Dulu
orang sering berbicara
tentang seni
tentang puisi
kerana pada baris seni ada puisi
ada keindahan
ada pengajaran.
Kini
anak-anak muda
hanyut dalam fantasi
tiada siapa lagi menghiraukan
kemerduan syair
tiada siapa lagi mengendahkan
keindahan bait pantun
kemerduan seloka dan puisi.
Karya sastera
yang ingin kita warisi itu
entah kemana tenggelamnya
lenyap dalam almari warisan
ditelan arus zaman.
Nur Farisha Alini
No comments:
Post a Comment