Click here for Myspace Layouts

Tuesday, 3 April 2012

Pantun Nasihat (Kemasyarakatan)

Hendak membeli buah delima, Dijual orang ditepi jalan, Berbilang kaum hidup bersama, Bersatu padu jadikan amalan. Kalau mengambil buah berangan, Elok disimpan didalam guni, Amalan berbudi jadikan pegangan, Tentu kita hidup harmoni. Manis sungguh buah kuini, Apa kurangnya buah belimbing, Bantu membantu amalan murni, Bagai aur dengan tebing. Kalau memetik buah keranji, Berilah sedikit kepada teman, Sikap toleransi amat terpuji, Masyarakat berani negara aman. Nur Farisha Alini

No comments:

Post a Comment