Click here for Myspace Layouts

Tuesday 3 April 2012

Rencamnya Budaya Kita

Setiap kali aku terpandang foto di atas mejaku,hatiku berbunga rindu.Foto kami empat sekawan yang diambil semasa berkelah di Ulu Yam menjadi pemahat memori manis persahabatan kami. Pada cuti semester lepas,aku dan tiga orang kawanku,Govin,Kim Seng,dan Jaih telah pergi berkelah di kawasan air terjun di Ulu Yam. Sebaik-baik sahaja turun dari bas,kami terus meletakkan bekalan yang dibawa.Setelah menukar pakaian,kami terus terjun ke dalam air.Kami begitu asyik mandi dan berenang bersama-sama. Walaupun airnya sejuk hingga ke tulang sumsum,namun kami tidak mempedulikannya. Tiba-tiba,Govin tidak dapat mengawal dirinya lalu terjatuh.Dia diserang kekejangan otot.Mujurlah kami bertiga bertindak dengancepat untuk menyelamatkan Govin.Sejak kejadian itu,kami berempat menjadi semakin akrab. Kini,kami jarang-jarang dapat berjumpa kerana masing-masing telah melanjutkan pelajaran.Namun,setiap kali ada kesempatan,kami akan berkhemah di tempat yang menjadi titik permulaan keakraban persahabatan kami. Nur Farisha Alini

No comments:

Post a Comment