Click here for Myspace Layouts

Sunday 1 April 2012

Kasihku yang satu

Posted:7 September 2011 - 2 comment(s) [ Comment ] - 0 trackback(s) [ Trackback ]
Category: Novel

BAB 1
Aku terima nikahnya Kaseh Nur Dannia Danisha binti Razif Syukor dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai.” Terdengarkan lafaz nikah yang lahir dari mulut pemuda itu, serentak air mata menitis si pipi mulus  milik Dannia. Bagi tetamu yang melihatnya pasti mengatakan air mata itu menandakan kegembiraan, namun bagi Dannia, ia merupakan kesedihan yang melanda buat dirinya. Siapa mahukan pernikahan yang di atur oleh pihak keluarga. Hancur semua angan angannya yang menginginkan pernikahan yang gilang gemilang bersama lelaki yang dicintainya. Semuanya tinggal harapan. Kini gelarannya bukan lagi bujang yang bebas ke mana mana, tapi seorang isteri yang hanya mampu patuh pada perintah suami. Kini dirinya terpaksa memperhambakan diri buat seorang lelaki bergelar suami. Pemuda itu tidak pernah dikenali, entah dari mana ibu dan ayahnya mengenali pemuda itu.  Sebelum ini, ibu dan ayah tidak pernah menceritakan tentang latar belakang pemuda itu.
            “Nia sayang, ibu gembira sangat hari ini. Terima kasih sayang” sebuah kucupan dihadiahi di pipi milik Dannia. Ibunya memeluk erat anak gadisnya yang tunggal. Dannia hanya tersenyum hambar sekadar membalas. Hatinya merintih pilu tidak merelakan perkahwinan ini. Jika tidak mengenangkan kasih dan sayang kepada  ayah dan ibu, telah lama Dannia melarikan diri. Memikirkan maruah keluarga, Dannia nekad dengan keputusannya untuk mengahwini dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Kini hidupnya bergantung pada lelaki itu. Sewaktu upacara pembatalan air sembahyang, pemuda tersebut kelihatan tidak tersenyum sedikit pun pada Dannia. ‘gementar barangkali’ pemuda itu menghulurkan tangan dan pantas menarik tangan sebelum sempat Dannia mencium rapat tangan itu. Terasa darah merah menyerbu ke muka. Malu dengan perlakuan pemuda yang telah menjadi suami bukan pilihan yang kurang sopan itu. Kemudian dahinya hanya dikucup secepat kilat. Muka pemuda terbabit masam mencuka. Langsung tidak menjaga maruahnya  yang telah bergelar isteri. Gadis disebelah pemuda itu tersenyum gembira, girang hatinya melihat sang abang telah menjadi suami orang. Girang kerana mempunyai kakak yang akan berkongsi suka dan duka hidupnya dan akan berkongsi masalah serta tempat mengadu.
            Dannia hanya mengeluh perlahan. Mukanya yang cantik dan anggun dikenakan solekan nipis itu bertambah menawan. Namun wajahnya yang suram tidak langsung mencacatkan wajahnya yang ayu. Badannya yang ramping dan tinggi disaluti kebaya moden putih satin yang bermanik. Menyerlahkan lagi kecantikan ciptaan Allah. Namun kecantikan itu tidak langsung dipandang oleh suaminya. Bagi lelaki itu, dirinya tidak mungkin dan tidak setanding dengan lelaki berpangkat dan berharta itu. Sewaktu persandingan yang diadakan di kampung, lelaki itu sedaya upaya mengelakkan daripada berada rapat dengan Dannia. ‘aku pun tak heran la nak rapat dengan kau’ hanya itu yang mampu diluahkan. Itupun sekadar berkata didalam hati. Walaupun perkahwinan mereka yang sederhana, kemeriahan tetap terserlah dengan kehadiran para tetamu.
            Di suatu sudut, bawah pohon yang rendang terdapat beberapa orang lelaki yang sedang rancak berbual dengan suaminya. Dannia mengeluh, lelaki itu langsung tiada adab sopan, sepatutnya kenalah melayan tetamu yang hadir. Dia dibiarkan sendirian untuk melayan tetamu, jika asa tetamu yang bertanyakan suaminya, terpaksalah dia berbohong mengatakan suaminya sibuk melayan tetamu lain. Entah berapa dosa yang telah dibuat hari ini.
            “Rith, mana bini kau?” Ijat tersenyum nakal. Bukannya dia tidak tahu rakan baiknya dipaksa kahwin demi kedudukan harta. Dia sendiri terperanjat dengan berita perkahwinan itu. Tidak menyangka zaman moden ini masih ada lagi perkahwinan yang di atur pihak keluarga.
            “Entah mana aku tahu. Malas aku nak ambil tahu pasal perempuan kampung tu.”
            “Ala kau ni, bila dah kahwin kenalah sepakat, jangan seorang ke hulu, seorang ke hilir.”
            “Itu memang niat aku, tak payah nak sepakat, kalau nak sepakat pun tunggu depan family kitorang jer. Perempuan tak sedar diri tu patut tahu kedudukan dia. Tak layak langsung dengan aku. Entah macam mana papa aku tu jumpa betina tu.”
Harith geram mengingatkan itu semua. Bukannya dia mahu sangat menikahi Dannia. Demi harta dia sanggup bergadai apa sahaja. Tidak sanggup dirinya merempat dan bersusah payah. Selama ini dirinya dilimpahi kemewahan wang ringgit dan harta. Tidak mungkin dia akan melepaskan itu semua.
            “Relaks la Rith, dengar kat budak tu nanti. Kecil hati pulak.” Ijat yang mendengar cuma tersenyum.
            “Memang aku nak bagi dia dengar pun, baru puas hati aku.”
Perempuan tu kalau nak dibandingkan dengan Suzanne bagai langit dengan bumi. Suzanne cantik, bergaya, seksi, anak orang bergaya up-to-date dan pandai bersosial. Amat sesuai dirinya, bukan macam Dannia. Huh. Sakit matanya melihat perwatakan Dannia yang sederhana dan out of date. Dasar perempuan kampung.
            “Kau ni, dah la tu,aku tengok dia tu ok jer walaupun kekampungan sikit. Aku chow dulu, nanti lewat pulak sampai KL. Anyway tahniah dari aku. Tak sangka kau dah kahwin. Lagi satu aku tengokla kan, bini kau tu boleh tahan cantik. Tergoda aku. Bukan kau tak perasan ramai betul jejaka pandang dia tak berkelip. Tak tergugat ker?” Ijat giat ketawa.
            “Tak ingin aku perempuan macam tu. Kalau kau nak, aku bagi free jer nanti.” Harith berkata dengan riak.
            “Huish kau ni tak sayang bini la.” Ijat menggelengkan kepala beberapa kali. Lancang betul mulut rakannya. Tahulah kena kahwin paksa, tak payah la nak tunjukkan sangat. Depan orang ramai pula tu. Ijat melambaikan tangannya sebelum meninggalkan majlis Harith dan Dannia. Hatinya berharap agar Harith akan bukakan hatinya untuk Dannia. Dirinya bukanlah sekejam mana seperti Harith. Harith dilihatnya langsung tidak menghormati orang lain, dan secara terang terangan ditunjukkan sikapnya. Sikap panas baran dan playboy kawannya seakan sudah sebati dengan jiwanya.  Dulu dilihat Harith tidaklah seburuk itu, perangainya serubah 360 sebaik sahaja dihantar belajar di luar negara. Ijat sendiri terkejut dengan perubahan Harith. Seboleh bolehnya sebagai seorang rakan, dia mahu yang terbaik buat Harith. Dia yakin suatu hari nanti Harith akan berubah andai Harith berjumpa dengan seseorang yang betul betul dicintainya.
            Melihatkan kereta Ijat yang telah jauh dari perkarangan rumah mentuanya. Harith melangkah laju meninggalkan halaman rumah menuju ke bilik yang baru dihuninya. Langsung tidak ditolong abang abang iparnya menyimpan dan mengemaskan barang barang yang digunakan di majlis itu. Dannia hanya melihat dari jauh gelagat Harith. ‘Tak bersopan’. Sedikit sebanyak hatinya terguris apabila terdengar secara tak sengaja  perbualan Harith dan rakannya. Pilu hati apabila suami mencela dirinya. Wajahnya bertukar mendung dan muram, tanpa menyedari sepasang mata yang melihat tidak jauh dari situ.
            “Adik, Harith mana?” pertanyaan abangnya yang sulung hanya mampu dijawab sekadar gelengan.
“Aik, suami sendiri tak tahu berada di mana” Syahmin tersenyum dan membuat muka pelik.
            “Ada kat dalam bilik berehat agaknya along. Kenapa?”
            “Tak adalah, baru nak buli sikit pengantin... dah hilang pulak.”
            “Letih agaknya, seharian layan tetamu.” Dannia mengambil pinggan yang telah bersih dicuci untuk di lapkan.
            “Ye ke letih. Tak nampak layan tetamu pun tadi. Duk bersembang adalah.” Shamir yang entah dari mana hanya membalas sinis. Tahu sangat dengan angahnya yang satu.  Angahnya anti betul dengan Harith, sejak tahu berita pertunangannya dengan pemuda itu, sekeras kerasnya dibangkang. Dannia tahu angahnya amat sayang akan dirinya. Malah Dannia amat rapat dengan angah berbanding alongnya. Perbezaan yang hanya dua tahun membuatkan mereka serasi berkongsi cerita. Semua tentang kehidupan Dannia diceritakan kepada angah. Bagi Dannia, angah amat memahami dirinya.
            “Angah, behave yourself” along memberi jelingan tajam.
            “Betullah apa yang aku cakap along. Mana ada dia layan tetamu. Duk sembang dari pagi sampai member dia balik. Entah apa yang disembang. Macam tak jumpa setahun.” Panjang lebar angah membela dirinya.
            Dannia segera menggamit angahnya yang berada tak jauh dari along. Melihatkan Dannia, Shamir segera menuju ke arah Dannia. Dibiarkan alongnya sendirian membasuh periuk besar.
“Kenapa angah kata macam tu?” Dannia memandang tepat wajah angahnya.
            “Jangan ingat angah tak tahu apa yang dibualkan si Harith tu.” Mendengarkan ayat angah, Dannia kaget. Angah dengarkah cacian dari mulut Harith ‘khas’ buat dirinya? Dannia mengeluh perlahan.
            “Siapa lagi yang dengar?” Dannia memperlahankan suara. Takut didengari oleh Alongnya.
            “Angah je kot. Geram betul dengan si Harith tu. Kurang ajar. Mulut longkang” Dannia tergelak kecil. “Tak Baik kata macam tu kat dia” gelaknya kedengaran lagi.
            “Angah cuma tak nak adik merana. Walaupun angah tak kenal sangat dengan Harith, tapi angah dapat rasa dia tu bukannya orang yang baik.”
            “Nak buat macam mana, dia dah pun jadi suami adik. Baik buruk dia terpaksa adik terima. Harapan lepas ni dapatlah dia berubah.” Dannia hanya menahan sebak. Melihatkan muka Dannia yang keruh, dia hanya mampu mengusap kepala Dannia dengan penuh kasih. Menghilangkan rasa hati yang terbuku. Sayangnya pada Dannia terlalu menggunung. Dia terlalu mengasihi adiknya yang satu. Rela berkorban apa sahaja untuk insan yang dikasihi.
            “Dik bersabarlah, cuba kenali hati budi dia dulu” syahmin bersuara tiba tiba. Suara itu membuatkan Dannia dan Shamir kaget. Along tahukah?
            “Err, adik akan cuba along.” Dannia hanya menundukkan wajahnya.
            “Kau.. tahu ker along?” suara shamir sedikit gagap. Terkejut.
            “Kenapa? Korang ingat aku tak tahu ke? Aku nak tengok dulu macam mana Harith tu layan Dannia. Tahu lah nanti macam mana aku nak handle benda ni.” Tegas Syahmin bersuara. Tegang mukanya seboleh bolehnya dia tidak mahu bertindak melulu. Mungkin Harith tidak sedar perbualannya yang sedikit lantang itu didengarinya. Waktu itu, dia berada di belakang Harith. Mungkin tidak perasan akan kehadirannya.
            “Lepas ni angah nak adik selalu inform kat angah. Kalau si Harith tu buat apa apa yang tak elok bagitahu angah, tahulah angah macam mana nak ajar budak tu.”
            “Angah dan along ni protective betulla. Bertuahnya adik dapat abang yang baik, handsome, memahami dan penyayang ni” Dannia cuba menceriakan hatinya.
            “Lagi lagi. Pujilah banyak sikit, sejemputnya pujian” juih mulut mereka sedikit memuncung.
            “Cheh, bagi betis nak peha pulak... apa lagi ya. Hah, ni yang paling umph! Suka jaga tepi kain orang kalah mak joyah hujung kampung tu” pantas Dannia melemparkan kain buruk yang berada di tangannya ke muka Shamir dan Syamin serentak yang bersinar sinar mahu mendengar pujian daripada mulut Dannia. Pantas melarikan diri.
            “Apa?” Shamir mengejar pantas Dannia yang telah berada jauh. Setelah itu, pinggang adiknya diraih dan tangannya mengheret Dannia menuju ke arah tempat yang diduduki Syahmin. Sepantas itu, paip air yang berada di tangan syahmin dihalakan kearah Dannia. Apalagi basah kuyup baju Dannia. Riuh  suasana petang itu dengan jeritan dan gelak ketawa mereka. Jiran jiran mereka hanya ketawa dan menggelengkan kepala melihat telatah adik beradik yang akrab itu.
Delicious Digg Facebook Fark MySpace
Comments (2)
7 September 2011 4:18 PM
on da way... sabar ya.. thank coz sudi singgah..really appreciate it. Or singgah la http://syania89.blogspot.com/ . jgn lpa be my follower ok?? :) 
7 September 2011 3:27 PM
bab 2 xde? hehehe 

© myfriends2u.com 2011 . smiley . powered by netxpert.com.my
posted by :nur hidayah binti muhd zailani

No comments:

Post a Comment