Click here for Myspace Layouts

Monday 2 April 2012

ALAM SEKITAR


KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA                                                                                    Pengenalan   

Pada masa kini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yang berlandaskan teknologidan kecanggihan cara hidup. Tetapi harga yang perlu dibayar untuk mencapai semua itu adalah sangat tinggi. Pelbagai khazanah bumi terpaksa di korbankan untuk memenuhi kehendah dan nafsu manusia masa kini. Kealpaan manusia telah mengakibatkan angka flora dan fauna yang hamper pupus semakin meningkat angkanya. Kepupusan flora dan fauna telah berada pada zon berbahaya dan ia perlu diambil serius selagi kita mempunyai masa. Blog ini akan membincangkan tentang punca-punca kepupusan flora dan fauna, kesan-kesan kepupusan dan langkah-langkah yang dianggap sesuai untuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan contoh-contoh yang diselitkan melibatkan Negara kita sendiri iaitu Negara Malaysia

Definisi


Menurut kamus bahasa melayu edisi kedua (1996), flora membawa maksud `tumbuhan-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa’, manakala fauna pula bermaksud `seluruh binatang yang hidup di suatu tempat’. Kepupusan pula menurut kamus bahasa melayu bemaksud `habis lenyap’. Kepupusan flora dan fauna boleh di definisikan sebagai kebinasaan atau kelenyapan tumbuhan dan haiwan semulajadi dari muka bumi.


Punca-Punca Kepupusan Flora Dan Fauna 

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepda kepupusan flora dan fauna sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Diantara punca-puncanya adalah pembalakan haram yang merupakan salah satu punca utama kepupusan flora dan fauna. Pembalak-pembalak haram giat menjalankan pembalakan secara terbuka di kawasan yang tidak sepatutnya ditebang dan menyebabkan tumbuhan renek mengalami kepupusan.

Pembakaran hutan juga dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dilakukan secara terbuka. Hal ini akan menyebabkan habitat kehilangan tempat tinggal. Perkembangan arus permodenan menyebabkan banyak pembangunan berlaku di atas bumi. Untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi, banyak kawasan baru yang diterokai untuk membina penempatan baru, dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian

Selain itu, aktiviti menangkap ikan merupakan salah satu punca rezeki bagi nelayan-nelayan di persisiran pantai. Tangkapan menggunakan jala, pancing, bubu dan cara tradisional yang lain menjejaskan habitat dan bilangan hidupan akuatik di perairan dan menggugat segala hidupan di dasar laut seperti terumbu karang dan sebagainya.

Suhu dunia juga semakin meningkat dari hari ke hari yang menunjukkan bahawa lapisan ozon semakin menipis. Tidak semua flora dan fauna mampu bertahan dengan suhu yang panas membahang. Apabila hutan mengalami kepanasan yang melampau iaitu mengalami kepanasan global, haiwan-haiwan juga turut merasainya.


Kesan-Kesan Kepupusan Flora Dan Fauna 


1. Kitaran kehidupan akan terjejas 
  • Apabila haiwan-haiwan dan tumbuhan mengalami kepupusan yang serius, ia turut menjejaskan kitaran kehidupan. Contohnya, haiwan yang diburu boleh menyebabkan kepupusan. Apabila tiada lagi harimau untuk mengawal populasi rusa dan kijang. Haiwan-haiwan ini terus membiak dan mampu merosakkan kawasan rumput di sekitarnya.

2. Hakisan tanah dan tanah runtuh
  • Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal dan pembukaan tanah baru mendorong tanah runtuh berlaku. Akar-akar pokok secara tidak langsung mencengkam tanah daripada runtuh. Akar-akar ini akan memastikan tanah sentiasa berada dalam kedudukan semulajadi. Tetapi apabila hutan dan pokok-pokok digondol, tiada lagi akar-akar yang mencengkam tanah. Apabila tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak lagi mampu untuk menampung segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah atau tanah runtuh berlaku. Dahulu negara di gemparkan dengan tragedi tanah runtuh di Genting Highlands dan Highlands tower. Jika diperhatikan kawasan sekelilingnya tidak banyak pokok dan ini menyebabkan hakisan tanah sekaligus tanah runtuh pun berlaku.

3. Mencacatkan pemandangan alam 
  • Apabila flora dan fauna yang sebelum ini menyerikan alam semulajadi mengalami kepupusan, yang terbentang di depan mata hanyalah kawasan gersang dan gondol seperti gurun. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan serta hutan hujan tropika bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Sudah tentu keadaan ini mencacatkan pemandangan alam semulajadi

Langkah-Langkah Mengatasi

Terdapat pelbagai langkah-langkah yang patut di ambil bagi mengatasi masalah kepupusan flora dan fauna di Malaysia. Antaranya ialahmewujudkan sistem pengurusan hutan yang boleh menjamin dan melindungi flora dan fauna seperti menjalankan penanaman semula contohnya menanam semula pokok kayu balak yang telah ditebang bagi menggantikannya. Selain itu, dengan menghadkan kapasiti hutan untuk mengelakkan tumbuhan dan pokok-pokok ditebang.

Kerajaan juga perlu memainkan peranan utama dalam memperketatkan undang-undang tentang pembalakan dan pemburuan haram. Pihak berkuasa perlu sentiasa peka dengan setiap pergerakan yang dilakukan oleh pembalak dan pemburu haram kerana kewujudan mereka bakal menghancurkan flora dan fauna. Dengan mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan sebagai Taman Negara, taman rekreasi, taman laut dan sebagainya dengan keluasan mencukupi, habitat flora dan fauna boleh terpelihara.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan sesuatu perkara. Dalam hal membangunkan Negara menerusi perindustrian, alam semulajadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya tidak ada lagi yang tinggal untuk generasi yang akan datang. Dunia ini adalah pinjaman manusia tidak berhak untuk merampas atau meragut kekayaan dunia dengan sewenang-wenangnya segala pekara yang ingin dilakukan perlu melalui pelbagai fasa untuk mengelakkan sebarang ancaman terhadap alam semulajadi. Kepupusan flora dan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat kita semua jika tiada sikap ambil peduli dengan anugerah Tuhan ini.



Posted by : Nurul Hidayah Binti Md Ami (207396)



0FARAH ILYANA BT RAHIM                                     01B2

 

No comments:

Post a Comment