Click here for Myspace Layouts

Sunday 1 April 2012

SELAMAT HARI IBU


Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu

Selamat hari ibu. Kasih mu tiada galang gantinya

Tiada wang atau ungkapan yang dapat mengantikan kasih ibu yang tidak pernah berbelah bahagi menyayangi anak-anaknya. Kadang kala kita terlupa yang kita ini pernah menguris hati ibu samada secara zahir atau perlakuan kita. Tahu tak kita tidak boleh mengucapkan walaupun perkataan ‘Ah’ sekali pun telah dianggap menderhaka. Takut mendengar menderhaka kepada ibu tidak akan dapat cium syurga.
Apabila sudah berumah tangga mempunyai isteri dan anak, dapat memahami berapa susah tugas yang dipikul oleh seorang isteri dan juga ibu yang melayan karenah anak-anakAnak-anak pula semuanya lelaki lagi huru-hara bak tongkang pecah. Si ibu bijak menjadi orang tengah jika ada pergaduhan antara adik beradik dan merotan jika perlu, bukanlah tujuan mendera tetapi untuk mendidik dan mendisiplin anak itu.
Benar ungkapan mengenai ibu, ‘si ibu boleh menjaga anak 10 orang tetapi belum tentu 10 anak boleh menjaga seorang ibu’. Sementara ibu kita masa ada di muka bumi ini dampinglah mereka dan ambil berat tentang mereka. Wang ringgit bukanlah yang diharapkan oleh seorang ibu tetapi adalah tumpahnya kasih sayang seorang anak. Ibu tidak akan senang duduk jika mengetahui si anak akan pulang. Masa ini adalah masih paling si ibu akan bersusah payah menyediakan menu kegemaran si anak dan merasa puas si anak dapat menikmati hasil tangan sendiri. Selalulah berdoa untuk orang tua setiap kali lepas solat 5 waktu. Hanya doa anak yang soleh bekalan untuk orang tua jika tiada lagi di dunia ini.
Famili AkuBiomed
Aku dapat merasakan isteriku adalah paling sedih sempena sambutan hari Ibu esok (8 Mei 2011) kerana ibunya telah di jemput ilahi tahun lepas. Semasa ibu mertua aku ada boleh dikatakan setiap hari isteriku menelefon ibunya untuk bertanya khabar. Isteriku pernah berpesan kepada aku selalulah ambil berat kepada ibu sendiri jika sudah tiada nanti tidak berguna sesal dikemudian hari. Jari aku tidak dapat meneruskan untuk menaip lagi kerana kelopak mata sudah mula mempunyai tanda-tanda terbitnya air mata. Cukup setakat ini dahulu. Selamat hari ibu. Halal makan minum dan ampuni segala dosa si anak ini.
Mekar komentator yang ke 8,888
Tanniah kepada Mekar kerana beliau adalah komentator yang ke 8,888 untuk blog AkuBiomed.
p/s: Selamat hari ibu kepada blogger wanita yang berkunjung ke blog ini.


Read more: http://akubiomed.com/2011/kasih-sayang-dan-pengorbanan-seorang-ibu/#ixzz1qlyiGppG
post by :siti nur ain binti shoffi

No comments:

Post a Comment