Click here for Myspace Layouts

Thursday 19 April 2012

perindu cinta allah

Perindu Cinta Allah: Doa Dan Syair Rabiah al Adawiyah 30 JUN Perindu Cinta Allah: Doa Dan Syair Rabiah al Adawiyah[1]: Tuhanku Bintang-bintang bersinar bergemerlapan Manusia sudah tidur nenyak Dan raja-raja telah menutup pintunya Tiap orang bercinta Sedanag ashik masyuk dengan kesayangannya Dan di sinilah aku bersendirian bersama Engkau. Ya Rabbi Bila aku menyembahMu kerana takutkan neraka Bakarlah diriku di dalamnya Bila aku menyembahmu kerana harapkan syurga Jauhkanlah aku dari sana Namun jika aku menyembahMu hanya demi Engkau Maka janganlah Kau tutup Keindahan AbadiMu. Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun [1] Beliau seorang Sufi lahir pada 713 Masihi dan wafat di Busra pada 801 Masihi. Juga dikenal sebagai Rabiah Basri. Beliau hidup sezaman dengan Hasan al Basri, Malik bin Dinar dan Sufian as Sauri. Hidupnya yang zuhud penuh dengan pengabdian kepada Allah, kerana itu beliau dijuluki Perindu Cinta Allah. Antara rujukan: 100 Muslim Terkemuka oleh Jamil Ahmad, post by:nur diyana

No comments:

Post a Comment