Click here for Myspace Layouts

Thursday 19 April 2012

koleksi pantun nasihat

Koleksi Pantun Nasihat « on: 23 September, 2007, 08:21:23 AM » ~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~ Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu mati Walaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawah Ilmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuah Tumbuh melata si pokok tebu Pergi pasar membeli daging Banyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kena Jagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu Lagu bernama serampang laut Ditiup angin dari Selatan Layar dikembang kemudi dipaut Kalau tak laju binasa badan Padi segemal kepuk di hulu Sirih di hilir merekap junjungan Kepalang duduk menuntut ilmu Pasir sebutir jadikan intan. Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sana Kalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuci Jangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semua Jika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barang Jikalau anak-anak bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diri Jangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri Selasih tumbuh di tepi telaga Selasih dimakan si anak kuda Kasih ibu membaa ke syurga Kasih saudara masa berada Masuk hutan pakai sepatu Takut kena gigitan pacat Kalau kita selalu bersatu Apa kerja mudah dibuat Bandar baru Seberang Perai Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan tulang berkecai Budi yang baik dikenang juga Encik Dollah pergi ka Jambi Pergi pagi kembali petang Kalau Tuhan hendak membagi Pintu berkancing rezeki datang Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambak Pekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah Terang bulan di malam sepi Cahya memancar kepangkal kelapa Hidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa Kapal kecil jangan dibelok Kalau dibelok patah tiangnya Budak kecil jangan di peluk Kalau dipeluk patah tulangnya Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain Tengahari pergi mengail Dapat seekor ikan tenggiri Jangan amalkan sikap bakhil Akan merosak diri sendiri Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala Acheh Rosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa Anak Siti anak yang manja Suka berjalan di atas titi Orang yang malas hendak bekerja Pasti menyesal satu hari nanti Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru Hari malam gelap-gelita Pasang lilin jalan ke taman Sopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman Pergi berburu sampai ke sempadan Dapat Kancil badan berjalur Biar carik baju di badan Asalkan hati bersih dan jujur Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga Ramai orang membeli jamu Di bawah pokok cuaca redup Bersungguh-sungguh mencari ilmu Ilmu dicari penyuluh hidup Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarang Orang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orang Biar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang Ke hulu membuat pagar Jangan terpotong batang durian Cari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian Mari kita tanam halia Ambil sedikit buat juadah Usia muda jangan disia Nanti tua sesal tak sudah Padi muda jangan dilurut Kalau dilurut pecah batang Hati muda jangan diturut Kalau diturut salah datang Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekali Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali Dayung perahu tuju haluan Membawa rokok bersama rempah Kalau ilmu tidak diamalkan Ibarat pokok tidak berbuah Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya jangan Kalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah Pantai Mersing kuala Johor Pantainya bersih sangat mashyur Pohonkan doa kita bersyukur Negara kita aman dan makmur Orang tua patut disegani Boleh mendapat ajarnasihat Ular yang bisa tidak begini Bisa lagi lidah yang jahat Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorong Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung Patah gading serpih tanduk Mari diletak di atas papan Jika tahu ganja itu mabuk Buat apakah ia dimakan Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburu Kalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelahdua Orang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pula Rusa betina berbelang kaki Mati terkena jerat sembat Orang yang muda kita sanjungi Orang yang tua kita hormat Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Suruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu Adik ke kedai membeli halia Emak memesan membeli laksa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa --8) :-\ Logged alhaudhie Posts: 1688 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #1 on: 10 May, 2009, 06:18:29 PM » Ni memang koleksi... banyak... terima kasih kepada yang hantar. Adapon ana ni tak pandai berpantun. Pantun dua kerat aja.. Siang malam ziarah halaqah, Mencari jalan mengenal Allaah. Logged ISLAM untuk semua Bakper: Ustaz cakak ganung pekat. Jawak: Pasal ghama dok pahang biler cakap standark. Ummi Munaliza Posts: 12743 Anniversary Ke 27 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #2 on: 10 May, 2009, 09:24:59 PM » Pergi ke kedai naik beca, Beca dinaik bersama tamu, Rajin-rajin adik membaca, Membaca baik menambah ilmu. Pagi – pagi mendengar cerita, cerita dari cikgu Rohaya, hidup kita punya cita-cita, untuk berjasa dan berjaya. Logged Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet. Penal Utama Baitul Muslim Ummi Munaliza Posts: 12743 Anniversary Ke 27 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #3 on: 10 May, 2009, 09:26:05 PM » jalan – jalan mencari makan asam pedas jadi pilihan budi yang baik jadi ikutan di sayang guru juga rakan sarapan pagi minum susu di hidang bersama roti dan kaya membuat keputusan jangan terburu supaya hidup selamat sejahtera. adik berbisik mahu berahsia ibu mendengar tanpa jemu kalau mahu hidup bahagia penuhkan ilmu di dadamu Logged Ummi Munaliza Posts: 12743 Anniversary Ke 27 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #4 on: 10 May, 2009, 09:30:06 PM » mengapa kita malu bertanya, jika mahu mencari ilmu, jangan takut untuk bertanya, bersama kita berkongsi ilmu. Burung Kenyalang terbang melayang, terbang melayang di tepi perigi, hidup saling sayang menyayang, semoga hidup diberkati Jalan-jalan pergi ke pasara, pergi ke pasar memberli jamu, dari kecil hingga ke besar, menimba ilmu ilmu tanpa jemu. Logged Ummi Munaliza Posts: 12743 Anniversary Ke 27 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #5 on: 10 May, 2009, 09:33:12 PM » Pantun kanak-kanak Anak rusa nani Baru kembang ekor Apa dosa kami Lalu tidak tegur Buai laju-laju Sampai puncak sana Apa dalam baju? Sekuntum bunga Cina Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Pandai baca kitab Ayam kedek-kedek Beri makan padi Abang sayang adik Mesti ajar mengaji Burung kenek-kenek Hinggap bawah batang Apa pesan nenek Cepat-cepat pulang Pok amai-amai Belalang kupu-kupu Bertepuk adik pandai Malam nanti upah susu Susu lemak manis Santan kelapa muda Adik jangan menangis Emak banyak kerja Air pasang pagi Surut pukul lima Bangun pagi-pagi Siram pokok bunga Pokok bunga melur Tanam tepi batas Itik dah bertelur Ayam dah menetas Lompat si katak lompat Lompat dalam perigi Cepat adik cepat Pergi mandi cuci gigi Lompat si katak lompat Lompat di tepi pagar Sekolah lekas dapat Dan mesti rajin belajar Lompat si katak lompat Lompat di air tenang Pergi sekolah cermat Emak bapa hati senang Lompat si katak lompat Lompat di rumput muda Belajar kuat-kuat Buat ilmu hari tua Anak lembu merah Tambat di pokok asam Adik kena marah Tarik muka masam Burung Kakak Tua Hinggap di jendela Nenek sudah tua Giginya tingal dua Burung Kakak Tua Ada anak empat Nenek sudah tua Jalan pakai tongkat Burung Kakak Tua Bersarang celah batu Badan sudah tua Gigi jarang sana satu Durian atas titi Pisang dalam dulang Sukanya rasa hati Abang sudah pulang Anak kumbang jati Suka korek tiang Senang rasa hati Emak sudah pulang Geylang si paku Geylang Geylang si rama-rama Pulang marilah pulang Marilah pulang bersama-sama Ayun anak ayun Ayun hujung serambi Bangun adik bangun Jangan tidur tinggi hari Oh bulan mana bintang? Atas puncak kayu ara Oh tuan mana hilang? Dalam dapur atas para Buai maaf zahir batin-maaf zahir batin maaf zahir batin naik ke rimba Panjang janggut datuk Buat tali timba Logged nuer eman Posts: 31 ISLAM 4 ALL Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #6 on: 11 August, 2009, 09:42:07 PM » pantun Agama Daun tetap di atas dulang, anak udang mati dituba, dalam kitab ada terlarang, perbuatan haram jgn dicuba. Anak ayak turun sembilan, mati seeokr tinggal lapan, Duduk berdoa kepada Tuhan, Minta jalan kebenaran. Logged Daeng Jati Posts: 615 Daeng Jati Merah Silu Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #7 on: 11 August, 2009, 10:15:25 PM » Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah Dalam semak ada kebun Dalam kebun ada bunga Dalam gelak ada pantun Dalam pantun ada bicara Logged 'Berjinjang Naik, Bertangga Turun' - http://signifikankkal.blogspot.com Ummi Munaliza Posts: 12743 Anniversary Ke 27 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #8 on: 11 August, 2009, 10:18:53 PM » Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburu Kalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelah dua Orang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pula Rusa betina berbelang kaki Mati terkena jerat sembat Orang yang muda kita sanjungi Orang yang tua kita hormat Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Suruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu Anna Abadi membeli halia FR memesan membeli laksa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa Logged Sehati Sejiwa Posts: 187 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #9 on: 11 August, 2009, 10:35:12 PM » Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah Orang tua patut disegani Boleh mendapat ajar nasihat Ular yang bisa tidak begini Bisa lagi lidah yang jahat Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorong Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung Logged Tak mahu kenal sapa-sapa intizhar Posts: 615 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #10 on: 11 August, 2009, 10:50:40 PM » Terungkap peribadi melalui sirah Junjungan kita ya RasuALLAH Lima waktu wajib bersolah Hidupkan jiwa ingatkan Allah Logged Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya.. nu sha Posts: 2 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #11 on: 19 August, 2009, 07:50:02 PM » PANTUN SUKA-SUKA Anak kambing anak rusa, Hidup di hutan bersama-sama, Kalau berbudi kita berbahasa, Budi yang baik dikenang jua. Bunga melati harum baunya, Berkembang mekar cantik rupanya, Jangan mengata tak tentu hala, Kerana di hati tidak diduga. Dalam bakul ada permata, Pertama indah pelbagai warna, Belajar dahulu sebelum bermula, Supaya hidup dijamin berjaya. Logged redzone Posts: 3 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #12 on: 08 December, 2009, 08:10:25 PM » ada ubi ada batas esok esok boleh dibalas . Logged maharcinta5740 Posts: 557 Aku Hamba Allah... Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #13 on: 08 December, 2009, 08:40:36 PM » sy pun nak cuba pantunjugak la dekat sini :- hari-hari makan cili, ada jodoh jumpa lagi. :-) Logged "aku mencintaimu kerna agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.." (Imam Nawawi) Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang menghijau.. maharcinta5740 Posts: 557 Aku Hamba Allah... Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #14 on: 08 December, 2009, 08:50:05 PM » PANTUN MENUNAIKAN SOLAT :- anak ayam makan ulat, jangan sesekali tinggalkan solat. :-) Logged mualli Posts: 467 PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh... Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #15 on: 08 December, 2009, 10:28:55 PM » solat subuh 2 rakaat, zohor pula 4 rakaat, Eloklah di tunaikan secara berjemaah, Jadilah kita hamba yang Taat, Buatlah yg disuruh dan tinggalah yg dilarang oleh Allah. Logged Berjihad Fisabilillah... Paksalah diri untuk melakukan ibadat... gabuss Berilmu...Beramal...kerana ALLAH! PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh... http://jomperahotakk.blogspot.com/ http://imageshack.us/ nurqaseh Posts: 287 http://nurqaseh2010.blogspot.com Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #16 on: 09 December, 2009, 03:43:55 PM » pantun ni khas wat warga Halaqah Pak Mat meniti titi sambil memasang api pelita Halaqah memang dekat di hati pengikat ukhuwah sesama kita Buah delima di buat ubat di beli dari daerah Chaah ayuh semua wahai sahabat berganding bahu mantapkan Halaqah Logged maharcinta5740 Posts: 557 Aku Hamba Allah... Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #17 on: 09 December, 2009, 04:41:44 PM » INI PANTUK TENTANG PRODUK HALAL siang malam tangkap rama-rama, produk halal tanggungjawab bersama. -SEKIAN- jumpa lagi episod akan datang ;-) Logged alia mahri Posts: 1 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #18 on: 14 February, 2011, 10:36:21 PM » sentiasa taat kepada allah [subhanallah] Logged yukumaru Posts: 2 Re: Koleksi Pantun Nasihat « Jawab #19 on: 07 March, 2012, 05:18:07 PM » Pergi memburu ke hutan lama Dapat rusa di wak tu pagi Kalau ilma ku dapat sama Usaha guru ku sanjung tinggi ...... Logged PRINT Pages: [1] 2 Ke Atas « previous next » .::*~Halaqah~*::. Forum Komuniti Muslim & Muslimah » Forum » Halaqah Raudhah » Santai HQ » Sajak & Puisi (Moderator: nur_87) » Koleksi Pantun Na post by:nur diyana

No comments:

Post a Comment