Click here for Myspace Layouts

Sunday 22 April 2012

PANTUN EMPAT KERAT-JENAKA DAN SINDIRAN

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN) Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa , Mendengar tupai membaca kitab. Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut. Kupu-kupu terbang melintang, Kayu tumbang tepi pengkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan. Maksud R1- Isteri yang cantik dianggap tidak berguna sekiranya tidak pandai memasak. R2- sindiran terhadap orang yang tidak berilmu tetapi menunjuk-nunjukkan kemahirannya. Sikap ini membuatkan dirinya ditertawakan oleh orang lain. R3- sindiran terhadap orang yang telah kehilangan kuasa, mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi terhadap rakyat biasa. R4- sesuatu perkara yang menimbulkan kehairanan apabila orang atasan berjaya dijatuhkan oleh orang bawahan. Tema Pantun ini bertemakan sindiran untuk memberikan pengajaran kepada kita. Kata kunci v Bertanggungjawab v Merendah diri v Keyakinan diri Persoalan v Persoalan tentang tanggungjawab seorang wanita. Wanita seharusnya tahu membuat kerja rumah, bukanlah hanya menjaga penampilan diri sahaja. v Persoalan tentang sikap merendah diri. Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada merekaya yang lebih arif. v Persoalan tentang keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan diri yang tinggi akan menghapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita. Nilai v Nilai bertanggungjawab. Wanita seharusnya tahu membuat kerja rumah, bukanlah hanya menjaga penampilan diri sahaja. v Nilai merendah diri. Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada merekaya yang lebih arif. v Nilai keyakinan. Keyakinan diri yang tinggi akan menghapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita. Pengajaran v Kaum wanita bertanggungjawab untuk belajar melakukan kerja rumah. Urusan-urusan di dapur haruslah dipelajari oleh kaum wanita bukanlah hanya menjaga penampilan diri sahaja. v Kita haruslah bersikap merendah diri. Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada merekaya yang lebih arif. v Kita haruslah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan diri yang tinggi akan menghapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita. sumber: Posted by cikgu NORUL at 7:05 AM\http://norulkw7783.blogspot.com/2011/11/pantun-empat-kerat-jenaka-dan-sindiran.html disediakan oleh:nur hidayah

No comments:

Post a Comment