Melahir Guru Cemerlang
Saban
tahun sempena Hari Guru, pasti akan diadakan majlis menyampaikan
anugerah kepada guru-guru yang diangkat sebagai cemerlang, pastinya,
pengiktirafan itu dibuat berdasarkan penilaian kepada pencapaian di
dalam kelas dan luar kelas.
Hakikat ini menunjukkan betapa
profesion perguruan yang berdepan dengan pelbagai cabaran dan
perubahan, amat penting apatah lagi apabila menghubungkaitkannya dengan
usaha dan tugas membentuk dan melahir generasi yang diasuh dan terdidik.
Namun
tantangan dan keperluan semasa memerlukan guru dan profesion ini
sentiasa berubah sesuai dengan keperluan dan tuntutan zaman. Tuntutan
ibu bapa terhadap pencapaian dan pendidikan anak mereka misalnya, tidak
sama seperti guru ketika zaman penjajah atau semasa awal kemerdekaan.
Ketika itu, guru digeruni dan dihormati dengan kuasanya terhadap murid
dan pelajar boleh dianggap tinggi termasuk merotan.
Tentunya,
keadaan itu tidak sama dengan hari ini, apabila kelebihan dan
keistimewaan guru itu sudah tidak relevan dengan masa, maka cabaran dan
beban tugas guru juga berubah, lantas untuk memenuhi cabaran dan beban
itu, guru dan profesion pendidik juga seharusnya melalui fasa perubahan
mengikut keperluan semasa.
Pastinya juga, pihak kerajaan,
jabatan, ibu bapa, murid dan pelajar juga masyarakat sentiasa mengharap,
para pendidik dapat menyumbang sesuatu demi kecemerlangan generasi yang
dilahirkan oleh sistem pendidikan dan kerjaya guru ini. Dalam keadaan
seperti ini, pastinya, cabaran dan beban yang menjadi tekanan juga amat
besar untuk dipikul, tetapi apakah guru mampu melakukannya.
Maka,
mungkinkah suatu hari nanti tidak ada stigma kerjaya perguruan ini
menjadi pilihan terakhir selepas tidak ada "kerjaya lain" yang diberjaya
dicapai, lalu mereka memilih untuk menjadi guru. Atau, dengan hambatan
pelabagi kerenah dan masalah di sekolah, guru kita sekadar menjadi orang
makan gaji, yakni bekerja untuk mendapat wang gaji, tanpa roh dan
jiwanya.
Apa-apa kerjaya yang dilakukan tanpa roh dan jiwa
tidak akan menjadi suatu yang melahirkan kecemerlangan, sama ada pada
guru, dan pastinya murid dan pelajar. Hakikatnya, kerjaya guru memang
memerlukan kecemerlangan bukan sekadar di kalangan seorang dua guru
sehingga melahirkan seorang tokoh, tetapi demi kejayaan seluruh
generasi, maka seluruh warga pendidik perlu menjadi guru cemerlang.
Selamat Hari Guru!
No comments:
Post a Comment