukan.Fenomena penggunaan SMS dalam program-program TV realiti dilihat semakin meluas danhal ini amat menggawatkan. Peningkatan penggunaan SMS turut diluahkan oleh KetuaPergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad pada Perhimpunan Agung parti itu pada tahun lalu. Difahamkan dari Januari hingga Mac 2007, rakyat negara ini khususnya pengguna telefonbimbit menghantar lebih 11.7 bilion SMS yang menyaksikan peningkatan sebanyak 4.3peratus untuk tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Tegasnya, rakyat Malaysia berbelanja berbilion ringgit untuk menghantar khidmat pesananringkas (SMS) terutamanya yang melibatkan rancangan televisyen berbentuk hiburanbukannya satu permasalahan yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Kerajaan harusmengekang permasalahan ini sebelum menjadi parah kerana secara langsung unsur-unsurpenghantaran SMS ini menggalakkan pembaziran dan pemborosan secara keterlaluan.Kecanggihan teknologi pada masa kini sebenarnya mampu menyumbangkan sesuatu yangSMS hari ini digunakan bukan sekadar untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapimerupakan teknologi maklumat yang mempunyai faedah yang lebih besar mungkin tidakpernah anda fikirkan selama ini.Kenyataan yang biasa anda dengari seperti "segalanya di hujung jari anda" membuktikanhakikat ini. Kepentingan SMS hari ini digunakan bukan sekadar untuk berhubungdenganrakan¬rakan, tetapi merupakan teknologi maklumat yang mempunyai faedah yanglebih besar. Hal ini demikian kerana sekiranya dimanfaat sepenuhnya, boleh menjadi alatberkesan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling selamat untuk didiami. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu orang ramai menggunakan SMSbagi melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai masalah sosial seperti kes rogol dan jenayah. SMS merupakan alat komunikasi yang paling cepat dan cekap untuk memaklumkankepada agensi-agensi penguat kuasa seperti polis mengenai kejadian jenayah. Hal ini amatmudah kerana mereka cuma perlu menghantarkan SMS kepada polis dan tidak perlu lagiuntuk membuat panggilan atau ke balai polis untuk membuat aduan. Kalau merekaternampak kejadian jenayah seperti mencuri, penderaan kanak-kanak,dan rogol mereka terusmembuat laporan melalui SMS yang dikenal sebagai "DAPAT" atau talian 32728 yangmerupakan nombor SMS berpusat sebagai mata dan telinga polis. Itulah antara konsep yangdiamalkan menerusi Rakan Cop atau Rakan Potis yang berorientasikan masyarakat menerusiperkongsian bijak dan memberi peluang orang ramai agar memainkan peranan aktif danpositif dalam memerangi jenayah bersama-sama pihak polis. Tetapi, kini Rakan Cop setelahdiperluas ke seluruh negara semakin ketara peranannya dalam membanteras jenayah. Indeks jenayah berjaya mengalami penurunan daripada 24,571 pada 2003 kepada 21,241 pada 2004dan menurun lagi kepada 19,695 pada 2005.Budaya penggunaan SMS turut tempias di peringkat sekolah. Sekolah-sekolah diseluruhnegara dipelawa untuk menggunakan aplikasi SMS Sekolah yang dibangunkan olehMyPressto. com Sdn. Bhd. Aplikasi yang menggunakan teknologi SMS itu akan dapatmemudahkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa. Pada masa kini ramai ibu bapamempunyai telefon bimbit masing¬masing. Ibu dan bapa terutamanya yang sibuk bekerjamungkin tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan anak-anakmereka di sekolah. Melalui sistem berkenaan, maklumat peribadi murid akan dapat diaksesdengan mudah oleh guru melalui komputer dan segala urusan menyampaikan maklumatkepada ibu bapa dapat diselesaikan dalam masa beberapa minit melalui telefon mudah alihmereka. Aplikasi itu merupakan satu langkah ke hadapan dalam pembestarian sekolah keranamerupakan sebahagian daripada sistem pengurusan sekolah. Caj yang dikenakan kepada ibubapa untuk menggunakan SMS Sekolah adalah minimum iaitu cuma RM3 sebulan. Projekperkhidmatan SMS Sekolah oleh MyPressto dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertamamelibatkan data-data daripada tiga aplikasi, iaitu Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM),Sistem Maklumat Murid (SMM), dan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Datadaripada tiga aplikasi tersebut akan membolehkan sistem menyalurkan maklumat melalui SMS kepada penjaga berkaitan kehadiran, disiplin, dan latihan pelajar, serta memo. Fasakedua pula melibatkan sistem SSDM, Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (SSMS), SistemMaklumat Integrasi Pelajar (ISIS), EMIS dan SMM. Dalam fasa itu, maklumat yang dihantarialah kehadiran, disiplin, latihan, memo, keputusan peperiksaan, dan takwim aktiviti.Sepanjang tempoh pelaksanaan fasa kedua, penambahbaikan antara muka juga telahdilakukan oleh MyPressto. Beberapa fungsi sistem telah bertambah menjadikan sistem itulebih mesra pengguna dan dimanfaat sepenuhnya oleh pelanggan. SMS Sekolah mampumemberikan jawatan dan mengisi keperluan tersebut dengan membolehkan merekamendapat maklumat terus daripada pihak Sekolah tentang status kehadiran anak-anak keSekolah, keputusan ujian, aktiviti kokurikulum dan makluman penting yang lain daripadapihak Sekolah.Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah pun melancarkan perkhidmatan mencaripekerjaan menggunakan SMS yang membolehkan orang ramai mengetahui maklumatmengenai jawatan kosong dalam tempoh yang singkat. Perkhidmatan yang dikendalikan olehBursa Buruh Elektronik(ELX),Jabatan Tenaga Kerja kementerian itu menyediakan pelbagaimaklumat jawatan kosong sama ada di sektor awam mahupun swasta. Pelancaranperkhidmatan berkenaan dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Seri Dr.Fong Chan Onn. Untuk menggunakan perkhidmatan itu, orang ramai hanya perlu menaip ELXMENU dan hantar kepada 32255 sebagai pendaftaran. Selepas itu, pengguna akan menerimasatu set data maklumat peribadi, jenis jawatan yang dicari, kelayakan yang ada, serta lokasiuntuk diisi, sebelum dihantar semula ke nombor berkenaan. Orang ramai akan dimaklumkanmenerusi SMS sekiranya ada kekosongan jawatan yang sesuai dengan maklumat permohonanyang telah dihantar sebelum ini. Berdasarkan maklumat dalam laman web ELX, setiap SMSakan dikenakan caj kepada syarikat telekomunikasi sebanyak RM0.15 sen dan caj premiumsebanyak RM0.30. Perkhidmatan itu merupakan antara usaha kerajaan untukmengoptimumkan penggunaan sumber tenaga manusia, di samping merupakan satumekanisme bagi mengatasi masalah pengangguran, dan mengurangkan pergantungannegara kepada pekerja asing. Bagi golongan pencari pekerjaan, mereka boleh melayari lamanweb ELX iaitu www.elx.gov.my atau laman web kementerian iaitu www.mohr.gov. my untukketerangan lanjut.Dalam dunia era globalisasi kini amat malang bagi kita sekiranya kemajuan teknologidisalahgunakan. Hal ini kerana jika kita perhatikan penyebaran maklumat melalui SMS amatmudah untuk dijadikan alat penyebar maklumat yang menyangkut pelbagai isu hangattermasuk isu agama, berbaur perkauman, perhimpunan haram, khabar angin atau beritapalsu, dan sebagainya yang semakin berleluasa dan membimbangkan. Penyebaran mesejyang menyentuh sensitiviti agama misalnya boleh mencetuskan perbalahan antara kaum danketegangan, serta kegelisahan rakyat di dalam negara. Isu agama ialah isu sensitif dan tidakboleh dipermainkan kerana mudah mendapat perhatian orang ramai untuk disebarkan kepadapenerima lain.Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit yang menyebarkan mesejtersebut melalui SMS kerana perbuatan mereka amat berbahaya. Sehubungan dengan halitu,Datuk Seri Najib mengarahkan pihak polis supaya menjalankan Siasatan untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menyebar mesej melalui SMS itu. Selain itu, Ketua PolisNegara (KPN), Tan Sri Musa Hassan turut memberi amaran dan mengenakan tindakanterhadap mereka yang cuba menggugat keselamatan dan ketenteraman negara menerusipenyebaran SMS palsu. Mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab menyebarkanSMS berunsur fitnah, khabar angin dan palsu boleh ditahan di bawah Seksyen 28 AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA). Oleh itu, penerima SMS juga perlu memastikan kesahihan sesuatu berita yang diterima agar tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah sekaligus turut memanjangkan berita yang diragr. kebenarannya.Sejak akhir-akhir ini, ada bang kes penipunan melalui penyebarai SMS yang tidak diundangdatang k telefon pengguna. Dalam kes yanf terdahulu, sebanyak 49 penduduk Kuala Terengganu mengalami kerugian kira-kira RM200,000 akibat tertipu dengan tawaran hadiahbernilai berpuluh-puluh ribu ringgit yang diterima melalui SMS Sepanjang tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersi Negeri, Supritendan Mohd. Adnan Abdullah berkata, jumlahkes berkenaan yang dilaporkan pads tahun lepas meningkat sebanyak 3 kes berbandingtahun sebelumnya, Kebanyakan mangsa yang ditipu melibatkan peraduan Akademi Fantasia 4(AF4) dan penipuan war menggunakan nama kerajaan Honf Kong.Pelbagai cara digunakan oleh penjenayah berkenaan yang mendakwa kononnya merekadaripada syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Maxis, serta tidak ketinggalansyarikat gergasi seperti Petronas. Sebanyak 16 kes dilaporkan oleh mangsa yang ditipumelalui SMS daripada AF4, Maxis (tujuh) dan CELCOM empat. Penipuan menggunakan namaPetronas pula sebanyak 21 kes manakala satu kes SMS berkaitan kerajaan Hong Kong. Modusoperandi penjenayah terbabit cukup mudah, iaitu dengan menghantar SMS mendakwapenerima memenangi hadiah yang bernilai ribuan ringgit. Suspek kemudian mengarahkanmangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam satu nombor akaun sebelum menunggupanggilan daripada Suspek bagi menuntut wang yang dimenangi.KesimpulanSecara tuntas, budaya SMS mahupun MMS kini merupakan cars berkomunikasi yang palingmudah, ringkas, dan efektif, serta lebih menjimatkan untuk berhubung antara satu sama yanglain. Sebagai pengguna kits perlu bijak menggunakan apa¬apa sahaja kecanggihan yang adadalam industri teknologi komunikasi dan maklumat berdasarkan kepentingannya dan bukanuntuk hiburan semata-mata bagi mengelakkan pembaziran. Walau bagaimanapunsyarikat¬syarikat telekomunikasi di negara ini diminta supaya membantu kerajaan memantaukegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan teknologi komunikasibagi tujuan membendung aktiviti tidak bermoral.LAILATUL SYAMIMI

No comments:

Post a Comment