Click here for Myspace Layouts

Sunday 1 April 2012

Apa Reaksi Kita Melihat Kejayaan Kawan?


“Di antara doa yang paling makbul adalah doa seorang kawan kepada kawannya sedangkan kawannya yang didoakan itu tidak mengetahui. Berdoalah untuk kejayaan seorang sahabat.”

LebaiMacho_18: Padil, dulu kan… Aku memang boring tengok kau. PadilDotCom: Kau dah kenapa? LebaiMacho_18: Sebab hidup kau sentiasa berjaya. PadilDotCom: Ehh takde jugak. Masa aku susah kau tak perasan. Masa usaha tu memang teruk… Tapi kenapa kau nak boring lak? LebaiMacho_18: Kau usaha dan aku pun usaha jugak. Tapi kenapa kejayaan kau lebih banyak dan lebih jauh daripada aku? LebaiMacho_18: Tapi tu dulu la. Sekarang dah takde la. Aku dah fikir rasional. Sincan: Kau fikir macam mana Lebai? Sincan: Aku sendiri pun kadang-kadang ada rasa macam tu jugak. Bila kita tengok kawan kita sendiri berjaya, timbul macam-macam rasa. LebaiMacho_18: Ohh rupanya kau pun berhati busuk juga ek? Sincan: Banyak la kau. Abis tu kau tak busuk ke? LebaiMacho_18: Sekarang ni aku pk ada banyak persepsi yang kita kena serapkan dalam diri bila tengok kawan kita berjaya. LebaiMacho_18: Ni pendapat aku secara umum la. Berkaitan tentang diri kita terhadap nikmat. Kita selalu cemburu dengan nikmat orang lain sedangkan pada diri kita sendiri pun ada banyak juga nikmat-nikmat yang diperolehi. LebaiMacho_18: So kalau kita asyik sibuk memandang kejayaan orang tanpa menyedari yang diri kita juga ada kejayaan, mesti la selalu rasa iri hati. Sincan: Betul tu. Tapi aku ada persepsi aku sendiri…. PadilDotCom: Persepsi kau macam mana pulak Sincan? Apa yang sering berlaku di kalangan sahabat atau teman adalah perasaan iri hati atau cemburu dengan kejayaan seseorang. Memang tidak dapat dinafikan perasaan cemburu itu pasti ada dalam hati setiap orang kerana ia adalah lumrah atau naluri semula jadi seorang manusia yang sentiasa menginginkan yang terbaik buat dirinya. Hanya mereka yang tidak ada nilai-nilai murni atau tidak normal sahaja yang tidak memiliki rasa iri hati atau cemburu melihat kejayaan seseorang. Sebenarnya rasa iri hati ini berpunca daripada nafsu manusia yang sifatnya berkehendak, berkemahuan atau berkeinginan. Keinginan dan kemahuan kadangkala muncul dari dalam diri atau pemikiran sendiri. Tetapi ia lebih kuat datangnya daripada apa yang terhasil daripada orang lain. Apatah lagi ia berlaku berhampiran dengan diri kita sendiri. Bak kata orang, selalunya manusia lebih menginginkan apa yang ada di tangan orang lain. Lebih tertarik dengan apa yang orang lain miliki. Selagi belum dapat, selagi itulah dia menginginkan dan lebih buruk lagi sekiranya dia bakarkan keinginannya dengan iri hati. Sedangkan apabila benda yang diinginkan itu sudah menjadi miliknya pasti ia tidak lagi menarik perhatiannya. Contohnya Si penjual ayam goreng kecur melihat sate. Sedangkan si penjual sate pula kecur melihat ayam goreng. Padahal apabila ditukarkan perniagaan mereka, ternyata akan hilang kecur disebabkan mereka sudah memiliknya. Oleh kerana sifat dan sikap semula jadi manusia yang tidak lari daripada perasaan iri hati dan cemburu, kita bahagikan sifat cemburu itu terpecah kepada dua. Iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif. Pastinya apa yang lebih kita takutkan adalah cemburu yang negatif. Apatah lagi sekiranya ia berlaku pada sesama sahabat. Kadangkala cemburu itu tidak membawa ke mana-mana dan mungkin juga mampu menjadi semakin hangat dan rancak sehingga mengakibatkan hasad dengki serta permusuhan. Justeru di dalam hal ini terdapat 3 keadaan yang seakan-akan sama tetapi berbeza. Pertama adalah hasad dengki iaitu keinginan terhadap sesuatu yang orang lain miliki. Apa yang jahatnya adalah, orang yang dengki mahu menghilangkan nikmat yang diperoleh oleh orang lain. Pada mulanya dia menginginkan apa yang diperoleh orang. Tetapi tabiat pendengki ini lebih buruk sehingga anggapannya biarlah diri sendiri tidak merasai nikmat yang orang lain rasai. Yang pentingnya adalah apa yang diperoleh orang itu dihilangkan daripada pemiliknya. Kategori ini jelas haram hukumnya. Yang kedua pula adalah cemburu atau hanya ber-kehendak. Kategori ini setakat wujud dalam perasaan sahaja. Paling lebih pun ia akan diterjemahkan kepada kata-kata. Orang sebegini hanya menginginkan apa yang orang lain ingini tanpa berniat hendak menghilangkan kenikmatan orang lain. Kecuali apabila cemburunya sampai ke peringkat dengki. Cemburu ini digalakkan kerana dengan perasaan ini manusia akan berusaha untuk mendapat apa yang diperoleh oleh orang lain. Semakin dia berusaha sendiri semakinlah tindakan itu terpuji. Ketiga pula adalah berlumba-lumba dan bersaing. Sikap sebegini juga terpuji kerana Quran sendiri menegaskan umat Islam untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan. Justeru perlumbaan di sini perlulah yang positif kerana ia mendorong dan memesatkan kemajuan yang mem-berangsangkan. Ini kerana Islam itu adalah agama yang membina kejayaan bukan menghancurkan. Sifat dengki dan suka menghancurkan itu hanya akan merosakkan pembangunan sesebuah masyarakat. Tidak dapat dinafikan masih ada orang yang sanggup merasakan iri hati kepada sahabatnya. Kejayaan seorang itu ternyata mampu menimbulkan rasa cemburu terutama sekali di kalangan orang-orang sekelilingnya iaitu para sahabatnya sendiri. Kita pasti pernah merasai perasaan sebegitu. Mungkin kita berasa lebih panas dan tidak selesa apabila melihat sahabat karib kita memperoleh kejayaan. Mungkin memperoleh markah ujian yang begitu cemerlang berbanding kita. Atau memperoleh peluang pekerjaan dan pangkat yang lebih menjanjikan masa depan cerahnya. Atau mungkin juga dia dilimpahi dengan rezeki melimpah ruah dan sebagainya. Apa yang menyedihkan serta merisaukan adalah perasaan cemburu dan iri hati itu mampu mendinginkan hubungan persahabatan. Malah apabila ia semakin dihangatkan juga mampu mencetuskan pelbagai tindakan yang tidak dijangka dan diinginkan. Sesungguhnya perasaan dan senario saling mencemburui adalah lumrah kebiasaan yang sedia ada di dalam diri setiap orang. Selalunya terjadi kerana sikap manusia yang suka membandingbandingkan diri dengan orang lain. Di dalam diri setiap orang sering tercetus ungkapan, “Mengapa nasib aku sebegini?” dan “Mengapa dia boleh memperoleh sebegitu?” dan berbagai-bagai persoalan lain yang akhirnya mula mencetuskan tunas-tunas iri hati kepada sahabatnya. Tentu saja perasaan ini mesti dihilangkan atau dikawal di dalam minda kita. Ini supaya pengaruhnya jangan sampai menguasai pertimbangan rasional sehingga kita mampu melupakan siapakah diri kita dan status kedudukan sahabat di dalam kehidupan jiwa kita. Rasa tidak puas hati dengan kejayaan orang lain itu hanya akan menimbulkan rasa cemburu berlebihan yang akan menyakiti jiwa kita sendiri. Seterusnya hanya membuahkan kegagalan kerana asyik memikirkan bagaimana untuk menjatuhkan kejayaan seseorang itu sedangkan kejayaan diri sendiri tanpa disedari sedang diabaikan.

No comments:

Post a Comment